CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6187|Reply: 18

Badrol Shah Tiada Tawaran Berlakon, Masih Jadi Penghantar Makanan

[Copy link]
Post time 5-10-2021 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon filem Busut Bonang, Badrol Shah atau Bad, 39, teruja apabila anak tirinya, Putri Farah Norhaziqah, 7, akan belajar di sekolah tahfiz tahun depan.


Bad ketika dihubungi berkata, anak ketiga arwah isteri itu akan dimasukkan ke sebuah sekolah tahfiz di Masjid Tanah, Melaka seiring dengan minat kanak-kanak itu yang diwarisi daripada ibunya, Allahyarham Farah Shila Mazlan.




Foto: IG




"Alhamdulillah, ikut jejak langkah ummi dia. Memang dia minat pun dan sebelum ini, saya bersama arwah pernah menghantar Putri Farah ke sekolah tahfiz swasta ketika dia berusia enam tahun.


"Bagaimanapun disebabkan kami tidak berkemampuan, jadi pada awal tahun ini dia dimasukkan ke sekolah kebangsaan bersama dengan dua kakaknya, Putri Farah Nordina Dania, 12, dan Putri Farah Nordina Zawana, 11," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai dirinya yang kini bapa tunggal dan perlu menguruskan empat anak termasuk tiga anak tiri, Bad berkata, dia masih janggal dan perlu membiasakan diri demi meneruskan hidup bersama anak-anak.




Foto: IG







"Situasi saya agak janggal, namun cuba membiasakan diri menguruskan keluarga sepenuhnya sendiri. Alhamdulillah, saya yakin boleh melakukannya demi anak-anak yang menjadi peniup semangat buat saya.


"Malah, setiap hari saya akan bawa ziarah ke kubur ummi mereka selain menatap foto arwah untuk melepas rindu. Saya reda kerana nak fikir ujian, memang sentiasa ada. Kini, yang pasti saya kena teruskan kehidupan lebih baik untuk anak-anak," katanya.


Mengulas kerjaya seninya, Bad berkata, setakat ini dia belum menerima tawaran berlakon lagi dan pendapatan untuk menyara keluarga masih bergantung sebagai penghantar makanan.


"Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak masih ada. Malah, sama ada ia cukup atau tidak, saya akan terus berusaha mencarinya kerana rezeki milik Allah. Selain itu, saya dan keluarga juga ada mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.


"Setakat ini, saya bersyukur saja dengan segala rezeki yang diperoleh. Seandainya, ada tawaran berlakon nanti, Insya-Alah saya terima kerana anak yang sulung pun dah tahu menguruskan adik-adik," katanya.




Foto: IG







Pada 26 Ogos lalu, Farah Shila meninggal dunia akibat Covid-19 selepas 45 hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor.


Bad dan Farah Shila yang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat bernikah pada 2018.


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah, kini berusia dua tahun.


Allahyarham juga dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. semoga menjadi anak solehah.. dunia & akhirat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-10-2021 09:45 AM

Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggung semuanya, anak2 plak semua perempuan.

Arwah isteri dia rupanya pesakit asma kronik, kanser dan jantung kalau tak silap la aritu ada baca kt fb Badrul ni ada sebut.
Golongan yg berisiko tinggi,sian anak2 kecil lg.

Tp part nak masukkan tahfiz kt melaka tu mcm kecik sgt lagi anak tu baru 7 thn. Ok ke hantar duk asrama jejauh camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-10-2021 09:41 AM
Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggun ...

Kalau tak silap bapa kandung pun meninggal. Kesian budak-budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
supermum replied at 5-10-2021 10:45 AM
Kalau tak silap bapa kandung pun meninggal. Kesian budak-budak tu.

somehow i harap family arwah bapaknya ada la bertanya khabar & menghulur nafkah utk anak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 01:08 PM | Show all posts
Ada no akaun dia tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-10-2021 11:29 AM
ibu tunggal boleh besarkan tanpa masalah seorang diri anak lelaki dan anak perempuan
bapa tunggal ...


Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab kenapa bapa tunggal tak elok jaga anak perempuan. Tak kisah bapak kandung ke or bapak tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...

Ya. Even kalau nak mandikan anak perempuan yang masih baby pun, wajib nenek atau bibik atau mak sendiri yang mandikan. Kadang tak faham orang lepaskan all out dekat husband. Jenis otak pendek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Mawar91 at 5-10-2021 02:26 PM
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...


Meols pon adik beradik sume laki.mmg x bole menyeksi la klu kat rumah.pakai tshirt lengan pendek Ngan kain batik/ seluar pnjg saje.nak pakai seluar steng pon segan.nak mandi pon kne bawak baju pakai dlm bilik air terus.x kan nak berkemban pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga family ni dipermudahkan segala urusan dan rezeki yang lebat
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Family wife and late husband mmg orang susah semuanya ke..takde yg teringin nak bela 3 beradik tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 6-10-2021 01:30 AM
i adik beradik i majoriti perempuan. i dengan seketul lagi lelaki.
i hari hari kena gi ambik sot ...

Chouls biar je dorg yg angkat sotong2 kering tu.Rajin chouls tolong dorg angkat.Abg2 meols klu setakat basuh tu dorg bole la tolong lgi.Tu pon meols da rse bersyukur sngt.Laki x bole harap sngt nak buat kje rumah.Nti meols yg sakit hati Sebb x bersih.Baik buat sendiri walau penat cmne tpi kite puas bile bersih kemas ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 5-10-2021 10:59 AM
somehow i harap family arwah bapaknya ada la bertanya khabar & menghulur nafkah utk anak2 ni

Ikut hukum, mmg depa yg kena amik tgjwb kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiddin replied at 6-10-2021 07:44 PM
Ikut hukum, mmg depa yg kena amik tgjwb kan?

itula, ikutkan family belah bapaknya yg kena tanggung anak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... Walaupun anak tiri tapi nampak dia sayang anak2 dia. Late wife sangat cantik n org baik2 .. semuga Allah bagi sebaik2 tempat utk arwah dialam Sana n permudahkan urusan bad  Dan anak2 ... Sebak pulak tengok, gigih dia usaha n tak meminta2 walaupon dlm keadaan oku .. Aku salute...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 8-10-2021 07:19 PM
I dulu kertas keje kemahiran hidup kakak i yang buatkan. pastu i dapat A .
hebat kan i ?

Untgla chouls.Ade org buatkan.Meols dlu kne buat skirt kat kelas jahit tpi meols Soh mak meols yg buatkan.X khose meols nak jahit skirt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 02:27 PM | Show all posts
takpelah. janji ada rezeki, ada pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 9-10-2021 02:42 PM

Berapa tahun lepas masa kat Tesco, ai disapa oleh seorang bapa ni. Dia tanya ai pasal tuala wanita utk anak dia. Ai tgk anak dia sorang pompuan and yg lain lelaki . 3 org semuanya.
Ai pun terangkan kebtulan takde staff kat situ. Terasa segan jugak tpi ai kesian kat diaorg . So au jelaskan jenis wing /takde wing. Apa yg ai selalu guna sb selesa tak bocor. Cara basuh sekali kat anak dia. Kesian weii sb semua lelaki dia sorang pompuan sekolah rendah lak tu. Memalu aje bapak dia nak tanya ai, dah la staff mana ntah hilang , rehat kot. Dia ckp keliru tgk ada sayap takde sayap.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan..rasa kesian pulak bad nak uruskan anak2 kalau tak de yang menolong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.848438 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list