CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggalkan Terkontang-Kanting Sebab Positif Covid-19, Duit Hanya Ada RM4

23-9-2021 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9351| Komen: 88

Description: Sungai Petani: "Saya minta maaf kepada semua dan maafkan ejen berkenaan," kata Siti Rohani Ismail, 22, yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ejen pekerjaan di sebuah klinik di Bukit Mertajam, Pu ...
Sungai Petani: "Saya minta maaf kepada semua dan maafkan ejen berkenaan," kata Siti Rohani Ismail, 22, yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ejen pekerjaan di sebuah klinik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, minggu lalu selepas disahkan positif Covid-19 sejurus menjalani ujian calitan.


Menurutnya, dia tidak tahu dijangkiti Covid-19 selain enggan menyimpan dendam kepada ejen yang tergamak meninggalkannya seorang diri ketika itu.

"Kalau ikutkan geram, siapapun yang ada di tempat saya akan marah kepada ejen berkenaan namun saya rasa memaafkan seseorang itu lebih mulia daripada terus menyimpan dendam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan.

"Saya juga meminta maaf kepada penumpang bas kilang serta individu yang sudi membantu menghubungi ambulans dan memberi air walaupun tahu saya positif Covid-19," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Foto: Haroam Metro


Menceritakan kembali kejadian itu, Siti Rohani berkata, dia yang lengkap menerima dua dos vaksin teruja apabila diterima bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Prai sebelum dijemput seorang wanita yang juga ejen pekerjaan.

"Ejen menjemput saya dan sepupu di rumah dengan kereta jam 7.30 pagi Rabu minggu lalu untuk dibawa ke kilang dan selepas mengisi borang kami dibawa pula ke klinik untuk ujian calitan.

"Ketika itu, kami dibawa menaiki bas kilang dan ejen terbabit juga turut ada bersama namun keputusan ujian calitan mendapati hanya saya seorang positif Covid-19," katanya yang masih menjalani kuarantin di rumah di Taman Kelisa Ria.

Menurutnya, kerana bimbang dengan keselamatan pekerja lain, ejen terbabit meninggalkannya dan meminta dia menaiki bas untuk pulang atau ke hospital.

"Saya tergamam seketika kerana hanya mempunyai wang RM4 ketika itu selain tidak mengetahui selok belok jalan di kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, saya terus berjalan tanpa arah bermula jam 11 pagi dan tiba di sebuah kedai makan kira-kira jam 2 petang untuk membeli air kerana terlalu dahaga," katanya yang juga hampir pitam ketika itu kerana mempunyai tekanan darah rendah.

Menurutnya, dia terpaksa berhenti beberapa kali kerana terlalu penat dan sebaik tiba di kedai makan terbabit dia memesan air dan turut mengaku yang dirinya posiitif Covid-19.

"Saya perlu jujur kerana bimbang orang lain juga turut dijangkiti dan syukur anak pemilik kedai terbabit terus menghubungi hospital yang kemudian menghantar ambulans membawa saya pulang.

"Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan sehingga kini tidak putus menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga," katanya.

Siti Rohani berkata, dia memang dilahirkan dalam keluarga susah dan sebagai anak sulung daripada empat beradik terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari pendapatan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pengutip botol.

"Bapa tidak mampu melakukan kerja berat kerana kaki kanan dimasukkan besi akibat kemalangan ketika menunggang motosikal kira-kira tujuh tahun lalu.

"Keadaan bapa membuatkan saya berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kedai makan sejak berusia 15 tahun kerana mahu mencari pendapatan untuk menampung hidup kami sekeluarga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 23-9-2021 08:00 AM
Kesian betul, ditinggalkan camtu aje

