CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Zazman Tak Takut Peminat Lari Lepas Berkahwin

29-9-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4787| Komen: 25

Golongan selebriti sering kali dimomokkan dengan kata-kata peminat dan penyokong akan 'lari' selepas mereka berkahwin.

Namun, itu semua adalah kerja Tuhan dan tidak ada sesiapa mampu mengandaikan sekiranya perkara itu benar-benar menjadi umpama satu 'sumpahan' atau sekadar kata-kata kosong.


Bagi penyanyi, Harith Zazman, 27, dia juga tidak menafikan pernah berdepan kata-kata sebegitu. Namun, hatinya kuat mempertahankan bahawa rezeki adalah daripada Allah.


Foto: IG

"Saya pernah dengar juga kata-kata itu. Saya sentiasa percaya bahawa rezeki seseorang itu datangnya daripada Allah. Seandainya apa yang diperkatakan itu benar berlaku, saya terima seadanya.

"Saya tegaskan, kehadiran saya dalam industri muzik adalah untuk menonjolkan karya saya. Seni muzik saya. Kalau orang suka, terima kasih. Seandainya ada yang tak suka, tak mengapa," katanya.

Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bertukar status menjadi suami kepada pasangannya, Nuramalina Ghakashah, Harith mengakui kehidupannya kini lebih bahagia.



"Kehidupan saya sekarang sangat bahagia dan menyeronokkan. Saya rasa ada banyak perkara baharu yang dapat saya belajar bersama isteri saya.

"Kami saling belajar mengenai bagaimana untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan cuba menjadi pasangan yang terbaik buat diri masing-masing. Selain itu, saya juga banyak merujuk kepada ibu bapa kami mengenai ilmu dalam rumah tangga," katanya.

Ditanya mengenai cahaya mata, pasangan ini belum merancang mengenainya.

"Setakat ini, kami pun belum merancang apa-apa mengenai kehadiran cahaya mata dan sebagainya memandangkan kami pun baharu sebulan berumah tangga," katanya.




Terbaharu, Harith bakal hadir dengan single solo pertamanya berjudul Shut Up.

"Jika sebelum ini, saya dikenali menerusi lagu Cute nyanyian bersama Loca B dan MFMF, jadi kali ini saya nak sajikan satu sisi berbeza yang lebih 'garang'.



"Mungkin muziknya masih mengekalkan identiti muzik saya, tapi akan ada kelainan yang bakal ditampilkan.

"Insya-Allah, 1 Oktober ini video lirik lagu Shut Up dilancarkan secara rasmi dan selepas itu, baru kami akan hasilkan video muzik dan sekali lagi tampilkan isteri saya sebagai model," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-9-2021 09:54 AM
Who are youssssss
Quote akakvouge 29-9-2021 09:54 AM
hmmmm... mcm tak berapa kenal..
next
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 10:16 AM
Yaawwwwwnnnnnn

Irrelevant. Next
Quote kechikchomel 29-9-2021 10:21 AM
sebelum ko kawin pun, ramai sangat ke peminat ko?
Quote bakingsoda 29-9-2021 10:33 AM
ada peminat ke pon in the first place? setakat lagu sampah you mmg sangat liuk tu pasti pendengar malu nak mengaku secara terbuka minat lagu tu
Quote slyfynx 29-9-2021 10:51 AM
Edited by slyfynx at 29-9-2021 10:53 AM

Jap, ade peminat ke, nk lari pun?
Siapa beliau ni?

Edit : Oh, penyanyi lagu sampah cute tu ke?
Lagu kedua katenye shut up. Leh je nyanyi depan cermin. Suh diri sendiri shut up
Quote holothurian 29-9-2021 11:14 AM
sorry dik.. lagu ko tu,sikit pun xminat nak dengar.. geli hakuu{:nose
Quote JohnyEnglish 29-9-2021 11:26 AM
Dlm bnyk2 lagu,lagu ni paling geli aku dgr seumur idup
Quote 3chanceno 29-9-2021 11:33 AM
Konfem isteri dia salah satu peminat dia orang lain acik tak tahulah

Ko dah kawin ke tidak, tak menjejas pun kerjaya ko dek
Quote innocent_me 29-9-2021 11:34 AM
Siapa kau???? siapaa??? Keluarrrrr!!!!
Quote princessmiang 29-9-2021 11:35 AM
kau siapa siakkkkk???

Quote husna_amal 29-9-2021 11:45 AM
Ada peminat ke sebelum ni? Orang tak heran pun.
Quote TeropongThaico 29-9-2021 12:15 PM
ingat ai sorang yg tak kenal
Quote miznora 29-9-2021 01:45 PM
Bagus ramai tak kenal dia rupanya. Ingat aku je..

Eh peminat ko tu wife ko tu je la
Quote miznora 29-9-2021 01:46 PM
Bagus ramai tak kenal dia rupanya. Ingat aku je..

Eh peminat ko tu wife ko tu je la

Saja post 2 kali supaya ko tau ko takde peminat
Quote Prickford 29-9-2021 02:11 PM
Tak..skang ni kau ade peminat ke tak?
Majoriti tak kenal kau dik oiii!!!!
Quote ezacbee 29-9-2021 02:15 PM
Nak lari ke mana dik.
Kenal ko pun tak
Quote edayildiz 29-9-2021 02:24 PM
whoayusss
ader peminat ke ko dik
Quote LadyCarefree 29-9-2021 03:30 PM
Memanglah peminat tak lari sbb peminat pon tak wujud

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.164355 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top