Jakarta – Seorang wanita di wilayah Jawa Tengah mengagumkan orang ramai apabila mempunyai kemampuan mencelup tangannya ke dalam kuali berisi minyak panas semasa menggoreng kuih bakwan, lapor Suara.com, semalam.
Sri Rejeki, 55, yang menjual kuih tradisional Indonesia itu di Pasar Windusari, Kabupaten Magelang, berkata bahawa dia sudah melakukan aksi itu sejak 2017. Menurut Sri, pada mulanya dia berasa sakit apabila mencelup tangan ke dalam minyak panas ketika menggoreng bakwan, tetapi rasa itu hilang dengan sendiri apabila kerap dilakukan. “Ketika awal-awal melakukan aksi ini, tangan saya berasa sakit juga. “Namun apabila sudah terbiasa, rasa sakit itu semakin berkurangan malah tangan saya juga tidak pernah melecur meskipun mencelup tangan dalam minyak panas,” katanya.
Tambah wanita itu, aksinya yang bersahaja menggoreng bakwan menggunakan tangan turut membantu dalam melariskan jualannya hingga mampu menjual sehingga 12 kilogram adunan bakwan sehari. “Ada pembeli yang sanggup beratur untuk membeli bakwan hanya untuk melihat sendiri saya mencelup tangan ke dalam minyak panas,” kata Sri. – CARI Sumber: Kosmo
|
Knowlee replied at 23-9-2021 08:44 AM
Pernah tercelup hujung jari dalam minyak panas masa goreng ayam. Terus jirus dgn air paip nonstop. T ...
R2D2: best la jadi Editor CARImain tempek berita tapi kalau views tak cecah 1,000 viewsduit tak dpt aduhhsusah la mcm nikena create berita thread sensasi la ...
Knowlee: Pernah tercelup hujung jari dalam minyak panas masa goreng ayam. Terus jirus dgn air paip nonstop. Tapi lepas tu takde parut apa pun. Lega rasa... Kal ...
ADVERTISEMENT