CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Lepas Teguk 1.5 Liter Minuman Soda Dalam Tempoh 10 Minit

27-9-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4124| Komen: 21

Lelaki di China meninggal dunia selepas hatinya cedera dipercayai kerana meneguk sejenis minuman soda 1.5 liter dalam tempoh 10 minit di negara itu, baru-baru ini.

Kejadian pelik itu diceritakan dalam jurnal 'Clinic and Research in Hepatology and Gastroenterology' atau dalam bahasa Melayunya, Klinik dan Penyelidikan dalam Hepatologi serta Gastroenterologi.



Gambar hiasan

Lelaki berusia 22 tahun itu didapati meninggal dunia bukan hanya disebabkan hatinya cedera, tetapi juga akibat kandungan gas di dalam badannya kerana meminum minuman tersebut.

Lelaki itu dilaporkan mengadu berasa sakit dan perutnya membengkak selepas meminum minuman tersebut menyebabkan dia pergi untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Beijing.

Sebaik tiba di hospital berkenaan, dia mengalami tekanan darah rendah, kadar denyutan jantung yang tinggi dan bernafas dengan cepat.


Anggota perubatan kemudian berusaha mengeluarkan gas dari sistem pencernaannya.

Difahamkan, lelaki terbabit memaklumkan doktor bahawa dia minum minuman itu untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.

Bagaimanapun, usaha doktor menyelamatkan nyawanya gagal dan dia meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-9-2021 03:18 PM
Wow bahanya minum minuman bergas nih
Quote fifie_olin 27-9-2021 03:48 PM
mnm mineral je ...ilang haus tu
Quote edayildiz 27-9-2021 04:27 PM
air soda bikarbonat ke?..rip..xpernah mnm..kalau bergas i suka yg stroberi yg fn tu..sdp tp xleh mnm selalu..sthn 3 4 kali blh lah
Quote naina 27-9-2021 05:18 PM
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ke
Nak gigi reput ke..baru la keinginan tu terbantut
Sebb dah rasa seksa gigi depan takda nak makan susah. Wakakaka
Quote Tokeybundle 27-9-2021 05:35 PM
Dasyat jgk kesannya ye
Quote acik79 27-9-2021 05:59 PM
naina replied at 27-9-2021 05:18 PM
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ...

Dulu aku suka minum coke… tp bila org cakap tak bagus kandungan dia tu..  aku tak minum dah, anak2 pun aku tak biasakan… sampai bila beli mcd yg free air pepsi tu kitaorg buang je air tu sbb nak tukar tak boleh.
Quote naina 27-9-2021 06:06 PM
acik79 replied at 27-9-2021 05:59 PM
Dulu aku suka minum coke… tp bila org cakap tak bagus kandungan dia tu..  aku tak minum dah, anak ...

Kat rumah ni yang minum air gas hanyalah laki aku..lantaklah untuk tenaga katanya. Orang tua susah aku nak nasihattt. Tulah anak2 aku jeling2 nak rasa jugak. Tu yg kena ugut macam2 tu
Quote acik79 27-9-2021 06:10 PM
naina replied at 27-9-2021 06:06 PM
Kat rumah ni yang minum air gas hanyalah laki aku..lantaklah untuk tenaga katanya. Orang tua susah ...

Anak2 aku mmg diaorg tak suka minum air gas… mmg tak laku pepsi tu… kalau m d ke kfc ke mmg tukar air milo atau oren jus… laki aku pun mmg tak minum sbb manis sgt katanya… abg & kakak dia ada kencing manis, yg abg mmg cucuk insulin hari2… tu yg dia seram nak minum kot
Quote Artemesiaa 27-9-2021 06:14 PM
Betul cari bala main teguk macam tu je minuman bergas.  Kalau benar2 dahaga pun elok minum air kosong je dari pilih miniuman bergas.
Quote Guli 27-9-2021 06:18 PM
Bahaya betul, minum jugak tapi kadang-kadang la
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2021 06:23 PM
acik79 replied at 27-9-2021 06:10 PM
Anak2 aku mmg diaorg tak suka minum air gas… mmg tak laku pepsi tu… kalau m d ke kfc ke mmg tuka ...

Air milo pun manis sis bukan setakat air potong kaki jah
Quote acik79 27-9-2021 06:28 PM
Edited by acik79 at 27-9-2021 06:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2021 06:23 PM
Air milo pun manis sis bukan setakat air potong kaki jah


Air milo tu kalau ais dah cair ok la tak manis sgt… mcd kan letak ais sampai nak penuh cawan tu… huhu
Quote kakikuDibibirmu 27-9-2021 06:36 PM
acik79 replied at 27-9-2021 06:28 PM
Air milo tu kalau ais dah cair ok la tak manis sgt… mcd kan letak ais sampai nak penuh cawan tu ...

Ais yang cair bukannya jumlah kandungan gula dalam air milo tu yang tiba-tiba ghaib
Quote Cik_jantung 27-9-2021 08:16 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 09:45 AM

..........
Quote slyfynx 27-9-2021 08:42 PM
Carbonated drink, releases CO2. Mmg la x elok
Quote acik79 27-9-2021 09:00 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2021 06:36 PM
Ais yang cair bukannya jumlah kandungan gula dalam air milo tu yang tiba-tiba ghaib

Ye la betul tu… tp aku jarang makan fast food ni… nak berjimat…
Quote Anamia 27-9-2021 10:25 PM
Jiran lama i pun meninggal asbab kanser usus. Maknya ckp dia mmg minat sgt minum air gas. Sgt kerap. Opahnya pun nangis2 cucu meninggal muda sgt umur 21 masatu arwah. Dia pesan kat org lain jgn la minum air gas. Sambil sedih2 cerita pasal air gas opahnya tu
Quote Cintakapuri 27-9-2021 10:34 PM
naina replied at 27-9-2021 05:18 PM
Memang air gas tak bagus pun
Boleh reput tulang wei
Aku selalu ugut anak aku cakap nak gigi rongak ...

Pi try partial dentures sis
Quote naina 28-9-2021 12:07 AM
Edited by naina at 28-9-2021 12:09 AM
Cintakapuri replied at 27-9-2021 10:34 PM
Pi try partial dentures sis


Gigi anak iols gugur ngam la umurnya 7-8 tahun nak ganti gigi kekal..now yang atas gigi depan dah tumbuh. Syukurr dia kembali selera untuk makan.kikiki

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.284379 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top