Pendakwah dan penulis buku terkenal Aiman Banna atau nama sebenarnya Mujahid Aiman Rumawi menyentuh isu normalisasikan dosa dan maksiat di media sosialnya.
Melihat rakyat Malaysia yang beragama Islam tenggelam dalam dunia hiburan dengan heboh berkongsi mengenai siri penstriman popular Squid Game, membuatkan pendakwah muda ini memberi teguran di Instagramnya. Menyentuh isu siri popular tersebut, wargamaya mengatakan bahawa Korea bukanlah negara Islam dan tiada kaitan dengan ikhtilat, aurat atau yang berkaitan dengan Islam. Melihat wargamaya tidak setuju dengan teguran yang diberikan di Instagram, Aiman menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan ia bukan soal Korea atau filem keluaran siri mana-mana negara mahupun bangsa.
Tetapi soal golongan Muslim yang menonton maksiat dan bangga mempromosikan maksiat secara berleluasa, apatah lagi filem atau siri yang ditonton tersebut mempunyai unsur haram yang ada didalamnya seperti LGBT. "Fallacy apakah ini? Siapa yang bercakap pasal hukum hakam kat Korea? Orang cakap pasal MUSLIM di Malaysia yang menonton filem maksiat, yang tidak sensitif langsung dengan dosa maksiat, ikhtilat, dan lain-lain. Kemudian MUSLIM yang sama mempromosikan maksiat ini dengan bangga di media sosial. Kita bukan highlight Korea, semua filem sekalipun termasuklah filem atau siri Melayu, Cina, India atau Arab sekali pun termasuk pengharaman jika ada unsur sebegini. Lagi-lagi Netflix memang SETONGKOL KAW-KAW LGBT! Mana taqwa dan ihsan kita? Kenapa kita rasa biasa dan relax? Menggelupur apabila ditegur? Kerana telah berjayanya Normalisasi Dosa dan Maksiat di Malaysia.” Aiman juga berkongsi mengenai dosa terhadap mereka yang menormalisasikan maksiat, adalah dosa yang lebih teruk dari golongan yang melakukan dosa. "Orang yang menormalisasikan dosa lebih teruk dari yang melakukan dosa. Lihatlah kisah Nabi Luth, isterinya bukanlah songsang sepertimana kaumnya TETAPI isterinya mempromosikan dan menormalisasikan. Akhirnya dia diseksa diazab SEPERTIMANA kaum Nabi Luth yang lainnya.” Selain memberi contoh dari kisah Nabi Luth, pendakwah muda ini juga memberi contoh golongan LGBT zaman kini sebagai pengajaran buat semua. "Orang yang melakukan perbuatan LGBT boleh sahaja masih seorang Muslim, cuma diuji dengan maksiat dan dosa yang dia masih ketagih, selagi mana dia tidak ‘justify’ dan menghalalkan ketagihannya itu. Tetapi orang yang mempromosikan dan menormalisasikan LGBT sudah pun jatuh kufur kerana menentang pensyariatan Allah dengan sengaja dan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Hati-hati dengan normalisasi.” Cabaran untuk meninggalkan maksiat bukan mudah, tetapi ia boleh dikecapi dengan niat yang bersungguh dan mahu mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Seperti kata Aiman Banna, hati-hati dengan normalisasi jangan sampai mempromosikan maksiat. -CARI Sumber: Murai.my
|
Kurex replied at 29-9-2021 10:20 AM
Bukan dia ni ke yg suka bagi jawapan merapu2 bila orang tanya soalan?
Iols pernah jumpa orang yg ...
trexxxxxi: Kurex sangat sharpHeshe tak layan fonds tapi sebaliknya
trexxxxxi replied at 29-9-2021 09:31 AM
Kurex sangat sharp
Heshe tak layan fonds tapi sebaliknya
mizzmimi replied at 29-9-2021 12:29 PM
heols ada case scandal ke trex? Hati keladak iols berkata yang heols nak ride the fame sementara ...
Kurex replied at 29-9-2021 01:09 PM
Dia layan gayboy kan? Muka pun muka gayboy
trexxxxxi: Pala b*na dia Main pompuan haram jugak oiiNormalisasikan dosa dan main pompuanMana satu lagi teruk? Palatao ni hangpa takyah dengaq la d ...
ADVERTISEMENT