CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3815|Reply: 21

[Tempatan] {7} Hilang selepas sahut `panggilan' mancing di jambatan!

[Copy link]
Post time 1-12-2013 08:09 AM | Show all posts |Read mode

SUZANA(kanan) bersama ahli keluarga menanti di sebuah pangkalan berhampiran dengan lokasi mangsa memancing.


KLANG, 1 Disember : “Walaupun baru pulang dari kerja, dia tetap berkeras untuk keluar memancing, seakan-akan ada sesuatu yang ‘memanggilnya’ untuk keluar memancing.”


  Itulah luahan kebimbangan Suzana Bunawi, 33, isteri kepada Syed Nizam Efendi Syed Hamid, 32, yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing di Jambatan Sungai Klang berhampiran Pelabuhan Klang Utara, di sini, awal pagi semalam.


  Kira-kira 3.30 pagi semalam, mangsa dikatakan keluar memancing  sendirian tetapi  disedari isterinya selepas dia gagal dihubungi. Dia kemudian memaklumkan kehilangan Syed Nizam kepada keluarga mangsa.

  Sebaik menerima berita mengenai kehilangan mangsa, Suzana bersama keluarga suaminya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui motosikal  dinaiki suaminya di tepi jambatan.

“Sebaik suami balik dari kerja jam 1.30 pagi, dia beritahu nak keluar memancing kerana hari ini (semalam) dia bercuti. Namun saya menghalangnya kerana hari sudah lewat selain  tentu dia penat seharian bekerja.

“Bagaimanapun, suami bersungguh-sungguh untuk pergi memancing dan tidak menghiraukan kata-kata saya. Yang pelik, suami memberitahu akan keluar memancing seorang diri sedangkan sebelum ini beliau memancing bersama rakannya,” katanya, semalam.

  Suzana berkata, selepas suaminya keluar, beliau terus menghubungi ibu mentuanya dan memaklumkan sikap pelik suami.

  “Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing,” katanya.

p/s Buaya? Perompak ?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah g tempat ni...jmbatan ni ada 2 jalan satu lg..de kete api....jln ni ley g kat sea lion ..kolam pancing tersohor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 08:15 AM | Show all posts


sering jumpa papan kenyataan ni di jambatan...

aku rasa mcm salah jer...`Di larang memancing di atas jambatan ' sebab tiada siapa yg nak memancing atas jambatan , org memancing di sungai...betul tak?
sepatutnya `Dilarang  memancing dari jambatan ini ' atau `Dilarang menggunakan jambatan utk memancing'...

Yg pasti, kaki pemancing peduli ker papan larangan nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 08:25 AM | Show all posts

“Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing,” katanya.


pasepa dia mintak duit kt mak dia nak beli umpan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 08:27 AM | Show all posts
alahai posted on 1-12-2013 08:25 AM
pasepa dia mintak duit kt mak dia nak beli umpan?



maknya penah janji nak sponsor duit umpan kot?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 08:45 AM | Show all posts
alahai posted on 1-12-2013 08:25 AM
pasepa dia mintak duit kt mak dia nak beli umpan?

Semua wang gaji di beri pada emasnya kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2013 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa dah besar dah kerja pun minta ngan mak duit lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemancing tegar tak de modal nak beli modal pun minta ngan mak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertegas nk gi mancing pd ari cuti. Jumpa motor tepi sungai


Hmmm..aku fikir benda lain





Bini dia 33 thn tp nampak dh mcm nk masuk 40
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 09:39 AM | Show all posts
ni nak pi kepelabuhan indah ni ke...sungai ni memang dalam gila nampaknya...gerun.....tinggi jugak dari jambatan..

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 09:40 AM | Show all posts
FlowerGirl posted on 1-12-2013 08:56 AM
Bertegas nk gi mancing pd ari cuti. Jumpa motor tepi sungai

orang kampng yang susah miskin memang macam tu penampilannya...
nak bergaya duit xde...nak botok xmampu..
nak mengadap cermin tak de masa....
cermin besar sampai ke kaki pun xmampu nak beli

bersyukurla kita umur 33 nampak macam umur 13...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 09:47 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2013 09:40 AM
orang kampng yang susah miskin memang macam tu penampilannya...
nak bergaya duit xde...nak botok  ...


blum mekap berdandan mandi bunga lagik...
mmg la pompuan nampak tua...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 09:53 AM | Show all posts




Dilarang mancing dari jambatan!
ADA AKU KESAH !
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 09:58 AM | Show all posts
kene culik tgh jalan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 10:03 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 09:47 AM
blum mekap berdandan mandi bunga lagik...
mmg la pompuan nampak tua...

tak sempat makeup la tu...kalut cari suami yang hilang...

mandi bunga????hahaha nanti nak tanam bunga banyak2 boleh mandi bunga..
tak de la nanti orang nak kata muka nampak tua dari umur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2013 10:06 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-12-2013 10:03 AM
tak sempat makeup la tu...kalut cari suami yang hilang...

mandi bunga????hahaha nanti nak tanam ...

tgk penangan mandi susu, bunga, mekap...jotaaaa....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt femes org pancing...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas landasan ketapi tu ada paip besar ... suatu ketika dulu ada budak tergelincir dan jatuh ilang di dalam sungai kat  bawah .. air ngah pasang .. sampai sekarang tak ketemu ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 10:11 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:06 AM
tgk penangan mandi susu, bunga, mekap...jotaaaa....

dah dilahirkan cantik...
pas2 ada duit jutaaaa2...
pas tu yang muda dok himpit...
hati sentiasa rasa mudaaaaa...


ko hade....aku...???? xdo
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 10:12 AM | Show all posts
alahai posted on 1-12-2013 08:25 AM
pasepa dia mintak duit kt mak dia nak beli umpan?

Maknya ada share atas hasil pancingan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.311229 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list