Quote susukambingbest 23-9-2021 08:33 AM
Kesian. Sedih plk ada rm4 je dlm tngan, gmbira dia dpt keje. Moga diprmudahkn urusannya skuarga. Ada hikmahnya kjadian ni pd dia skuarga. Allah hdirkn prtlongan org mmberi smbngan sbb kisah dia viral. Moga adik ni dpt bkerja kt kilng lps abis kuarantin nti aminn
Quote zehra2 23-9-2021 08:35 AM
jujur budak ni..
moga dipermudahkan urusan. kilang tu ambik la dia  kerja lps dah abis kuarantin
Quote primarikey 23-9-2021 08:35 AM
Semoga adik cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan...aminnn
Quote kyozsamurai 23-9-2021 08:39 AM
kesian btul mcm ni....mana ntah sifat tanggungjawab tu hilang
Quote nini_azmi 23-9-2021 08:46 AM
Moga Allah mudahkan urusanmu wahai adik
Quote ais_kosong 23-9-2021 08:52 AM
Jahatnya tinggal adik tu mcm tu.
Tak bertanggungjawab sungguh.
Quote DayangKirana 23-9-2021 08:54 AM
kot ye pon jangan la tinggal gitu je.. Check first if she able to travel back home?
if anything happened to her kat situ, sape yang nak bertanggung jawab?
Quote aderaderker 23-9-2021 08:57 AM
Sepupu dia ada sekali kan sebelum tu.
Ke tak tau dia positif and takde duit jugak utk bantu?
Quote Suchi 23-9-2021 09:26 AM
Kesiannya

Selagi jaga jarak, basuh tgn pakai mask insya Allah ok je.Lagipun taktau kan berapa ct value dia kalau dah lebih daripada 30 tu dah tak menjangkiti dah.
Allah lebih mengetahui, kalau niat baik nak membantu mungkin takkan dijangkiti langsung.
Kenapa la ejen tu tinggalkan dia gitu, dhla org tu tgh susah duit pun takde.
Sian plak dia  jln kaki taktau arah tuju nk g mana,gila je ejen tu suh naik bas bagai balik baik ko call ambulans jaa.
Bahaya betul biarkan pesakit covid sorang2 gitu kalau dia penat jln kaki dan oksigen dia drop cemana?
Quote Suchi 23-9-2021 09:34 AM
aderaderker replied at 23-9-2021 08:57 AM
Sepupu dia ada sekali kan sebelum tu.
Ke tak tau dia positif and takde duit jugak utk bantu?

Sepupu dia kan negatif, so ejen terus je la bawak g kilang tu tinggalkan dia je sorang2 situ pandai2 la ko nak hidup.
Keji gila pangai, patutnya dia hubungi ambulance ke apa bukannya tinggalkan anak dara org sorang2 kat tempat yg budak tu sendiri tak biasa.
Tak baik betul menganiaya org gitu,mentang2 org tu susah.
Budak tu berjalan kaki dr kul 11-2pm tgha ri buta panas terik dlm keadaan dia positif covid tu.
Tak pa setiap perbuatan yg kita buat akan mendapat balasannya sama ada baik atau buruk.
Quote Minami2013 23-9-2021 09:36 AM
Antara manusia yg tak de perikemanusiaan.
Quote mzzenma 23-9-2021 09:42 AM
Bodoh nak mampus tinggalkan dia sorang2 mcm tu. Takde tanggungjawab langsung. Yiiiiih menyirap lak rasa. Agent bodoh mana ni
Quote mzzenma 23-9-2021 09:43 AM
dia ambil swab test kat klinik kan.. kenapa klinik tu tak call kan ambulance
Quote evlinne 23-9-2021 09:56 AM
mzzenma replied at 23-9-2021 09:43 AM
dia ambil swab test kat klinik kan.. kenapa klinik tu tak call kan ambulance

Tulah iols pun tertanya2
Ke sbb kat penang tgh teruk?
Kilang kt perai ni banyak gak staff positif pastu mati. Then kilang x pernah tutup, amik lgi staff baru sampai AJM
Quote syamzana 23-9-2021 09:56 AM
dah knp agen tu keji sgt peel?
harap adik ni dapat kerja lepas habis kuarantin.
Quote che_yatt 23-9-2021 09:59 AM
sedihnya baca..tergamak tinggalkan anak orang macam tu ja..
Quote Mooverine 23-9-2021 10:01 AM
Eee jahatnya ejen tu.
org mcm si ejen ni patut sangat-sangat lah kena jangkit kubit
biar dia sedar betapa buruknya perangai dia
hari ni hari dia, esok hari kita
bila-bila masa ja boleh positip kubit ya..
jadi, jangan lah jahat sangat perangai tu
Quote tupai 23-9-2021 10:13 AM
X faham dgn manusia kejam ni, xde belas ihsan langsung...kesian bdk ni...hope die di murahkan rezeki

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054065 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top