CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Syariah Tahan 30 Individu Berpakaian Ketat, Berseluar Pendek

24-9-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4165| Komen: 20

Description: Kerana berpakaian ketat dan tidak menepati undang-undang agama, lebih 30 individu ditahan pegawai polis syariah, Wilayatul Hisbah.
Kerana berpakaian ketat dan tidak menepati undang-undang agama, lebih 30 individu ditahan pegawai polis syariah, Wilayatul Hisbah.

Antara melaporkan, operasi dilakukan di hadapan pejabat Ketua Daerah Aceh Barat di Meulaboh.



Kredit foto: AntaraNews

“Lebih 30 yang ditangkap, semuanya memakai pakaian ketat, sementara yang lelaki pula memakai seluar pendek,” kata Ketua Jabatan Polis Wilayatul Hisbah Aceh Barat, Dodi Bima Saputra di Meulaboh semalam.

Menurut beliau, operasi dilakukan sebagai usaha meningkatkan syiar Islam serta menegakkan penerapan hukum agama di Aceh.

Jelasnya, ini bertepatan dengan Qanun (Peraturan Daerah) Nombor 6 Tahun 2014 mengenai Hukum Jinayat termasuk Undang-Undang Penerapan Syariat Islam di Aceh.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu merupakan penduduk di luar Aceh Barat.


Kredit foto: AntaraNews

“Mereka yang ditahan akan dibimbing petugas Wilayatul Hisbah dan diberi nasihat agar di masa depan tidak mengulangi perbuatan sama.

“Buat masa ini, mereka yang ditahan akan diberikan panduan, mereka tidak akan dikenakan sebatan,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 24-9-2021 10:02 AM
Itu ke contoh ketatnya
Manada ketat pun
Quote Babai 24-9-2021 10:10 AM
Apa yang ketat? Membazirkan duit rakyat sana je wujudkan unit penguatkuasa macam tu.
Quote Tokeybundle 24-9-2021 10:57 AM
What????tang mana ketat tu.ok je longgar
Quote Knowlee 24-9-2021 11:04 AM
Extreme sgt pun tak elok juga...
Quote tripleid 24-9-2021 11:05 AM
Kena bungkus satu badan mcm burqa baru x dikira ketat kot
Quote OmJualGas 24-9-2021 11:07 AM
bersederhanalah...
Quote LadyCarefree 24-9-2021 11:29 AM
Babai replied at 24-9-2021 09:10 AM
Apa yang ketat? Membazirkan duit rakyat sana je wujudkan unit penguatkuasa macam tu.

Exactly. Haralnya msia xkan jd gini walau bibit2 talibanism dah menular
Quote silencekiller 24-9-2021 11:31 AM
Orang kapir berlumba2 mengejar & menguasai banyak bidang kaa cabang ilmu... ummah Isle masih dok di takuk lama... aurat ke hulu ke hilir kaa .. ketat ke sana ke sini kaa ... akhir zaman ke ataih ke bawah kaa ..

Barangkali jika ummah Isle dok sibuk lagu ni sejak zaman berzaman... memang takkan wujud Islamic golden age & selama-lamanya2 org Isle dipandang hina, keji, jijik lagi bodoh...
Quote kotakominami 24-9-2021 12:18 PM
Nyampah pulak aku...bak ni laju je diorang. Abis kes rogol yg dah macam kat india tu korang buat ape?
Quote stania83 24-9-2021 01:07 PM
10 tahun lagi mesia jadi camni
Quote nini_azmi 24-9-2021 01:40 PM
Longgar je nmpk pompuan tu pakai. Kdg2 pelik istilah menutup aurat ni. adekah kena pakai jubah, tudung labuh pungggung baru dikira menutup aurat.
Ikut hukum agama, tidak ketat mengikut bentuk bdn, tudung labuh menutup dada...rasenye dah good enough...
Takkan la nk pakai tudung mcm telekung paras lutut pulak kehulu kehilir...msk toilet awam abis sapu air2 kotor kat lantai
Iols tgk contoh pemenang tilawah quran farhatul ke apanama tah...maybe sbb dia muda, pakaian dia kira ok la..ikut ustazah asma' harun mmg tak mampu walau iols suka ceramahnya.
Lg satu ahli agama ni sll tekankan aurat wanita..aurat lelaki mcmmn pulak ye? Atau aurat wanita lg berat dr aurat lelaki kekdahnye? Iols confuse

Quote AbukRokok 24-9-2021 02:20 PM
patut buat mcm ni kat malaysia
baru meroyan pencinta undang2 kominis korea utara
Quote CikYaYaYa 24-9-2021 04:27 PM
Mata aq tgk longgar je prmpuan tu pakai. Ke dia nk longgar mcm jubah tu..?
Quote DayangKirana 24-9-2021 04:35 PM
dah kurang keje...
Quote cmf_premierleag 24-9-2021 04:35 PM
ada yg terinzal ke tgk tumit org pompuan ni?
Quote azwanaliori 24-9-2021 10:25 PM
Polis tu pun pakai ketat jugak la kalau cmtu level ketatnya

Cakap je la nk kutip duit saman bebanyak
Quote batmana 24-9-2021 10:40 PM
Baju tu mmgla tk ketat ..celah kaki senteng..tu dia tak tahan Ler..baca news Indon..mgkin friska boleh terjemah..
Gmba tu polis tu nasihat aja.. tkde tahan pun
Quote edayildiz 25-9-2021 09:30 PM
oh begitu

Quote supernaturalee 25-9-2021 09:51 PM
nini_azmi replied at 24-9-2021 01:40 PM
Longgar je nmpk pompuan tu pakai. Kdg2 pelik istilah menutup aurat ni. adekah kena pakai jubah, tudu ...

Tudung paras lutut org dr benua Africa pakai
Senang terus bw utk solat rsnya
1st time tgk mcm pelik
Dgn 1 colour Jr plk tu
Tp skrg bnyk dh telekung berwarna org pakai selain putih yg dulu2 tu je org pakai

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.191452 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top