CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ada Dua Mangkuk Tandas Bersebelahan, Meghan Trainor Dan Suami Selalu Buang Air Kecil Bersama

7-10-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4192| Komen: 10

Penyanyi All About That Bass, Meghan Trainor dan suaminya Daryl Sabara, memberikan “unsur sweet” ke tahap yang berbeza apabila mendedahkan mereka mempunyai mangkuk tandas yang dipasang bersebelahan antara satu sama lain supaya mereka dapat pergi ke kamar mandi pada waktu yang sama.


Menerusi episod podcast Nicole Byer “Why Won’t You Date Me”, Meghan menceritakan mengenai ‘ciri berbeza’ yang disediakan dalam rumahnya.

Foto: Google

“Kami baru sahaja mendapat rumah baru, dan kami melakukan pembinaan. Tidak ramai yang tahu, tetapi di dalam kamar mandi kami, ada satu tandas dan banyak masa di tengah malam ketika bersama bayi, kami harus kencing pada waktu yang sama.

Jadi saya seperti, ‘bolehkah kita mempunyai dua tandas bersebelahan antara satu sama lain?'”- dedah Meghan


Penyanyi ini turut akui kontraktor pada awalnya telah ketawa dan menganggap beliau hanya bergurau. Akhirnya dia telah bersetuju dengan permintaan yang ‘berbeza’ itu dengan menambahkan  mangkuk tandas baru di samping tandas yang sedia ada.


Foto: Google

“Kami mempunyai dua tandas duduk di sebelah satu sama lain, dan kami hanya membuang air besar bersama-sama hanya dua kali. Kami sering buang air kecil pada waktu yang sama.”- dedah Meghan

Untuk rekod. Meghan Trainor dan suami, Daryl Sabara telah berkahwin pada Disember 2018. Pasangan ini baru sahaja menyambut putera sulung mereka pada Februari lalu bernama Riley Sabara. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 7-10-2021 09:51 AM
Comel ye anak die...mata bulat..
All about the bass
'Bout the bass
Quote helicornia 7-10-2021 09:57 AM
Ni pun nak citer kt org ke
Quote CiliPadiSedap 7-10-2021 10:46 AM
artis sendu
Quote squeeze 7-10-2021 01:56 PM
you cebok i, i cebok u..sweet nye...
Quote kucingitam 7-10-2021 03:14 PM
bukan ke kat luar negara mmg selalu ada 2 mangkuk tandas dalam satu bathroom?
Quote OyaTonggek 7-10-2021 04:17 PM
squeeze replied at 7-10-2021 05:56 AM
you cebok i, i cebok u..sweet nye...

bau pekong hidu bershama shama...awwww
Quote shark_eow7 7-10-2021 05:35 PM
pangsai pon citer. adoii. kalah citer britney bogel dalam ig.
Quote Normabaru 7-10-2021 08:52 PM
dh kalau dedua dok toilet sapa jagaa ank kt luar?
Quote nakkomenjugak 7-10-2021 09:54 PM
Bau perfume BBW semerbak gituhhh
Quote Revolver 8-10-2021 12:02 AM
Apa bendala mek gan oii
Xde benda pekdah lain ke nk buat

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042726 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top