CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sasha Saidin Dah Cucuk Vaksin Empat Kali

30-9-2021 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9982| Komen: 41

Jika masih ada dalam kalangan artis atau ahli masyarakat yang menolak vaksinasi Covid-19, pengalaman yang dikongsikan oleh penyanyi Sasha Saidin yang juga anggota anggota kumpulan Elite sebagai penerima empat kali dos vaksin Covid-19 ketika ini barangkali boleh dijadikan inspirasi.


Menurut Sasha, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suaminya, Sirhan Wahab, 43, dia telah mula menerima vaksin sejak Disember tahun lalu.


Kredit foto: IG


“Ya, saya telah suntik empat dos vaksin. Sinopharm dos pertama Disember 2020. Sinopharm dos kedua Januari 2021. Pfizer dos pertama dan kedua pada Ogos 2021,” tulisnya di Instagram.

Tambah Sasha, kes jangkitan virus Covid-19 di UAE juga menurun dengan mendadak dan berharap dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu tidak lama lagi.


“Syukur angka terbaharu kes Covid di UAE purata seminggu sekitar 311 kes. Harap angka akan terus turun dan kehidupan akan kembali normal seperti sebelum Covid,” ujar Sasha.



Dalam pada itu, Sasha turut menjawab persoalan peminat di Instagram yang bertanya tentang keperluan menyuntik pelbagai vaksin di dalam badan.

“Lebih baik bersedia daripada menangis kemudian hari. Semuanya kehendak Allah.

“Saya percaya tidak wajib (untuk suntikan tambahan), tetapi digalakkan untuk menambah suntikan vaksin kerana varian baru yang lebih agresif seperti Delta,” jawabnya.



Tambah Sasha, vaksin di UAE turut diberi secara percuma sama seperti di Malaysia dan berharap orang ramai mengambil vaksin sebagai pertahanan diri daripada virus Covid-19.

Sasha berpindah Dubai selepas berkahwin dengan suaminya, Sirhan Wahab, seorang duda anak dua pada 20 Januari tahun lalu.





Penyanyi yang juga kakak ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu memiliki seorang anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 11, hasil perkahwinan keduanya dengan seorang warga Indonesia, Salyo Priyanto, namun bercerai pada 2012.

Sebelum itu, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003, tetapi bercerai empat tahun kemudian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 30-9-2021 02:15 PM
Wow.. 4 kali cucuk, dengan 2 jenis vaksin berbeza...
Saya sekarang, nervous bila fikir-fikir pasal dose ke 3
harap-harap okay lah
Quote sue_liah 30-9-2021 02:40 PM
sasha ni memang tak bawa anak sekali ke..sbb nak melayan laki baru

muka laki pun mcm tk mesra kanak2 je
Quote trexxxxxi 30-9-2021 02:51 PM
Githuuuu
Eh bila sheol kawen baru?
Quote melinda_kerr 30-9-2021 02:56 PM
mcm seiras muka dia suami baru die ni....
Quote mamasaffiya 30-9-2021 03:10 PM
sue_liah replied at 30-9-2021 02:40 PM
sasha ni memang tak bawa anak sekali ke..sbb nak melayan laki baru

muka laki pun mcm tk mesra kan ...

Mcm pernah baca katanya nak bawak anak dia tp sebab covid dia hold dulu
Quote Suchi 30-9-2021 03:17 PM
Tahun depan cucuk hat jenis lain plak kot huhu.

Quote tumpanglalu74 30-9-2021 03:24 PM
Kepade yang selamat, takde ape2 nak diperkatekan.  Hanye kepade yang malang sahaje..  Itupon bila cakap macam2 antuvax sume mengamok.  Dalam idop dorang mahkamah dah tak payah ade dah.  Dorang je la jadi mahkamah..

Quote kechikchomel 30-9-2021 03:24 PM
Pfizer yg dia cucuk tu kira booster la ye?
Quote missus_meow 30-9-2021 03:46 PM
ade negara yg sape2 yg dah jab sinovac, kena booster pfizer kan? kalo tak, no entry.
Quote helicornia 30-9-2021 04:20 PM
sue_liah: sasha ni memang tak bawa anak sekali ke..sbb nak melayan laki barumuka laki pun mcm tk mesra kanak2 je

Amboi buruk sangkanya. Dengan covid ni dia pun tk lepas balik camne nak amik anak.  tengok muka pun dh tau tk mesra kanak2 ye hebat hebat
Quote syamzana 30-9-2021 04:29 PM
pfizer yg diambil tu sama mcm vaksin kat malaysia ni ke sejenis booster atau apa?byk plak cucuk dalam masa tak smpai 2thn.huhu

dlm pic last baju putih ngan laki dia tu nmpj wow plak sasha.
gaya2 jumeirah jane dah.
Quote bedahmenjuyah 30-9-2021 04:39 PM
Dia ni dulu slowly mcm dah berlitup kan ms jd ibu tunggal. Ni waw siap pakai short. Tp kenapa rupa suami dia lain dlm gambar tu. Ke mmg org lain?
Quote minahgempal 30-9-2021 04:49 PM
Hensem yer laki dia..
Quote asamfish 30-9-2021 04:50 PM
kechikchomel replied at 30-9-2021 03:24 PM
Pfizer yg dia cucuk tu kira booster la ye?

Ye.  Sbb dia chose to get pfizer as boosters, so kena 2 dose.  Kalau dia tetap pilih sinopharm as the booster, cuma satu dose je (after first and second dose of sinopharm)

Quote asamfish 30-9-2021 04:51 PM
syamzana replied at 30-9-2021 04:29 PM
pfizer yg diambil tu sama mcm vaksin kat malaysia ni ke sejenis booster atau apa?byk plak cucuk dala ...

Sama jah.  Nanti mungkin kat Malaysia pun kena ada booster jugak.  Mungkin.

Quote asamfish 30-9-2021 04:56 PM
helicornia replied at 30-9-2021 04:20 PM
Amboi buruk sangkanya. Dengan covid ni dia pun tk lepas balik camne nak amik anak.  tengok muka pu ...

Tu la...ingat senang main boleh bawak2 camtu je ke.  Dah la itu anak sasha dgn somi lain.  Yang tukang sponsor is somi baru.  Kena dpt segala mala kebenaran dari pihak bapak kandung...itu belum kira nak kena buat segala mala translation dokumen bagai.  Dan musim pandemic pulak.

Quote kechikchomel 30-9-2021 06:58 PM
asamfish replied at 30-9-2021 04:50 PM
Ye.  Sbb dia chose to get pfizer as boosters, so kena 2 dose.  Kalau dia tetap pilih sinopharm as  ...

Kalau Malaysia sruh amik booster, boleh pilih tak?
Quote kelapaparut 30-9-2021 07:03 PM
tok laki dia mcm nalla jahh tgk hidung bsr tau dah
Quote newyork 30-9-2021 07:09 PM
Best btul Sadha. Duk oversea , tak kerja jalan2.. anak tak ikut lak..  freedom

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.112211 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top