Impian penyanyi Sharul Kamal untuk menubuhkan band akhirnya tercapai apabila tampil dengan kumpulan baharu diberi nama DUNYA. Menurut Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 24, idea untuk menubuhkan band terdetik selepas enam tahun bergerak sebagai penyanyi solo.
"Idea nak menubuhkan band ini sudah lama, saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band sebab sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru. "Banyak saya belajar mengenai band dan dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band cuma sebelum ini masa tak sesuai dan rezeki pun belum sampai.
"Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas... saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015, saya kena buat sesuatu yang lain. Bukan saja konsep, tapi dari segi muzik yang nak dibawa juga kena baru. Itu yang tercetusnya idea nak menubuhkan band DUNYA," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT