CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Loca B Kecewa Anak Tak Diiktiraf Sebagai Warganegara

29-9-2021 04:45 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 38256| Komen: 242|Original author: Oleh: Saiful

Loca B sedih dan kecewa anak sulungnya, Yusuf Alexander yang sudah menetap di negara ini masih berstatus bukan warganegara.

"Apa yang anak saya boleh buat dengan dua kewarganegaraan?"


Tambah Loca dia risau dengan masa depan anaknya memandangkan usahanya untuk mendapatkan hak kewarganegaraan tertangguh selama dua tahun.

Kredit foto: IG

"Selepas usia tujuh tahun, adalah mustahil untuk Yusuf mendapatkan kewarganegaraannya.

"Yusuf akan menginjak usia enam tahun pada 2022. Saya cuma risau dengan masa depannya dalam negara ini. Saya cuma mahu dia terus bersama saya.

"Patutnya, Yusuf terus dapat hak kewarganegaraannya waktu saya lahirkan dia. Tak patut jadi susah begini untuk dia tinggal dengan saya di negara ini.


"Waktu dia masih bayi, saya patut punya hak untuk pindahkan saya punya kewarganegaraan kepada anak saya."



Tambah Loca, kalau kaum lelaki sewenang-sewenangnya boleh memindahkan hak kewarganegaraan kepada anak mereka, mengapa tidak kaum wanita?

"Kita tinggal di negara di mana kerajaan suka untuk mendiskriminasi golongan wanita. Kerajaan berasa okey untuk menidakkan hak saya sebagai wanita di negara ini.



"Apabila Yusuf besar nanti, dia yang akan pilih sendiri negara mana yang dia nak (kekalkan warganegaranya). Sekarang ini waktu dia kecil, apa sahaja yang dia boleh buat?"

Loca juga berkata, "Fikir juga tentang orang lain yang hidup tak ???blessed??? macam saya. Tiada rezeki macam saya. Fikirkanlah ibu-ibu yang setiap kali nak kena perbaharui visa.



"Ingat murah nak buat visa, kalau terlepas kena bayar RM500 hingga RM700. Dulu saya tiada (banyak) duit gila sakit nak perbaharui visa tiap-tiap tahun RM150 tapi tetap, semua itu duit dan melibatkan masa."

Katanya Jabatan Imigresen masih tidak memberikan temujanji baharu.



"Nak perbaharui visa kalau dah berkahwin sekali lagi, kalian perlukan surat hak penjagaan anak. Kena pergi mahkamah untuk dapatkan surat itu.

"Tarikh mahkamah saya sepatutnya Jun tapi dah kena tangguh banyak kali disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maknanya di sini, saya tak boleh perbaharui visa anak sampailah dapat surat hak penjagaan."


Buat pengetahuan Yusuf adalah anak bersama suami pertama dan dilahirkan di United Kingdom.

Loca kemudian berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique, Tuju. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 29-9-2021 04:55 PM
Dah tukar rule boleh ikut mak ni, harap boleh settle cepat. Comel betul Yusof
Quote rosannazmia 29-9-2021 04:56 PM
Sian dia,letih la tiap2 thn kena baharui visa
Quote minahmanja 29-9-2021 05:02 PM
ohh mmg janda ye b3 nikah ngan tuju ni... braoe umur dia, comel ank first dia tu... ade chinese look skit..
Quote faraway1 29-9-2021 05:08 PM
Tak boleh mohon pr ke sebab budak tu kan menetap di Malaysia.
Quote trexxxxxi 29-9-2021 05:16 PM
Ai jujurin ya ngaku ai tak kenal sapa dia ni
Tapi ai harap dengan new regulations
Yusuf dapatlah hak kewarganegaraan

Comel budaknya
Quote edoraixora 29-9-2021 05:17 PM
kan dah tau undang2 malaysia memang macam tu, kenapa tak balik beranak kat malaysia dulu?
Quote ellejo 29-9-2021 05:47 PM
i simpati dgn mereka2 yg terkesan dan hidup sulit kerana diskriminasi dan ketidakadilan.





Quote ellejo 29-9-2021 05:53 PM
Edited by ellejo at 29-9-2021 09:55 AM

ai taktau rules

memang kena beranak di malaysia saja ke utk kita orang perempuan transfer our citizenship?

bukan patut sama ke rulesnya pada laki?
kalo begitu bini vietnam indon kemboja negara kelas ketiga mereka kena beranak di malaysia juga.

takkan pempuan malaysia kene terboyot2 naik flight demi anak ic biru tapi laki malaysia bini indon sedap2 kangkang di indon pstu anak dapat malaysian citizenship????



