Penyanyi Haqiem Rusli kini hanya menanti tarikh yang telah ditetapkan sebelum bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya. “Ya saya sudah pun menjalani kursus kahwin, sudah menjalani ujian saringan HIV (human immunodeficiency virus) dan melengkapkan segala borang yang diperlukan.
“Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama sahaja,” kata pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli itu. Penyanyi berusia 23 tahu itu turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis kecil-kecilan sempena pernikahannya, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa. “Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Tapi tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes turun (jangkitan Covid-19),” ujarnya. Dalam pada itu, Haqiem turut mendedahkan bahawa dia ada mencipta sebuah lagu baharu yang dihasilkan khas untuk bakal isterinya nanti. “Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih. “Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,” jelasnya. Kosmo! Online sebelum ini pernah cuba mencungkil gerangan gadis yang bakal menjadi isterinya nanti, bagaimanapun Haqiem menegaskan bahawa dia hanya akan memperkenalkan pemiliknya hati itu menjelang hari pernikahan kelak. Pendekatan sebegitu juga merupakan kemahuan gadis itu sendiri yang lebih selesa tidak dikenali sehingga mereka sah bergelar suami isteri. Sumber: K! ONLINE
|
Mawar91 replied at 24-9-2021 10:51 AM
So heols bernikah dengan anak partner JV kedai makan heols tu ke?Tahniah ye Qieqie
Mini.Me replied at 24-9-2021 12:00 PM
Lawa tak? Hahaa
Aniwei tahniah kim
ADVERTISEMENT