CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punyalah Selekeh Masuk Bank, Rupanya Kaya Bawak Sekotak Duit Tunai

5-10-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5681| Komen: 21

Sebuah video di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang pelanggan bank yang hanya memakai seluar pendek beserta sepasang selipar, namun membawa wang tunai yang banyak untuk disimpan, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan video yang tular di TikTok itu, lelaki tersebut dilihat memasuki sebuah bank dengan hanya berselipar dan berseluar pendek sambil membawa sebuah kotak.

Sejurus berada di kaunter bank, dia membawa keluar beberapa ikat wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM29) dan 50,000 rupiah (RM15) dalam kuantiti yang amat banyak dari kotak itu.


Foto: Suara.com

Kesemua wang kertas itu diikat dengan rapi dan diserahkan kepada pegawai bank di kaunter.


“Jangan menilai seseorang daripada penampilan. Apa yang kamu lihat ada kalanya bukanlah sesuatu yang nyata,” tulis keterangan pada video yang dimuat naik itu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang meluahkan rasa kagum melihatkan jumlah wang yang begitu banyak.

“Memang dia sengaja berpenampilan begitu supaya tidak menjadi sasaran perompak,” kata seorang netizen.

“Berdasarkan kisah ini, kita dapat pelajari bahawa orang kaya sering bersederhana,” ujar seorang lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 5-10-2021 09:11 AM
Segala citer sampah indon masuk current issues? Ko skolah tak?
Quote matamata 5-10-2021 09:13 AM
[attach]594741[/attach]
Quote JohnyEnglish 5-10-2021 09:18 AM
Ikbal ke tu?
Quote imransulaiman 5-10-2021 09:32 AM
Demi content ke ni? Kenapa ada yang rakam? Macam bukan footage cctv pun..
Quote supernaturalee 5-10-2021 09:50 AM

kah kah kah


snapped




Quote green~tea 5-10-2021 09:53 AM
Orang betul2 kaya TAK PERNAH queue masuk bank... is either whatsapp je jumpa pegawai terus escort ke premier lounge dari parking yg reseved betul2 depan bank... atau pegawai tu terus datang menyembah weolssss datang rumah.... that kind of service banking u know??

Apa barang bawak kotak ke bank....  ini semua demi content makhluk tersangkak je
Quote KamikuP 5-10-2021 09:55 AM

Toklip versi nyah indon
Quote missyL 5-10-2021 09:56 AM
Bukak2 kisah seberang lg.
Maybe ptt way bod Indonesia kot.
Semua cite dr sane ltk skali..
Quote CiliPadiSedap 5-10-2021 10:38 AM
green~tea replied at 5-10-2021 09:53 AM
Orang betul2 kaya TAK PERNAH queue masuk bank... is either whatsapp je jumpa pegawai terus escort ke ...

haah setujuyg beratur beratur ni masih ikan bilis
Quote Mooverine 5-10-2021 11:15 AM
Memang ramai pun orang kaya, apek-apek kaya selekeh ya ampun pergi bank.. selipar , seluar pendek, tshirt pun biasa-biasa saja..
bawa beg plastik hitam rupa-rupanya dalam tu duit, ada yang siap simpan duit dalam poket seluar pendek saja..

tapi, kalau dah bawa sampai satu kotak besar
memang nampak sangat , untuk content hahaha
Quote musangbodoh 5-10-2021 11:58 AM
green~tea replied at 5-10-2021 09:53 AM
Orang betul2 kaya TAK PERNAH queue masuk bank... is either whatsapp je jumpa pegawai terus escort ke ...

apsal pegawai dtg rumah plak?
Quote Friska 5-10-2021 12:01 PM
Luar biasa
Quote green~tea 5-10-2021 12:46 PM
musangbodoh replied at 5-10-2021 11:58 AM
apsal pegawai dtg rumah plak?

Private banking sistur...
Quote sukacactus 5-10-2021 12:49 PM
Eh aku rasa tu pemandangan biasa kat sini
Apek2 la selalu camtu
Quote TOPwind 5-10-2021 12:53 PM
if ada duit banyak nak bank in tak yah, beratur ada bilik  khas disediakan.
Quote makadek 5-10-2021 12:56 PM
Alah tmpt aku ni tokey2 sawit
Wak2
Apek2

Selebet je masuk kan duit debuk
Rilex jer..

Tabung haji sentiasa penuh dgn warga omeh
Bawak duit bertepek
Quote shernazz 5-10-2021 01:05 PM
Alahai
Tgk maybank private banking tu ha..
Ada nyonya2 baju lusuh tp akaun berjota2
Quote green~tea 5-10-2021 01:17 PM
Edited by green~tea at 5-10-2021 01:21 PM
TOPwind replied at 5-10-2021 12:53 PM
if ada duit banyak nak bank in tak yah, beratur ada bilik  khas disediakan.


Exactly.... macam ni.. bukan stakat satu bilik khas... the whole floor tu kita duk lepak sambil makan.. haahaha

Sambil tunggu pegawai tu isikan borang apa2 utk kita... kita datang utk bg instruction and tenyeh jari je... atau pegawai tu bleh datang jumpa kita... musim MCO aku bosan duduk rumah, so i sanggup drive pegi bank just to kill the time
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 03:55 PM
green~tea replied at 5-10-2021 09:53 AM
Orang betul2 kaya TAK PERNAH queue masuk bank... is either whatsapp je jumpa pegawai terus escort ke ...

Kannnn... Ala2 tony Montana gituuuuu
Jumpa terus manager
Tak main laa beratur2 ni
Always on speed dial gitu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.160832 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top