CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rayuan Ditolak, Pembantu Kedai Bunuh Tunang Kekal Dihukum Mati

7-10-2021 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6931| Komen: 59

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pembantu kedai tayar kerana membunuh bekas tunangnya yang akan berkahwin dengan lelaki lain.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu sebulat suara selepas menolak rayuan terakhir Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin terhadap sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.


Gambar hiasan

Mohd Zawawi berkata keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Muhammad Irshaduddin dengan kesalahan membunuh adalah selamat.

Turut bersidang Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Muhammad Irshaduddin, 28, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 7 Mei 2017 kerana membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22, di kawasan parkir motosikal di Pasaraya Econsave di Jalan Mersing, Kluang antara 5.40 dan 5.45 petang pada 10 April 2015.


Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 22 Mac 2019.

Menurut fakta kes, ketika kejadian Muhammad Irshaduddin mendekati mangsa yang sedang berehat di tempat kerja dan meminta Nursyafikah berjumpa dengannya.

Seorang saksi pendakwaan yang bekerja di pasar raya nampak Muhammad Irshaduddin berbual dengan mangsa berhampiran kawasan parkir motosikal dan satu pergaduhan berlaku antara kedua-duanya.

Muhammad Irshaduddin memegang kepala mangsa dan menghentakkannya ke atas motosikal sebelum menikam badan Nursyafikah.

Semasa membela diri, Muhammad Irshaduddin berkata, dia tidak berniat untuk menikam mangsa sehingga mati sebaliknya hanya mahu mencederakan Nursyafikah selepas marah dengan kata-kata yang diucapkan wanita itu kepadanya.

Muhammad Irshaduddin diwakili oleh peguam Mohd Radzi Yatiman dan Mohd Razak Shariff manakala Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron hadir bagi pihak pendakwaan.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 7-10-2021 08:47 PM
i gugel muka heols..mcm nampak hensem..innalillah..jgn ikut sgt hati nnti binasa..oh ye mesti perempuan tu ada hina dia jua kan..kita kan jgn hina2 org sgt..kalau org naik antu mmg kena la
Quote Thunderclouds 7-10-2021 08:50 PM
Bunga bukan sekuntum dik. Ikut hati,mati. Ikut rasa binasa.
Quote Eliadaisy83 7-10-2021 09:04 PM
Wow lamanya kes nak settle..banyak duit makpak dia bayar loyer smp masuk kes ke mahkamah tinggi lg tu.
Quote MelahJanda 7-10-2021 09:07 PM
dari 2015 sampai 2021. tak selesai lagi darah dibayar darah

agaknya kes anak bunuh mak ayah di pahang pada 4 oktober tu, selesai berapa lamalah? berapa tahun baru dihukum? kesian parents nya Allahuakbar
Quote mclaren 7-10-2021 09:07 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 08:47 PM
i gugel muka heols..mcm nampak hensem..innalillah..jgn ikut sgt hati nnti binasa..oh ye mesti peremp ...

Eda ni.... tu je kerja dia ha ha ha ha

Ni dah wajib kahwin ni hi hi
Quote edayildiz 7-10-2021 09:28 PM
mclaren replied at 7-10-2021 09:07 PM
Eda ni.... tu je kerja dia ha ha ha ha

Ni dah wajib kahwin ni hi hi

haha takde keja memalam ni..so alang2 gugel la
Quote JohnyEnglish 7-10-2021 09:35 PM
Edited by JohnyEnglish at 8-10-2021 12:10 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 08:47 PM
i gugel muka heols..mcm nampak hensem..innalillah..jgn ikut sgt hati nnti binasa..oh ye mesti peremp ...

Celah mana hensem tah

Quote edayildiz 7-10-2021 09:38 PM
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 09:35 PM
Celah mana hensem tah

rajin bamjohny gugel
takde la hnsem sgt..tp blh la
Quote edayildiz 7-10-2021 09:42 PM
JohnyEnglish replied at 7-10-2021 09:35 PM
Celah mana hensem tah

yelah xhensem lah..euww..td slh org kot...euww yg kt fb tu hnsem sikit dr kt gugel..
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 10:30 PM
Haihhhh
Banyak lagi aweks2 di malaya ni
Memakan diri sungguh
Quote slyfynx 7-10-2021 10:47 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 08:47 PM
i gugel muka heols..mcm nampak hensem..innalillah..jgn ikut sgt hati nnti binasa..oh ye mesti peremp ...

Hensem? Keliru iols
Quote TeropongThaico 7-10-2021 10:57 PM
slyfynx replied at 7-10-2021 10:47 PM
Hensem? Keliru iols

Kalau macam ni pun @edayidliz kata hensem. .. Ai dgn ini setuju dgn sis @mclaren
Quote vee_zara 7-10-2021 11:06 PM
Nampak panas baran orgnya
Quote edayildiz 7-10-2021 11:24 PM
slyfynx replied at 7-10-2021 10:47 PM
Hensem? Keliru iols


euwwww sis i tarik balikkkk k..kt fb nmpk herlokkkk..euwww
Quote edayildiz 7-10-2021 11:24 PM
TeropongThaico replied at 7-10-2021 10:57 PM
Kalau macam ni pun @edayidliz kata hensem. .. Ai dgn ini setuju dgn sis @mclaren

i lupa pakai spek sis td

Quote None68 7-10-2021 11:26 PM
slyfynx replied at 7-10-2021 10:47 PM
Hensem? Keliru iols

Oklah good looking
Quote Mini.Me 7-10-2021 11:35 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 11:24 PM
euwwww sis i tarik balikkkk k..kt fb nmpk herlokkkk..euwww

Nasib kaka dah uturn...ingatkan low sangat taste kaka....hahahaa...
Meols ingat kes ni dulu masa happen memang ingat sangag muka laki tu mcm jamban tak siap...muka ngan perangai sama2 tak semenggah
Quote mrsLucky 7-10-2021 11:45 PM
edayildiz replied at 7-10-2021 08:47 PM
i gugel muka heols..mcm nampak hensem..innalillah..jgn ikut sgt hati nnti binasa..oh ye mesti peremp ...

Bedah (mak mangsa) turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.

Bahaya lelaki begini..kaki pukul dan membunuh
Quote trexxxxxi 8-10-2021 12:05 AM
slyfynx replied at 7-10-2021 11:47 PM
Hensem? Keliru iols

Camni si eday tu kata hensem? Ai rasa dia kena pi check mata

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072709 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top