Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan terdapat satu kes positif Covid-19 membabitkan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi sempena projek rintis gelembung pelancongan sejak 16 September lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kes positif tersebut melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan berasal dari Nilai, Negeri Sembilan. “Keadaan pesakit adalah bergejala ringan dan diletakkan di bawah pemantauan pasukan CAC (Pusat Penilaian Covid-19) daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kata beliau, kes berkenaan didaftar serta diklasifikasikan sebagai Import B (kes rentas negeri) yang mana hasil siasatan mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak itu berlaku sebelum melancong ke Langkawi.
Menurut Othman, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan bapanya tiba di Langkawi pada pukul 7.30 malam, 24 September lalu dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA 2). “Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah mendapat vaksinasi lengkap dan bukan kes positif Covid-19 atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 serta tidak bergejala,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
MontanaHannah replied at 30-9-2021 04:45 PM
AKu nak beritahu ko ,ko semua Malaysia ini sangat xtelus tentang data corona ye
kes dan semua ber ...
jahcomel replied at 30-9-2021 04:49 PM
Beto sis... Jap lg budak kecik wajib kna cucuk
MontanaHannah: AKu nak beritahu ko ,ko semua Malaysia ini sangat xtelus tentang data corona yekes dan semua berkaitan virus corona ,pesakit dan kematian semuanya dip ...
MontanaHannah replied at 30-9-2021 04:53 PM
kerajaan Malaysia bohong dalam banyak perkara!
lepas ini budak 3 tahun pula
LadyCarefree replied at 30-9-2021 05:28 PM
Mujur kat porem ni ada kakanah bagitau fakta sebenar. Rugilah siapa xde dlm porem ni kena tipu. ...
jahcomel replied at 30-9-2021 05:32 PM
Bajet beksin budak itam 100hri
white_musk replied at 30-9-2021 04:36 PM
Budak kecil itu dapat dari mana?
MontanaHannah replied at 30-9-2021 05:42 PM
cucuk anak KJ dulu tengok yg lembam tu jadi cerdik ke tidak
ADVERTISEMENT