Seorang wanita yang bertahun-tahun menderita sakit gigi mengambil keputusan untuk mencabut sendiri 11 batang giginya. Danielle Watts, 42, dari Suffolk berkata dia terpaksa mencari 'penyelesaian' sendiri kerana mendakwa tidak berjaya mendapat khidmat doktor gigi kerajaan dan dalam masa yang sama dia tidak mampu pergi ke ke klinik gigi swasta.
Danielle berkata dia mengalami kesakitan yang teruk pada gusi sehingga terpaksa mengambil ubat penahan sakit setiap hari. "Saya alami masalah gusi yang teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini dan ia menyebabkan gigi saya mulai rosak satu persatu. "Hinggakan bila saya tekan saja, ia mudah tertanggal. Saya sudah kehilangan 11 batang gigi dan saya rasa akan hilang semua gigi saya," katanya.
Situasi yang dialami ibu kepada dua anak itu bertambah rumit kerana Suffolk merupakan salah satu kawasan yang mengalami masalah kekurangan doktor gigi yang paling teruk di United Kingdom. "Saya tak menyangka betapa sukarnya untuk dapatkan khidmat doktor gigi kerajaan sehinggalah saya cuba mencarinya. Saya dapat senarai doktor gigi dan telefon kesemuanya, namun tiada yang sudi terima. "Malah ada yang langsung tak jawab telefon mahupun membalas mesej. "Ada antara mereka minta saya hubungi semula dalam tempoh empat bulan, tapi apabila saya hubungi, kisah sama berulang," ujarnya lagi. - CARI Sumber: mStar/Dailymail
|
Saya tak menyangka betapa sukarnya untuk dapatkan khidmat doktor gigi kerajaan sehinggalah saya cuba mencarinya
tungkai replied at 7-10-2021 11:58 AM
Aku pernah mengalami time jadi student dulu. Appointment cabut gigi geraham dia set 6 bulan akan ...
dodolgemok replied at 7-10-2021 04:38 PM
Cerita kau ni samada cerita tak habis atau cerita sembang babi boleh terbang. Cabut gigi sendiri p ...
tungkai replied at 7-10-2021 11:58 AM
Aku pernah mengalami time jadi student dulu. Appointment cabut gigi geraham dia set 6 bulan akan ...
sayawifenikmie replied at 7-10-2021 05:54 PM
..... baik lagi Malaysia
anony-mous: Malaysia pon sama. Klinik gigi kalau kes mcm ni berbulan2 jgk tggu sbb kwn dah kena
tungkai replied at 7-10-2021 05:04 PM
Alah ko ni. Aku saje aje pedajal nurse tu ler....haha
anony-mous replied at 7-10-2021 06:01 PM
Betul. Klinik gigi kat malaysia pon sama. Bodo suruh dtg lg a few months later. Kwn i kena dah. By ...
Belibis replied at 7-10-2021 07:13 PM
Aku bawa anak,bulan jan lepas.doc buat janji bulan 6,sbb kobid...sampai sekarang,langsung takde be ...
ADVERTISEMENT