CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saari Amri Tak Nak Pangkat Datuk, Hanya Mahu Gelaran Datuk Bercucu Sahaja

6-10-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3864| Komen: 16

Komposer terkenal Saari Amri, 55, tetap berpegang teguh dengan pendiriannya tidak mahu menerima pangkat Datuk kecuali status sebagai 'datuk' bercucu.

Saari berkata, walaupun ketiadaan gelaran Datuk itu mengehadkan peluangnya untuk diundang sebagai juri tetap bagi mengadili program pencarian bakat di TV, namun dia tidak sedikit pun berkecil hati.

"Saya pernah dihubungi pihak dari stesen TV yang ingin menawarkan peluang menjadi juri tetap untuk program hiburan mereka. Namun, soalan pertama yang ditanya, adakah saya sudah berpangkat Datuk?

"Apabila saya katakan belum dapat lagi dan berasa tidak layak untuk pangkat Datuk itu, mereka langsung meminta maaf kerana tak dapat memberikan saya tawaran menjadi juri. Bagaimanapun, saya okay saja kerana rezeki daripada Allah," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro


Saari berkata, dia hanya mengimpikan gelaran datuk yang bercucu apabila anak-anaknya sudah berumah tangga dan memiliki anak.

Katanya, dia amat selesa menjadi Saari Amri yang sudah biasa orang kenal tanpa perlu memanggil pangkat.

Terdahulu, Saari memaklumkan dia pernah menolak dua kali tawaran pangkat Datuk yang diterima dari negeri Pahang dan Selangor kerana merasakan dirinya tidak layak dan sumbangan kepada negara pun biasa saja.

Mengulas kerjaya penciptaan lagunya, Saari berkata, dia masih ligat menghasilkan lagu baharu dan sehingga kini sudah ada lebih 1,000 karya dalam simpanannya.

Katanya, sekarang tak ada penyanyi yang buat album, namun tak mengapa karya-karya itu menjadi koleksi simpanan.

"Saya kini dalam proses nak menunaikan janji kepada anak bongsu, Amri Farizzuan, 18, yang sangat meminati muzik dan ada bakat boleh digilap dalam nyanyian. Cuma, sekarang dia baharu ambil ijazah dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Tahun lalu saya cabar dia kalau boleh bagi keputusan lima kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru saya akan buat lagu istimewa untuk dia dan tak sangka dia dapat enam kredit pula. Jadi, kenalah tunai janji," katanya.

Saari berkata, dia tiada halangan untuk anak-anaknya menceburi kerjaya seni.

Bagaimanapun, nampaknya anak bongsu yang lebih berminat dan perlu disokong. Lagipun, dia juga tidak leka dengan pelajarannya.

Saari berkata, hingga kini dia sangat berpuas hati dengan pencapaiannya yang dianggap hebat apabila lagu Gerimis Mengundang yang dicipta dan dinyanyikan kumpulan Slam sudah dirakam lebih 30 bahasa. Baginya, ia satu penghargaan besar sebagai penggiat seni. -CARI

Sumber: Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 6-10-2021 09:29 AM
Legend nih...Lagu smua top2
Quote matbad 6-10-2021 10:06 AM
inspirasi betoi dgn dia ni
Quote husna_amal 6-10-2021 10:15 AM
Bagus lagend ni langsung tak meninggi diri.
Quote shark_eow7 6-10-2021 10:21 AM
pencapaian dia memang orang tak boleh sangkal. mantap. stesyen tv poyoooo je nak tgk pada pangkat.
Quote Ascii 6-10-2021 10:58 AM
mcm ni bru layak dpt Dato'....LEGEND
Quote johan-adx 6-10-2021 10:58 AM
btul2 lejen ni...byk mhasilkan lagu berhantu
Quote unguaurora 6-10-2021 11:18 AM
apasal dlm hp iols x blh komen ek..
Quote ToungeSoup 6-10-2021 11:26 AM
Madah Berhelah (Ziana Zain),
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays),
Butakah Cinta (Spring),
Putus Terpaksa (Ziana Zain(,
Suci (May),
Ramalanku Benar Belaka (Umbrella),
Sembilu (Ella),
Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan),
Gerimis Mengundang (Slam),
Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists),
Penantian (Black Rose)
Setelah aku Kau miliki (Shima)

antara lagu legend all the time...komposer baru pun takkan dapat buat lagu berkualiti mcm ni
Quote sehirkedi 6-10-2021 11:35 AM
Stesen tv mana yg lapar title dato tu? Cer csi.. Biadap naw, cakap kat komposer senior yg tersohor begitu. Saari Amri nama yg gah, tak perlu dato ke apa. Beliau dah cukup dikenali. Kes lebih kurang sama mcm pelakon. Tak ramai followers, producer/pengarah taknak ambil. Keji sgt okay! Lihat dari bakat, kualiti dan sikap bukan dari followers atau 'title'.
Quote Nnasda53 6-10-2021 01:03 PM
Lagu2 dia buat mmg best.
Quote syidasaleh 6-10-2021 01:48 PM
Yang layak tolak pangkat yang tak layak menderu2 bayau. Ermmm
Quote tootii 6-10-2021 01:54 PM
patutnya lama dah dia dapat gelaran Datuk ni .. layak sgt .. berbanding ngan Datuk2 yg ada yang aku sendiri tak tau apa yg buat derang sampai dpt gelaran Datuk ..
Quote sudirmanistas 6-10-2021 02:35 PM
Kalau Selangor tawarkan pangkat Datuk tu, kira mmg ada prestige sbb x banyak org dapat. Btw, bukan nak kata dari Pahang x prestige pulak ye.
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:19 PM
Watttttssss??
Pokcik saari amri kottt!
Kenapa nak kena datuk baru masuk tibi??
Quote buragazz 8-10-2021 02:52 PM
sehirkedi replied at 6-10-2021 11:35 AM
Stesen tv mana yg lapar title dato tu? Cer csi.. Biadap naw, cakap kat komposer senior yg tersohor b ...

Assterok ko GV kan semua datuk... kecuali Ibu Hetty... teke jer...
Quote matseh 8-10-2021 03:03 PM
Lagu dia dulu mmg pupular. Masa tu!
But moving on. Elok je pun x nak datuk. Sbb dia legend. Lagi eksklusive kalau x der datuk.

Sbb kalau ada 100 org artis otai skrg . Kau baling 100 biji batu. 80 biji sure kena kepala artis yg ada datuk.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.130121 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top