Quote MrsVeneer 29-9-2021 05:57 PM
Stay strong loca. #iamafan
Quote faraway1 29-9-2021 05:58 PM
ellejo replied at 29-9-2021 04:53 AM
ai taktau rules

memang kena beranak di malaysia saja ke utk kita orang perempuan transfer our ci ...

Kan.

Meluat baca..

Hello ingat UK tu belakang rumah korang ke?

Lepas tu katakan balik semula ke UK lepas beranak..
Video viral newborn menangis melaung ke apa..

Orang yang sama juga juga kata, dah tahu baby napa bawa naik flight, beranak ajelah kat UK, sian anak..

Orang Malaysia memang susah nak kasi puas hati..
Quote supermum 29-9-2021 06:06 PM
ellejo replied at 29-9-2021 05:53 PM
ai taktau rules

memang kena beranak di malaysia saja ke utk kita orang perempuan transfer our ci ...

Baru-baru ni rules dah tukar. Memang recent sangat. Boleh ikut mak walaupun beranak kat negara laki.
Quote ~boolean 29-9-2021 06:13 PM
aku sokong aja kalau undang2 baru ni tukar...memang patut pun dipermudahkan urusan kewarganegaraan kalau maknya orang malaysia..

tapi...

aku rasa mak2 dan ayah2 pun patut aware lah benda ni sebelum kauorang pindah negara orang..
bila kau pindah, maknanya ada benda yang kau dapat, dan ada benda yang kau kena lepaskan..
kau sendiri patut tahu pasal undang2, bukannya merentan bila benda tak ikut kehendak kau...
Quote jfq 29-9-2021 06:16 PM
Eh bukan dah boleh ikut warganegara emak

Hari tu sibuk gak kat fb dr imelda tp aku tak baca details la
Quote caca_eric 29-9-2021 06:28 PM
~boolean replied at 29-9-2021 06:13 PM
aku sokong aja kalau undang2 baru ni tukar...memang patut pun dipermudahkan urusan kewarganegaraan k ...

loca study sana dulu

bukan pindah
Quote alahai 29-9-2021 06:50 PM
Edited by alahai at 29-9-2021 06:58 PM

Mak malaysia yg kawen dgn orang luar, kena balik beranak kt malaysia kalau nk anak dpt warganegara...itu undang2 dulu, sekarang ni kerajaan dah tukar, mak yg dpt atau bersalin kt luar negara dah automatic dpt warganegara...tetapi adakah undang2 baru ni benarkan anak2 yg dh lahir jat luar sebelum ni dpt tukar warganegara?? Anyone??
Undang2 ni diskriminasi kaum ibu betulla..
Quote edoraixora 29-9-2021 07:03 PM
faraway1 replied at 29-9-2021 05:58 PM
Kan.

Meluat baca..

Hello, kalau post kau ni merujuk kepada komen aku sebelumnya...over sangat respon kau.
Dah rules Malaysia selama ni macam tu, patut dah boleh fikir sebelum nak beranak.
Tapi bukan maksudnya aku setuju pasal diskriminasi kewarganegaraan ni.
My point is, kau dah tau rules tak benarkan tapi kau buat jugak.

Quote faraway1 29-9-2021 07:11 PM
Edited by faraway1 at 29-9-2021 06:20 AM
edoraixora replied at 29-9-2021 06:03 AM
Hello, kalau post kau ni merujuk kepada komen aku sebelumnya...over sangat respon kau.
Dah rules ...

Err me balas kat you ke


But me nak guna balik ayat tu juga.

Hello ingat negara tu belakang rumah korang..
Itu aje.. Plus cam orang kata, dia study, so patut tinggalkan study semata balik beranak..?

Unfair orang kat Malaysia masih study boleh beranak suka hati.
Quote stania83 29-9-2021 07:13 PM
gosip dia husband first org mana
Quote ellejo 29-9-2021 07:18 PM
supermum replied at 29-9-2021 10:06 AM
Baru-baru ni rules dah tukar. Memang recent sangat. Boleh ikut mak walaupun beranak kat negara lak ...

ai baca kat fb rata2 cakap benda sama. mmg kene beranak kat malaysia ke?

Lihat semua komen(242)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.098967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top