"Saya berangan bantu artis-artis veteran, cuma dulu saya tak mampu."
Pelakon, Putra Amaris gembira apabila dia mampu mengumpul pahala akhirat dengan menyantuni artis veteran.
"Dulu, saya harap gaji pelakon. Iyalah, dapat saja, bayar komitmen, hutang dan kegunaan sendiri. Saya kena jadi kaya untuk bantu orang lain."
Foto G
Menurut portal Wilayahku, Amaris, 36 menceburkan diri dalam bisnes makanan Amaris My Tat dan Amaris Satay Goreng.
"Sejak bisnes, rezeki semakin murah. Saya tak mahu kecewa jika tidak sempat membantu mereka yang banyak berjasa kepada industri seni."
Impian pelakon Ponti Anak Remaja ini mahu membina sebuah rumah atau tempat perlindungan untuk artis-artis veteran yang memerlukan.
"Saya tak mahu bongkar siapa artis tersebut, cukup tersentuh, mungkin ada yang menganggap impian ini agak sukar diusahakan, namun ia tak mustahil."
Foto G
Sebagai permulaan, Amaris bersama pasukannya menyantuni artis-artis veteran seperti Normala Omar, Zack Taipan, Anita Jaafar, S Rohani, Harun Hashim dan Abass Bakar dengan sumbangan makanan, set sanitizer dan wang tunai.- CARI
|