SUZANA(kanan) bersama ahli keluarga menanti di sebuah pangkalan berhampiran dengan lokasi mangsa memancing. KLANG, 1 Disember : “Walaupun baru pulang dari kerja, dia tetap berkeras untuk keluar memancing, seakan-akan ada sesuatu yang ‘memanggilnya’ untuk keluar memancing.” Itulah luahan kebimbangan Suzana Bunawi, 33, isteri kepada Syed Nizam Efendi Syed Hamid, 32, yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing di Jambatan Sungai Klang berhampiran Pelabuhan Klang Utara, di sini, awal pagi semalam. Kira-kira 3.30 pagi semalam, mangsa dikatakan keluar memancing sendirian tetapi disedari isterinya selepas dia gagal dihubungi. Dia kemudian memaklumkan kehilangan Syed Nizam kepada keluarga mangsa. Sebaik menerima berita mengenai kehilangan mangsa, Suzana bersama keluarga suaminya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui motosikal dinaiki suaminya di tepi jambatan. “Sebaik suami balik dari kerja jam 1.30 pagi, dia beritahu nak keluar memancing kerana hari ini (semalam) dia bercuti. Namun saya menghalangnya kerana hari sudah lewat selain tentu dia penat seharian bekerja. “Bagaimanapun, suami bersungguh-sungguh untuk pergi memancing dan tidak menghiraukan kata-kata saya. Yang pelik, suami memberitahu akan keluar memancing seorang diri sedangkan sebelum ini beliau memancing bersama rakannya,” katanya, semalam. Suzana berkata, selepas suaminya keluar, beliau terus menghubungi ibu mentuanya dan memaklumkan sikap pelik suami. “Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing,” katanya.
|
“Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing,” katanya.
mak_wa95 posted on 1-12-2013 09:40 AM
orang kampng yang susah miskin memang macam tu penampilannya...
nak bergaya duit xde...nak botok ...
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 09:47 AM
blum mekap berdandan mandi bunga lagik...
mmg la pompuan nampak tua...
mak_wa95 posted on 1-12-2013 10:03 AM
tak sempat makeup la tu...kalut cari suami yang hilang...
mandi bunga????hahaha nanti nak tanam ...
ADVERTISEMENT