CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Injak Usia 30 Tahun, Azira Shafinaz Jual Biskut

30-9-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3943| Komen: 2

Memasuki usia 30 tahun pada Ahad lalu, pelakon Azira Syafinaz memberitahu dia mahu menjalani fasa baharu dalam hidupnya dengan lebih baik.

Azira atau nama sebenarnya Azira Syafinaz Ramlan berkata, masih banyak perkara dan impiannya yang belum dicapai sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya.



Kredit foto: IG

"InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin. Sebelum ini memang ada rasa bimbang sebab selalunya orang kata bila usia 30-an ini bermakna perjalanan baharu akan bermula.

"Tapi secara jujurnya bila sudah mencecah 30 tahun ini saya tak ada rasa apa-apa pun... sama sahaja.

"Kalau boleh saya berazam nak bekerja keras lagi, capai impian yang masih belum dapat termasuklah dalam karier seni," katanya kepada mStar.




Terdahulu, Azira menerusi Instagram berkongsi beberapa keping foto bersama teman-temannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran bersama dua sahabatnya iaitu Cik Manggis dan Sophia.

Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam berkata, fasa baharu itu turut menjadi permulaan buat dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan biskut Cookie Ja yang diusahakan sejak Jun lalu.





"Siapa yang rapat dengan saya, mereka akan tahu saya ni hantu cookies... setiap kali sambut hari raya, memang menjadi kewajipan untuk saya sekeluarga buat cookies ini.

"Jadi masa PKP hari itu, saya terfikir untuk ketengahkan perniagaan cookies. Masa awal-awal mulakan perniagaan, saya sendiri yang buat, tapi Alhamdulillah sekarang sudah ada pekerja sendiri.




"Bagi saya perniagaan ini sesuatu yang istimewa untuk saya dan sebab itu saya memilih tagline 'Talk 30 To Me' yang melambangkan pada usia 30 ini saya mulakan perjalanan hidup yang baharu dengan karier baharu dalam bidang perniagaan ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 30-9-2021 01:47 PM
My blank canvas retis yang aku suka tapi kekadang nampak kepam huhuhu
Quote Ciktiekus 30-9-2021 04:05 PM
Igtkan dah mid 30s

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052402 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top