Pelakon filem Busut Bonang, Badrol Shah atau Bad, 39, teruja apabila anak tirinya, Putri Farah Norhaziqah, 7, akan belajar di sekolah tahfiz tahun depan.
Bad ketika dihubungi berkata, anak ketiga arwah isteri itu akan dimasukkan ke sebuah sekolah tahfiz di Masjid Tanah, Melaka seiring dengan minat kanak-kanak itu yang diwarisi daripada ibunya, Allahyarham Farah Shila Mazlan. "Alhamdulillah, ikut jejak langkah ummi dia. Memang dia minat pun dan sebelum ini, saya bersama arwah pernah menghantar Putri Farah ke sekolah tahfiz swasta ketika dia berusia enam tahun. "Bagaimanapun disebabkan kami tidak berkemampuan, jadi pada awal tahun ini dia dimasukkan ke sekolah kebangsaan bersama dengan dua kakaknya, Putri Farah Nordina Dania, 12, dan Putri Farah Nordina Zawana, 11," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai dirinya yang kini bapa tunggal dan perlu menguruskan empat anak termasuk tiga anak tiri, Bad berkata, dia masih janggal dan perlu membiasakan diri demi meneruskan hidup bersama anak-anak. "Situasi saya agak janggal, namun cuba membiasakan diri menguruskan keluarga sepenuhnya sendiri. Alhamdulillah, saya yakin boleh melakukannya demi anak-anak yang menjadi peniup semangat buat saya. "Malah, setiap hari saya akan bawa ziarah ke kubur ummi mereka selain menatap foto arwah untuk melepas rindu. Saya reda kerana nak fikir ujian, memang sentiasa ada. Kini, yang pasti saya kena teruskan kehidupan lebih baik untuk anak-anak," katanya. Mengulas kerjaya seninya, Bad berkata, setakat ini dia belum menerima tawaran berlakon lagi dan pendapatan untuk menyara keluarga masih bergantung sebagai penghantar makanan. "Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak masih ada. Malah, sama ada ia cukup atau tidak, saya akan terus berusaha mencarinya kerana rezeki milik Allah. Selain itu, saya dan keluarga juga ada mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan. "Setakat ini, saya bersyukur saja dengan segala rezeki yang diperoleh. Seandainya, ada tawaran berlakon nanti, Insya-Alah saya terima kerana anak yang sulung pun dah tahu menguruskan adik-adik," katanya. Pada 26 Ogos lalu, Farah Shila meninggal dunia akibat Covid-19 selepas 45 hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor. Bad dan Farah Shila yang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat bernikah pada 2018. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah, kini berusia dua tahun. Allahyarham juga dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Suchi replied at 5-10-2021 09:41 AM
Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggun ...
supermum replied at 5-10-2021 10:45 AM
Kalau tak silap bapa kandung pun meninggal. Kesian budak-budak tu.
Suchi replied at 5-10-2021 01:41 AM
Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggun ...
gigahertz replied at 5-10-2021 11:29 AM
ibu tunggal boleh besarkan tanpa masalah seorang diri anak lelaki dan anak perempuan
bapa tunggal ...
mendeluk replied at 5-10-2021 05:25 AM
Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab ...
mendeluk replied at 5-10-2021 05:25 AM
Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab ...
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...
mendeluk replied at 5-10-2021 06:16 AM
Ya. Even kalau nak mandikan anak perempuan yang masih baby pun, wajib nenek atau bibik atau mak se ...
Mawar91 replied at 5-10-2021 06:23 AM
Meols pon adik beradik sume laki.mmg x bole menyeksi la klu kat rumah.pakai tshirt lengan pendek ...
gigahertz replied at 6-10-2021 01:30 AM
i adik beradik i majoriti perempuan. i dengan seketul lagi lelaki.
i hari hari kena gi ambik sot ...
hanihan16 replied at 5-10-2021 10:59 AM
somehow i harap family arwah bapaknya ada la bertanya khabar & menghulur nafkah utk anak2 ni
Jiddin replied at 6-10-2021 07:44 PM
Ikut hukum, mmg depa yg kena amik tgjwb kan?
ADVERTISEMENT