Sik: Seorang penunggang basikal maut digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari beriadah di Kilometer 22, Jalan Jeniang -Sik Pedu di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Nazirah Jamaludin,41, dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Kuala, di sini selepas berbasikal seorang diri. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang sedang menyusur keluar dari simpang tiga melanggar penunggang basikal yang berada di laluan utama dari Jeniang menghala ke Sik. "Akibat dari perlanggaran itu, mangsa yang basikal digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Abdull Razak, berkata, pemandu lori berusia 51 tahun itu didapati negatif dadah dalam ujian saringan air kencing. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut kes masih dijalankan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
JohnyEnglish: Aku pun hampir nk terlanggar basikal mlm tadi.jln dah la gelap pstu dok tgh jln pulak.tp tu org kg je la bkn rider basikal 30k tu
MissVixen replied at 13-10-2021 05:47 PM
Susah aku nak kesian dengan mangsa penunggang basikal. Kalau apa2 jadi, pemandu kenderaan besar juga ...
uori replied at 12-10-2021 06:13 PM
serius baca perkataan gilis
ADVERTISEMENT