CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lahir Daripada Keluarga Penoreh Getah, PM Sebak Bila Sentuh Isu Kemiskinan

12-10-2021 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4813| Komen: 13

Lahir daripada keluarga penoreh getah menyebabkan isu kemiskinan terlalu dekat di hatinya sehingga membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob begitu sebak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.


Ismail Sabri ketika berucap dilihat diam sejenak sambil meneguk secawan air ketika mengakui dilahirkan dan membesar dalam keluarga penoreh getah.

Ismail Sabri berkata, disebabkan itu, kerajaan sentiasa komited untuk membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan rakyat dengan menubuhkan Unit Kemiskinan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.


Foto: Harian Metro

"Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya, dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.


"Pandemik Covid-19 yang melanda meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah, seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan," katanya.

Ismail Sabri berkata, Unit Kemiskinan ditubuhkan melalui penyusunan semula fungsi dan perjawatan untuk menyelaras segala hal ehwal kemiskinan termasuk pengurusan data yang lebih bersepadu.

"Unit yang sama dicadang ditubuhkan di setiap negeri dan pejabat daerah. Melalui usaha ini, saya yakin sasaran untuk membasmi kemiskinan tegar dapat dicapai pada 2025," katanya.

Menurutnya, menyedari kesan pandemik kepada kadar kemiskinan dan bagi memastikan inisiatif pembasmian kemiskinan lebih berkesan, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedia ada akan dikemaskini berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022.

"Kaedah mengukur kemiskinan juga akan terus ditambah baik dengan memperluas skop Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI).

"Bagi menambah baik kesejahteraan keluarga B40 dan kumpulan mudah terjejas, usaha lebih bersepadu akan dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan menangani kenaikan kos sara hidup," katanya.

Katanya, bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial, akan diteruskan kepada mereka yang layak.

"Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar bandar, dengan kos RM1.5 bilion akan diperkukuh bagi meningkatkan kebolehpasaran, kesejahteraan dan kuasa beli keluarga B40.

"Malah, saya menyeru sektor korporat dan orang perseorangan dapat meneruskan usaha murni membantu ahli Keluarga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan termasuk melalui pemberian zakat dan wakaf," katanya.

Katanya, kemiskinan juga wujud dalam pelbagai dimensi seperti dalam aspek pendidikan, di mana lebih ramai murid daripada keluarga B40 akan diberikan keutamaan kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian biasiswa.

"Bagi kesihatan, akses kepada penjagaan kesihatan akan diperluas, isu kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40 akan ditangani secara komprehensif, termasuk melalui pengambilan makanan berkhasiat.

"Bagi meningkatkan keupayaan, kemahiran dan kebolehpasaran golongan M40, program latihan dan latihan kemahiran semula serta aktiviti keusahawanan akan dipertingkat tanpa mengira kaum.

"Malah, anak-anak M40 juga akan dipastikan mendapat akses pendidikan yang berkualiti pada kos yang berpatutan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 12-10-2021 05:07 PM
Sebak sbb zaman dulu2 x mampu nak renobet rumah juta2..

[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/2020215728156934[/fbp]
Quote dua_chzy 12-10-2021 06:38 PM
Memang dia jadi kaya sebab politik kan kata gosip di forum ini.
Quote creep_bite 12-10-2021 06:42 PM
Drama kuat Mail ni...semoga cepat laa PRU...tak nampak kaliber sbg PM dia ni.
Quote exclusive_vvip 12-10-2021 06:47 PM
tringat dulu bapak jejai citer, masa kecik2 dia hampir buta, badan x sihat sbb x cukup nutrisi..sadis jah bunyi kan..tapi tu la, kalu dgr kisah ahli2 politik psl miskin ni, yer yer je kan..bila dah kaya, diorg manjakan anak2 smpi spoilt pulak..
Quote dudaberhias 12-10-2021 06:54 PM
exclusive_vvip replied at 12-10-2021 06:47 PM
tringat dulu bapak jejai citer, masa kecik2 dia hampir buta, badan x sihat sbb x cukup nutrisi..sadi ...

Atok & ah jib pun cerita benda sama & template lebih kurang jah.... Kita pun patut cerita benda macamni je hari2 dekat sosial media, lepastu dah naik followers apa lagi bawak keluar la produk. Agitteeww
Quote Nnasda53 13-10-2021 09:38 AM
Ye kan je lah..depa punya faham tu sampai berebut2 masing2 nak pegang jawatan.
Quote exclusive_vvip 13-10-2021 10:30 AM
dudaberhias replied at 12-10-2021 06:54 PM
Atok & ah jib pun cerita benda sama & template lebih kurang jah.... Kita pun patut cerita benda ma ...

kannnn..kita pun elok buat MO gini, leh jadi kaya raya kuar produk timbang kilo..hihi
Quote Orix 13-10-2021 10:33 AM
dudaberhias replied at 12-10-2021 06:54 PM
Atok & ah jib pun cerita benda sama & template lebih kurang jah.... Kita pun patut cerita benda ma ...

setahu iols atok tak pernah cerita pasal kesusahan dia. spjg iols baca buku dia, cerita dia, dia cerita tentang kesusahan orang sekeliling dia dan orang Melayu pd ms tu. Wlupun dia sendiri takdela senang mana. Ah Jib ada citer kata dia susah ??? pfttttttttttt
Quote pekanwoohoo 13-10-2021 11:51 AM
Orix replied at 13-10-2021 10:33 AM
setahu iols atok tak pernah cerita pasal kesusahan dia. spjg iols baca buku dia, cerita dia, dia c ...

Dia kalau dah macai memang macam tu. Najib mana pernah cakap dia susah, dia memang mengaku dia hidup senang lenang dari kecik. Keluarga dia bukannya keluarga macam atok tu. Najib memang keluarga bangsawan, berhubungan baik dengan Kesultanan Pahang.
Quote cm_matjawasp 13-10-2021 12:01 PM
Lahir dari keluarga penoreh getah tak semestinya miskin macam kawan aku kat sekolah dulu anak penoreh jugak tapi kebun sendiri tak tau la luas mana tapi orang kampung pun ambik upah menoreh dengan keluarga dia..itu tak masuk lagi dusun buah, bendang. Tapi bila apply biasiswa/buku teks bubuh pendapatan bapak dua ratus ringgit, dapàt duit biasiswa beli kasut bola, masa tingkatan empat pergi sekolah bawak motor..kita yang ayah keje gomen tak dapàt bantuan padahal gaji kerani bukannya besar pun.
Quote cmf_PariS 13-10-2021 04:16 PM
agreelah... bosan...
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 05:39 PM
Yeleeeee kome jelaa yang miskin

Cuma bernasib baik hidup beruntung dapat keluar dari kemiskinan

Orang lain tak bernasib sebaik tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064011 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top