CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zydee One Nation Emcees Dah Balik Rumah, Ingatan Semakin Pulih

30-9-2021 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4055| Komen: 7

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Idris, 40, kini sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak semalam selepas dirawat di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah sejak Jumaat lalu akibat serangan strok.


Rakannya yang juga anggota kumpulan itu, Kozae Murtaza berkata ingatannya juga semakin pulih walaupun badannya masih lagi lemah.

"Alhamdulillah, Zydee sudah dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Saya bersama seorang sahabat kami menjemputnya dari hospital.

"Cumanya, badan sebelah kanannya belum cukup kuat lagi. Jadi, untuk masuk ke dalam kereta pun, kami perlu bantu sebab tak mahu dia terjatuh.

"Dari segi ingatan, dia sudah mula ingat banyak benda. Jadi, ketika tiba di rumahnya, kami berbual serta bercerita banyak perkara dan dia dah boleh ketawa," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Kozae, Zydee juga perlu menjalani rawatan fisioterapi.

"Setakat ini, hospital belum ada kekosongan. Jadi, keluarga Zydee perlu mencari alternatif lain contohnya urutan kampung buat sementara waktu. Insya-Allah, bulan depan, dia boleh mulakan fisioterapi.

"Kalau berapa lama dia perlu menjalani fisioterapi, saya pun tak pasti. Tapi, yang pasti akan ada beberapa sesi yang perlu dihadiri," katanya.

Kozae juga mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang dikirimkan buat sahabatnya itu.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Kami hampir kehilangan seorang sahabat, tapi kerana doa dan keajaiban kuasa Allah, dia semakin pulih.

"Syukur sangat-sangat kerana dia antara sahabat kami yang memulakan One Nation Emcees sejak ia ditubuhkan," katanya.

Jumaat lalu, Zydee ditahan di hospital selepas mengadu sakit kepala yang teruk sebelum diserang strok. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 30-9-2021 09:22 PM
Moga cepat sembuh!
Quote KamikuP 1-10-2021 08:46 AM
Moga cpt sembuh. respek dia ni wpon saiz besar menari mmg teror kalah saya ni ha
Quote annadonna 1-10-2021 02:10 PM
Aduhai muda lagi 40. Mujur lekas dapat rawatan.
Quote TeropongThaico 3-10-2021 01:55 PM
Alhamdulillah Moga dia terus diberi kesihatan & kekuatan
Quote imanjannah 3-10-2021 02:07 PM
moga kembali sembuh
Quote edayildiz 3-10-2021 02:53 PM
gws bang

Quote eely_shana 3-10-2021 06:42 PM
Alhamdulillah.moga segera smbuh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.348152 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top