CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kutuk Teman Lelaki Kedekut Sebab Enggan Beri RM1.5 Juta, Akhirnya Ditinggalkan

6-10-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5489| Komen: 22

Gara-gara meminta wang tunai berjumlah lima bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada teman lelaki, seorang wanita mendedahkan dia ditinggalkan lelaki itu kerana tidak mampu memenuhi permintaan tersebut, lapor laman berita Suara.com.


Menerusi satu video di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu, wang tersebut diminta oleh keluarganya tanpa mendedahkan tujuan permintaan itu.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana teman lelakinya bertindak meninggalkannya disebabkan enggan memenuhi permintaan tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.


Kredit foto: Tiktok


“Ditinggalkan teman lelaki gara-gara keluarga meminta wang berjumlah lima billion rupiah (RM1.5 juta), padahal itu adalah satu perkara yang mudah,” katanya pada keterangan video tersebut.


Video itu menjadi tular dengan menerima tontonan lebih dua juta kali serta berbelas-belas ribu komen daripada pengguna yang menyelar sikap wanita berkenaan.

“Wang tunai lima billion rupiah (RM1.5 juta) akan terasa masuk akal sekiranya awak cantik dan bijak. Ini tidak, menyusahkan orang lelaki,” kata seorang netizen.

“Buat bekas teman lelakinya, anda bertuah kerana telah memilih untuk pergi,” kata seorang lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 6-10-2021 10:07 AM
saja ja la tu buat cerita, supaya femes hahaha
Quote capiloton 6-10-2021 11:24 AM
Mooverine replied at 6-10-2021 10:07 AM
saja ja la tu buat cerita, supaya femes hahaha

population indon ada hampir 9 kali ganda dari msia.
apa susah, cari yang lain.
indon banyak cewek yang mantab.

[tiktok]6881138274262387969[/tiktok]


Quote Artemesiaa 6-10-2021 12:13 PM
Mata duitan mana tak kena tinggalkan
Quote ninja9 6-10-2021 12:24 PM
kelekarlah cara nak famous..
Quote Nnasda53 6-10-2021 01:00 PM
Elok la kena tinggal.
Quote Simunggu 6-10-2021 01:47 PM
1.5 juta??? ringgit???...ingat seringgit setengah panggil org kedekut...???
Quote imatt 6-10-2021 01:51 PM
Yeke 5 billion? Dalam gambar tu tunjuk 5M. Kalo 5 million = RM1.5k la kan..
Quote Adrif 6-10-2021 02:58 PM
reject cara Puteri Gunung Ledang la ni

dah tolak tapi masih berkeras, nak jugak

terpaksa belah perempuan minta tol bukan-bukan
Quote Dwdrum 6-10-2021 03:03 PM
couple sudah minta duit.... Better angkat kaki awal..
Quote sukacactus 6-10-2021 04:04 PM
imatt replied at 6-10-2021 01:51 PM
Yeke 5 billion? Dalam gambar tu tunjuk 5M. Kalo 5 million = RM1.5k la kan..

Ha itu la...nengok dlm pic tu 5 M je
Cemana artikel tulis 5 B plak
Gila byk beza
Quote Belibis 6-10-2021 04:17 PM
Hasanah versi indon..
Quote Acikgomen 6-10-2021 04:29 PM
ninja9 replied at 6-10-2021 12:24 PM
kelekarlah cara nak famous..

Ada sorang bbnu hijabista merempan dlm tiktok bini bopren dia ngandung
Dia dok bengang kata bini bopren dia sakai dengki tgk kebahagiaan dia dgn bopren tuh
Konfiden betul padahal ko cuma skandal jantan tuh aje
Dah namanya bini, punya pasal la nak ngandung ke apa
Quote ninja9 6-10-2021 04:56 PM
Acikgomen replied at 6-10-2021 04:29 PM
Ada sorang bbnu hijabista merempan dlm tiktok bini bopren dia ngandung
Dia dok bengang kata bini  ...

gilaaaaa? ... ...tak dapat dibayangkan situasi ni.. pandangan dia hubungan skandal dia dah setaraf perkawinan.. koh koh koh..

Quote slyfynx 6-10-2021 05:20 PM
Ni mesti xde sape nak, so buat cite supaya nmp laku.

BTW, ni kuota berita seberang untuk hari ni ke?
Jadahnye isu semasa kat dalam artikel ni.
Jenuh aku tengok kot2 ade
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:16 PM
Tu seberang punya pasal
Ummah deme dah cerca sheol
Quote edayildiz 6-10-2021 08:24 PM
cantik ke dia
Quote Austronesian 6-10-2021 08:28 PM
Cari aja deh cewek lain. Cewek2 Bandung cantik2.
Quote mijot 6-10-2021 08:53 PM
elok lah putus sebelum nyesal bila dah kawen
Quote CikYaYaYa 6-10-2021 09:17 PM
Nasib yang lelaki tu bijakk tinggaal perempuan mata duitan nie awal2

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068991 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top