CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Fazura, Fattah Dapat Hadiah Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor

6-10-2021 05:02 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 39227| Komen: 204|Original author: Oleh: Cari- Saiful

Bertuahnya anak Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Rantai dan loket berlian yang direka khas dengan abjad F itu adalah ahadiah bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Turut disertakan sekeping kertas yang tertulis ucapan istimewa.

Kredit foto: IG
"Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi."

Di Insta Story, Fazura menzahirkan rasa terujanya.


Kredit foto:


"Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

"Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.

"Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin."



Sebelum ini  Fazura juga pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 6-10-2021 05:10 PM
Sayang betul tps kat fazura
Quote Sagun36 6-10-2021 05:18 PM
Alhamdullilah..rezeki bb Fatima
Quote mawarkhayalan99 6-10-2021 05:18 PM
Untungnya badan anak oiiiiiii
Quote jijioaynna 6-10-2021 05:23 PM
Wowww...frm the queen herself...ure sooo lucky Fatima...!!
Quote Masukkeluar 6-10-2021 05:26 PM
first time tgk gmbr timoh kt atas tu sebijik mcm daddynya. lol.
Quote my_irina 6-10-2021 05:28 PM
Auwwww lucky you fatimah...muah ciked
Quote no_el 6-10-2021 05:28 PM
Wow kecik2 dah dpt gift queen
Quote hanihan16 6-10-2021 05:32 PM
suka la hai tengok org have2 unboxing hadiah have2 jugak. untung timah rezeki melimpah!

i kadang nak bagi hadiah kat kawan yg kayo ni selalu susah hati sebab pernah terkena org tak hargai.

tapi ye lah, friendlist mami dedi timah pun lebih pada have boleh bagi ye dak
Quote Zaien 6-10-2021 05:33 PM
alhamdulillah.. rezeki Fatima..
comellll
Quote elecom 6-10-2021 05:36 PM
hanihan16 replied at 6-10-2021 05:32 PM
suka la hai tengok org have2 unboxing hadiah have2 jugak. untung timah rezeki melimpah!

i kadang ...

Biras i org have2 gak & pernah bagi hadiah kat anak dia hadiah biasa2 jer order kat ig...sampai sekarang x pernah nampak dia guna hadiah tu kat anak dia
Quote makcun14 6-10-2021 05:38 PM
Ahh so sweeet. Untong jadi dek timah, dapat hadiah dari vvip padahal dia bukannya paham pun betapa bermaknanya hadiah tu.
Tak lama lagi dapat la gelaran dato fattah and datin faz. Gitewww
Quote evlinne 6-10-2021 05:47 PM
First time iols jeles dgn budak umur setahun
Quote dudaberhias 6-10-2021 05:47 PM
Wahhh untungnya dik timoh.

Jaga2 simpan leklok ye hadiah tu, jangan tayang sangat takut yang sana tu nanti tak boleh duduk diam, di mintaknya sedara mara kahwin kerabat brunei tu suruh queen of brunei bagi hadiah dekat dia pulak nanti takpun di mintaknya adik dia yang belajar sana tu suruh queen E sendiri hantar hadiah all the way from london walaupun queen tak layan
Quote hanihan16 6-10-2021 05:47 PM
elecom replied at 6-10-2021 05:36 PM
Biras i org have2 gak & pernah bagi hadiah kat anak dia hadiah biasa2 jer order kat ig...sampai se ...

haha.. next time tu i bagi makanan je. at least ada la jugak org makan drpd bagi barang tapi tak diguna, gitu
Quote imanjannah 6-10-2021 05:49 PM
alhamdulillah Timoh.. moga bertambah rezeki
Quote dudaberhias 6-10-2021 05:49 PM
hanihan16 replied at 6-10-2021 05:32 PM
suka la hai tengok org have2 unboxing hadiah have2 jugak. untung timah rezeki melimpah!

i kadang ...

Kaka hadiahkan makanan jah. Confirm deorang suka asalkan makanan tu sedap. My mom pun sama suka bagi hadiah2 macam kain mahal, last2 orang tu tak buat2 pun baju.

Baik la bagi makanan (dah tentu makan) ataupun sejadah. (Kalau dia bagi dekat orang lain pun tetap kita dapat pahala agittew)
Quote haruslah 6-10-2021 05:50 PM
Kalau dpt dr kerabat jimbabwe baru rasa teruja
Quote hanihan16 6-10-2021 05:50 PM
dudaberhias replied at 6-10-2021 05:49 PM
Kaka hadiahkan makanan jah. Confirm deorang suka asalkan makanan tu sedap. My mom pun sama suka ba ...

memang after that i orderkan makanan je kakadud, setel masalah susah hati.hehe
Quote cupu 6-10-2021 05:59 PM
Tengku permaisuri mesti nak anak..syg sultan maybe dh tak productive...mungkin jg sbnrnya tengku permaisuri nk jdkan fatima anak angkat..untungla ko timah oiii.

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.181569 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top