Malang tidak berbau... penyanyi Azlan Typewriter berdepan insiden mencemaskan apabila terjatuh hingga patah kaki kiri semasa menyertai aktiviti mendaki di sebuah bukit di Semenyih, Selangor pada Isnin.
Cerita Azlan atau nama sebenar Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, semasa kejadian dia bersama lima sahabatnya sedang menuruni bukit berkenaan, namun tanah licin menyebabkan kakinya terkehel hingga hilang imbangan. "Kejadian berlaku dalam pukul 1 tengah hari. Semasa itu saya dan rakan-rakan lain sedang turun dari bukit berkenaan... mungkin tanah di situ licin dengan bukit agak menjunam menyebabkan saya hilang imbangan lalu terjatuh sampai ke bawah. "Memang kuat bunyi masa jatuh tu... terasa sakit sungguh, tengok kaki dah bengkak dan saya syak tulang patah. Dalam keadaan kaki yang amat sakit, saya gagahkan diri naik semula ke laluan pendakian.
"Selepas itu saya terus di bawa ke Hospital Kajang. Doktor maklumkan terdapat tulang patah pada pergelangan kaki," katanya kepada dihubungi mStar.
|
ADVERTISEMENT