CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pawang Cuba Hentikan Pandemik Dengan Air Jampi Mati Dijangkiti Covid-19

24-9-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2351| Komen: 1

Description: Colombo: Seorang pawang yang sebelum ini pernah cuba menghentikan wabak Covid-19 di Sri Lanka menggunakan 'air jampi' meninggal dunia akibat virus berkenaan.
Colombo: Seorang pawang yang sebelum ini pernah cuba menghentikan wabak Covid-19 di Sri Lanka menggunakan 'air jampi' meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Eliyantha White, 48, yang merawat bintang sukan dan ahli politik terkemuka termasuk perdana menteri, mendakwa boleh menghentikan pandemik Covid-19 di Sri Lanka dan India dengan menyiram air jampi dihasilkannya ke dalam sungai.

Menteri kesihatan, Pavithra Wanniarachchi menyokong usaha berkenaan namun, turut dijangkiti Covid-19 dua bulan kemudian dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

 
Kredit foto: AFP


Beliau kemudiannya ditukarkan ke kementerian lain.

White sebelum ini menarik perhatian antarabangsa pada 2010 apabila pemain kriket terkenal India, Sachin Tendulkar memberi ucapan terima kasih kepadanya selepas merawat kecederaan lutut yang dihadapinya.


Katanya, ia membantu kemenangan ketika menentang pasukan Afrika Selatan.

Pada temu bual pada 2010 bersama AFP, White mendakwa memiliki kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.

Keluarga White mendakwa, beliau enggan menerima vaksin Covid-19.

Doktor perubatan moden menyifatkan White sebagai penipu dan perawat Ayurveda juga menolak dakwaannya walaupun beliau menyatakan kaedah yang digunakan adalah dari perubatan tradisional India berusia 3,000 tahun.

Setakat ini, Sri Lanka mencatatkan lebih 12,000 kematian akibat Covid-19 dengan lebih 500,000 kes jangkitan.

Bagaimanapun, doktor menyatakan angka sebenar mungkin dua kali ganda lebih tinggi dan pihak berkuasa terpaksa menjalankan kaedah kremasi besar-besaran akibat jumlah mayat terlalu banyak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:59 AM
Ironi sangat
HEHE

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039203 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top