CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Turunkan Kes Harian Covid-19, Kit Siang Ucap Tahniah Kepada Khairy Jamaluddin

27-9-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3329| Komen: 17





Pelantikan Khairy Jamaluddin, 45, sebagai Menteri Kesihatan dibawah pembentukan kabinet Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akhir Ogos lalu telah menarik perhatian ramai.

Sempena pelantikan itu, Pemimpin DAP, Lim Kit Siang melalui Facebook rasminya memberi tempoh sebulan untuk Khairy menunjukkan kemampuannya sebagai Menteri Kesihatan dalam mengatasi masalah kes jangkitan Covid-19 yang sedang meningkat melepasi paras 20,000 ketika itu.

Beberapa hari lalu, Lim Kit Siang secara terbuka mengakui pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan adalah satu-satunya berita baik, lapor Malaysiakini.

Loading FB Post...


Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengucapkan tahniah kepada Khairy yang berjaya menurunkan kes harian Covid-19 di bawah 14,000.

"Biar saya berlaku jujur satu-satunya berita baik dalam peristiwa pembentukan kabinet Ismail Sabri adalah pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri kesihatan.

"Semua rakyat Malaysia mahu dan mengharapkan Khairy berjaya dalam mengemudi perang melawan Covid-19 yang mengancam negara, dan saya tidak segan untuk mengakui bahawa saya adalah seorang daripadanya.


"Saya akan terus melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Khairy dalam usahanya untuk memerangi Covid-19, bukan kerana saya mahu beliau tersungkur gagal tetapi sebaliknya untuk melihat beliau berjaya," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod Khairy pernah memegang jawatan sebagai menteri belia dan sukan ketika era kerajaan BN pimpinan Najib Razak.

Manakala ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin dia memegang jawatan sebagai menteri sains teknologi dan inovasi.


Dia kemudiannya dilantik sebagai menteri kesihatan oleh Ismail Sabri bagi menggantikan Dr Adham Baba yang bertukar portfolio dengan Khairy.

Dalam pada itu Lim berkata sekarang adalah masa yang terbaik untuk Khairy membuktikan keupayaan dalam memimpin kementerian kesihatan.

"Sejak beberapa hari lalu, saya telah berkali-kali menggesa Khairy untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kes kematian berkaitan Covid-19, terutama berhubung masalah tunggakan (backlog).

"Pengurusan mayat di hospital kerajaan yang mana masih belum dianalisis dan dilakukan bedah siasat, kerana isu ini diselubungi misteri dan memberi kesan terhadap kredibiliti kerajaan dan Khairy sendiri dalam mempersembahkan data berkaitan Covid-19.

"Ini adalah masa terbaik untuk Khairy berterus terang tentang situasi sebenar berhubung kematian akibat Covid-19 sejak zaman menteri kesihatan sebelum ini," kata Lim lagi.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan tempoh 100 hari kepada anggota Kabinet untuk menunjukkan prestasi masing-masing.

Jadi sehingga saat ini, apa pandangan anda tentang prestasi anggota Kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-9-2021 08:54 AM
Usaha rakyat jaga sop, tetiba menteri dapat nama
Quote tripleid 27-9-2021 09:02 AM
agaknya klau menteri air suam masih jadi menteri  skrg kes  30k sehari
Quote shark 27-9-2021 10:11 AM
tripleid replied at 27-9-2021 09:02 AM
agaknya klau menteri air suam masih jadi menteri  skrg kes  30k sehari


KJ ni mmg jadi menteri apa pun prestasi dia ramai puas hati. apa2 dia jawab sendiri untuk kementerian. kalau dulu semua dok tumpu Dr Noor Hisham je


Quote tripleid 27-9-2021 11:37 AM
shark replied at 27-9-2021 10:11 AM
KJ ni mmg jadi menteri apa pun prestasi dia ramai puas hati. apa2 dia jawab sendiri untuk kement ...

17 bulan abahcow lantik menteri gagal jadi menteri KKM..no wonder covid Msia antara paling teruk dlm dunia
Quote Simunggu 27-9-2021 03:55 PM
saya tak percaya sbb KJ lah....sbbnya ramai org sudah kena vaksin tu sbb kes tahap 3-5 berkurang & kematian berkurang
Quote edayildiz 27-9-2021 03:59 PM
ohh sbb dia ke?
Quote Nham22 27-9-2021 04:09 PM
Lawak betol perbandingan pon... Tak layak nak bg credit lg... Belom lg... Lambertt lg...
Quote JessePinkman 27-9-2021 04:14 PM
Berjaya mengurangkan kadar test harian.
Quote chula 27-9-2021 04:17 PM
so betullah tukar PM kes boleh turun.. sebab aritu ada yg tanya tukar PM kes kobid boleh turun ke..tgk sekarang, ye kes boleh turun
Quote wnwa05 27-9-2021 09:53 PM
Dah ramai vaksin memang la turun...kalau ikut macam kkm cakap dulu pun
Quote akusukaq 27-9-2021 11:58 PM
Edited by akusukaq at 28-9-2021 12:00 AM
wnwa05 replied at 27-9-2021 09:53 PM
Dah ramai vaksin memang la turun...kalau ikut macam kkm cakap dulu pun


Tapi ramai jgk yg kata vaksin tak mampu turunkan kes.lagi byk yg vaksin lg ramai yg jangkit katenya...
Quote tipahketipung 28-9-2021 12:09 AM
Sebab Sinovac kot.. walaupon..
Quote naina 28-9-2021 12:14 AM
Kesian..KJ baru jadi menteri kesihatan. Terus dapat nama. Menteri dan dg sebelum ni berhempas pulas masa kes mencanak2 naik. Bila ramai da vaksin dan2 tukar menteri dan2 COVID trun dan2 nama harummmmm2i
Quote ninja9 28-9-2021 12:23 AM
Apa yang khairi telah buat dengan signifikan sehingga berlakunya penurunan? bukankah sop, vaksinasasi meningkat, pkpd bersasar, kesedaran masyarakat, kerjasama banyak pihak... yang mana ini semua telah dilakukan secara berterusan sebelum khairi menjawat menteri kesihatan. ...

...wait... barangkali khairy telah memberi perhatian dan tindakan yang agak memaksa kepada penerimaan vaksin oleh semua orang termasuk 'diskriminasi' kasar kepada antivak...  bukankah sekarang yang tak vaksin susah nak masuk premis bisnes susah nak dine in susah nak rentas daerah.... ini mungkin yg bantu masyarakat supaya alert lebih kepada covid...
Quote jari10 28-9-2021 12:48 AM
naina replied at 28-9-2021 12:14 AM
Kesian..KJ baru jadi menteri kesihatan. Terus dapat nama. Menteri dan dg sebelum ni berhempas pulas  ...

Kann.. Hmm sesuatu usaha tu berhasil bukan serta merta.. Pasti atas usaha terdahulu, hasilnya dituai hari ini dan pada masa akan datang
Quote pistolairAbah 28-9-2021 01:04 AM
jangan happy sangat kalau kes turun..belajar dari kisah dulu.nak naik balik kejap je
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:49 AM
Jangan celebrate duluuu
Ingat tak apa jadik kat sabah?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top