Saat yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia akhirnya sudah tiba. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang mengumumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula Isnin.
"Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus. "Oleh itu seperti yang dijanjikan tentang rentas negeri berdasarkan vaksinasi dua dos, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan. "Kebenaran dan kebebasan ini akan bermula pada esok (Isnin). Maka, esok bebaslah. Ini yang ditunggu-tunggu masyarakat," ujarnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walau dimana jua mereka berada. -CARI SumberL mStar Online
|
allshares replied at 10-10-2021 03:24 PM
Tahniah. Kemana kita?
MissyMolly replied at 10-10-2021 03:32 PM
Ke londang? Ke jelobak ke jolobu.. ke mana2 la kiter ikut ajer.. sbb gembira nih koh2
white_musk replied at 10-10-2021 03:27 PM
Raya hindu lah semua orang
helle replied at 10-10-2021 03:36 PM
Jalan somban pilah jem dah rasanya petang ni
ADVERTISEMENT