CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari 'Abang E-Hailing' Tunjuk Anu Ketika Hantar Makanan

7-10-2021 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4309| Komen: 14

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes pemandu e-hailing menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita ketika menghantar makanan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, laporan polis berhubung kes itu yang dibuat di Balai Polis Subang Jaya diterima pihaknya kelmarin.



Gambar hiasan

“Siasatan masih dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat yang diberi pengadu selain menyemak data dalam rekod (e-hailing) serta kenderaan terlibat.

“Segala maklumat diperoleh akan membantu pihak polis dalam mengesan suspek yang dipercayai merupakan seorang lelaki Melayu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Abd Khalid turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah berkaitan kes itu menerusi nombor telefon 03-562 10343 untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, polis turut memberi jaminan akan menjaga segala identiti pemberi maklumat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita mendakwa menerima serangan seksual daripada seorang penghantar makanan apabila lelaki itu bertindak menunjukkan kemaluannya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa ketika wanita itu mahu mengambil pesanan makanan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 7-10-2021 09:51 PM
..."seorang lelaki melayu"... Rasa malunya lahai sbb iols melayu!
Quote JohnyEnglish 7-10-2021 10:14 PM
Zazama replied at 7-10-2021 09:51 PM
..."seorang lelaki melayu"... Rasa malunya lahai sbb iols melayu!

Dua kali malu klu dia tunjuk kat pompuan bkn melayu.btambah malu klu saiz 2b jer
Quote edayildiz 7-10-2021 10:20 PM
takde keja ke bang oi..selamat tak mknn tu euww..pervert..
tp kan mcmana nak tau kot2 la dia lupa zip ke..blh jd jgk kan..sbb i pernah lupa zip skirt baju kurung
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:21 PM
dipercayai merupakan seorang lelaki Melayu,”

Jangan memalukan diri menunjukkan pensel 2B.
Orang tu nak makanan je.
Dia tak mintak extra pensel 2B
Quote musangbodoh 7-10-2021 10:22 PM
apsal pengadu dok tggu kwn tu bkk zip...ingat dlm tu ader duit lebeh ke...hmmm

awl2 bleh elak ape...aku rasa sbb kecewa dgn saiz kot...tu yg stress smpai report
Quote vee_zara 7-10-2021 11:05 PM
Betapa naifnya i dulu masa kerja part time cashier . Ada mamat tu lupa nak zip seluar smpai terkeluar burungnya.dah la masa tu kedai takde org. I tak terfikir pun tu pun contoh gangguan seksual. I fikir dia terlupa zip. {:cryrun
Quote Mini.Me 7-10-2021 11:23 PM
Tengah cari rezeki pon buat hal...cari pasal la ko bang...dah takde kerja tu nanti kang jgn p menyamun rompak plak...alasan kerja takde susah nak dapat
Quote diamond_intan 8-10-2021 01:08 AM
Budak tu makan ke tak? Kesian dia {:freak
Quote Nnasda53 8-10-2021 10:45 AM
Elok la p report,supaya orang lain tak jadi mangsa.
Quote namr 8-10-2021 10:46 AM
Kecik je takyah la gigih tunjuk kat org
Quote ReginaGeorge 8-10-2021 11:55 AM
Bakar jer kepala konek tuhhh
Quote mizzmimi 8-10-2021 12:16 PM
Pensel ikea pon gigih nak tunjuk kokre
Quote Fortiori02 8-10-2021 01:12 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 10:20 PM
takde keja ke bang oi..selamat tak mknn tu euww..pervert..
tp kan mcmana nak tau kot2 la dia lupa z ...

Yg jenis suka tayang ni dia lain rasanya sis ngn yg genuinely lupa zip tu. Iols penah kena sekali, mamat tu dlm kete park tepi jalan, jalan tu mmg lengang, iols plak sorang time tu. Mamat tu sambil sengih sambil pegang/gosok totey nya bila iols lintas tepi kereta dia, terus iols lari, kurang asam pny pervert
Quote Fortiori02 8-10-2021 01:14 PM
vee_zara replied at 7-10-2021 11:05 PM
Betapa naifnya i dulu masa kerja part time cashier . Ada mamat tu lupa nak zip seluar smpai terkelua ...

Cam kes sengaja tak zip je tu sis, huhu...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.450170 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top