CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alam Wakaka Pelik Tengok Ragam Isteri Hamil, Kena Jadi Badut Nak Pujuk

27-9-2021 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3667| Komen: 18

Lain kehamilan lain ragamnya, begitulah yang dilalui pelakon dan penari Alam Wakaka tatkala berdepan pengalaman pertama menguruskan isteri hamil.

Cerita Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, isterinya Nurul Alisya Najwa Hazman mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini.

Foto: IG

"Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia.

"Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang mood dia okay, adakalanya sayu je... mungkin sebab pembawakan budak.

"Saya kena buat lawak, kena jadi badut untuk ceriakan dia," katanya kepada mStar.




Pada 14 September lalu Alam diberi kejutan dengan berita kehamilan Nurul Alisya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya dalam tempoh trimester pertama ini, Alam berkata selain sering muntah-muntah isterinya juga menunjukkan sikap aneh.



"Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku?

"Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah yang besar pula tu.

"Saya cuak sebab tak pernah tengok isteri menangis ni... jadi saya pujuk la, lama juga nak pujuk. Lepas itu apabila mood dah okay dia dah boleh gelak balik," katanya berseloroh.

Tambah Alam, buat masa ini dia tidak membenarkan isterinya melakukan sebarang kerja rumah.



"Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat.

"Mengidam tu tak ada lagi, tapi dia suka nak pesan macam-macam makanan tapi tak makan. Masa birthday dia nak makan stik, saya bawa la, dia makan dua tiga suap je.

"Paling ketara sekali dia rindu ibu dia. Disebabkan sekarang masih ada larangan rentas negeri, tak boleh balik Johor jumpa keluarga. Dalam satu hari tu lima ke enam kali dia call mak dia dan mak saya," ujarnya.

Untuk rekod Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu.

Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-9-2021 10:21 AM
Ada pulak yg nk buat cerita dia. Ada ke yg nk tgk Alam's Story. Whoryus?
Quote Kurex 27-9-2021 10:43 AM
Nak gosipkan apa?

Lain la anak tu bukan benih alam tu... Ngok punya reput!
Quote princessmiang 27-9-2021 10:48 AM
ingatkan heshe ni bengkok...tahniah la nak dpt baby..itu jelah mampu komen. nasib baik alam tak usap perut
Quote trexxxxxi 27-9-2021 10:49 AM
Kay...
Next....
Quote krustykrab 27-9-2021 10:51 AM
Gusip apa ni?
Dah la aku tak.kenal sapa 2 org  ni..
Quote tipah89 27-9-2021 10:57 AM
shape ni shape ni
Quote Gomea 27-9-2021 10:58 AM
Dulu ingatkan alam ni adek2. Dulu ade cerita pasal dia lepas dia menang pertandingan menari tu. Kat 8tv rasanya
Quote weirdwaniey 27-9-2021 11:10 AM
Muka sama laki bini.. aku pon ingat si alam ni bengkok
Quote Manjalalu 27-9-2021 11:30 AM
Badut pon badut laaa
Quote mongoose_kidz 27-9-2021 12:42 PM
beza 15 tahun jugak ye....
maknanya time alam ni umur 25 bakal isteri baru umur 10 thn

Quote Imkhai 27-9-2021 01:14 PM
korang tahu x biseks laki ppuan diaorg blh on je pnh jgk bc alam ni sesuatu
Quote KamikuP 27-9-2021 03:26 PM
Tak payah jadi badut dekk.. abam tengok ekkor rambut ko abam dah tergelak dekk
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 02:11 AM
Irrelevant. Next
Quote addamnor 28-9-2021 02:30 AM
Motif nak kena sampai jadi badut? Buat bebiasa tidak boleh kah? And bini kau propa lah membawa budak whatever, padahal clingy jah lebih.. clingy ubatnya kau buat muka tonyo jah

Foreverly i hate immature dependant women. Foreverly.
Quote imanda 28-9-2021 03:57 AM
addamnor replied at 28-9-2021 02:30 AM
Motif nak kena sampai jadi badut? Buat bebiasa tidak boleh kah? And bini kau propa lah membawa budak ...

mcm2 eh krenah ngndung padahal xngndung pon sejenis gitu jugak kot mcm2 ragam ttiba nk slhkan bdk dlm pwot hihi
Quote addamnor 28-9-2021 12:44 PM
imanda replied at 28-9-2021 03:57 AM
mcm2 eh krenah ngndung padahal xngndung pon sejenis gitu jugak kot mcm2 ragam ttiba nk slhkan bdk  ...

Weak woman will blame hormones for inability to control emotion. Perempuan ini kan spesis laparkan perhatian, kalau diajar beri, makin berlemak lah masing2. Perhatian itu beri bila perlu sahaja.
Quote gorjeous 28-9-2021 04:23 PM
Tahniah Alam...
Quote fadzyjemi 29-9-2021 02:20 AM
Tahniah alam. Lps menang kt 8tv tu putus cinta dgn cik nor. Ape kabar la cik nor tu ye skang. Jodoh dpt lebih muda rupanya.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079356 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top