CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Cukup Makan Je, Amar Amaris Berniaga Bantu Artis Veteran

24-9-2021 12:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3866| Komen: 8|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: “Saya berangan bantu artis-artis veteran, cuma dulu saya tak mampu.”Pelakon, Putra Amaris gembira apabila dia mampu mengumpul pahala akhirat dengan menyantuni artis veteran.“Dulu, saya harap gaji p ...


"Saya berangan bantu artis-artis veteran, cuma dulu saya tak mampu."


Pelakon, Putra Amaris gembira apabila dia mampu mengumpul pahala akhirat dengan menyantuni artis veteran.

"Dulu, saya harap gaji pelakon. Iyalah, dapat saja, bayar komitmen, hutang dan kegunaan sendiri. Saya kena jadi kaya untuk bantu orang lain."


Foto :IG

Menurut portal Wilayahku, Amaris, 36 menceburkan diri dalam bisnes makanan Amaris My Tat dan Amaris Satay Goreng.


"Sejak bisnes, rezeki semakin murah. Saya tak mahu  kecewa jika tidak sempat membantu mereka yang banyak berjasa kepada industri seni."



Impian pelakon Ponti Anak Remaja ini mahu membina sebuah rumah atau tempat perlindungan untuk artis-artis veteran yang memerlukan.


"Saya tak mahu bongkar siapa artis tersebut, cukup tersentuh, mungkin ada yang menganggap impian ini agak sukar diusahakan, namun ia tak mustahil."


Foto :IG

Sebagai permulaan, Amaris bersama pasukannya menyantuni artis-artis veteran seperti Normala Omar, Zack Taipan, Anita Jaafar, S Rohani, Harun Hashim dan Abass Bakar dengan sumbangan makanan, set sanitizer dan wang tunai.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 24-9-2021 02:00 PM
rugi kau x kawin dgn DSV dulu
Quote laksmanabentan 24-9-2021 02:17 PM
tajuk Amar Amaris.. siapa pulak tuh????

Amran Ismail kan senang... panggil meran.. apa ada hall...
Quote slyfynx 24-9-2021 02:24 PM
Ok meran.
Tp, beramal ni x perlu bg tau org lain sgt.
Nnt tkt pahala x jd singgah
Quote sukacactus 24-9-2021 02:26 PM
Nama berangan sgt ni meran oii
Quote AshkieLa 24-9-2021 04:03 PM
tak habis2 nama dia ni berubah...
amran ismail ke dulu2 tak silap..
pastu putra amaris..ke jadah ntah..
now amar amaris pulak..

tetaplah sendu walaupun dah try hard.
boleh geng dengan fida sepupu ctdk, daiyan trisha dan segala retis sejuk beku lain..
Quote mieymiey 24-9-2021 04:29 PM
Dah berapa kali heshe ni tukar nama
Quote Perils 24-9-2021 06:40 PM
Iols rasa mcm nama amran ismail lagi cool . Hadek2 sgt guna putra2 ni sebagai nama panggilan . Lain lah kalai betul ada putra kat dlm ic tu .
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:53 AM
Amar Amaris solaris terlaris?
Whoisyuhhhhhhh?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050801 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top