CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tokleh Usik Langsung. Kuat Back Up"- PU Syed Dikecam Bersuara Isu Ebit Lew

23-9-2021 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8290| Komen: 48

Susulan mengeluarkan kenyataan sensasi mendesak agar Ebit Lew ‘membuka mulut’ menafikan segala dakwaan panas yang berlegar membabitkan dirinya ketika ini , pendakwah bebas PU Syed dikecam orang ramai.


Perkara itu dimaklumkan PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menerusi untaian hantaran status dalam Facebook.


Kredit foto: Kosmo


“Kena kecam doh ambe (saya). Tokleh (tak boleh) usik langsung. Kuat ‘back up’. Cuma ambe nak kena kabo satu benda, tentang ambe, kot terlupa, #AdeAmbeTakut (ada saya takut),” tulisnya.

Ujar juara Pencetus Ummah musim ke-3 itu lagi, dia tidak kisah dikecam kerana percaya masing-masing punya jari-jemari untuk menulis apa sahaja, namun yang berkuasa adalah Allah SWT.


“Kecamlah selagi boleh. Sebab masing-masing ada jari-jemari untuk menaip. Kelak di akhirat hanya kita dan Allah sahaja berhadapan untuk dihitung dan dihisab,” katanya.

Terdahulu, PU Syed menulis satu hantaran status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala fitnah dan dakwaan dilemparkan kepadanya.

“Pendedahan demi pendedahan yang berani telah dibuat terhadap UEL (Ustaz Ebit Lew). Maka, saya minta UEL agar tampil ke hadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yang anda anggap sebagai fitnah.

“Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, masyarakat khasnya followers (pengikut) anda perlu diberi pencerahan setuntasnya (tentang isu ‘panas’ yang sedang terpalit ini),” tulisnya.


PU Syed berkata, dia sebolehnya enggan mempercayai segala fitnah yang dilemparkan kepada Ebit namun apabila semakin ramai mangsa tampil ke hadapan melakukan laporan polis dan sebagainya, kepercayaannya semakin mengendur.

“Ada beberapa video yang saya dapat daripada hamba Allah namun saya terus memadamnya serta memadam nombor (telefon) orang yang menyalurkan video tersebut kerana saya masih bersangka baik bahawa semuanya adalah penipuan.

“Namun apabila semakin ramai para asatizah muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh ‘mangsa’, maka sangka baik saya semakin mengendur. Saya berharap isu ini dapat diadili dengan sebaik-baiknya serta membongkar kisah sebenar.

“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana. Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua. Namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran status sama, PU Syed, 39, menasihatkan agar masyarakat tidak bersikap taksub terhadap seseorang hanya kerana kebaikan yang dipertontonkan.

“Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan itu untuk menutup kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

“Taksub pengikut juga adalah satu barah, taksub kepada kebaikan suatu yang dipuji syarak tetapi jika taksub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yang sedang ditampal adalah sesuatu yang mendukacitakan,” luahnya.

Terdahulu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat berdasarkan kiriman serta permintaan daripada mangsa sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Difahamkan, semua bukti tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis.

Firdaus berkata, dia dan pasukannya sedia berdepan dengan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.

Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.

20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal tersebut bagi melengkapkan siasatan.

Ebit mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caramello 23-9-2021 08:05 AM
Bila nk selesai kes ni..makin lama makin drag berbulan2 dh..esok2 dh bertahun org lupa cam tu je..
Quote Cik_jantung 23-9-2021 09:02 AM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 07:25 AM

..........
Quote tagas 23-9-2021 09:29 AM
3 org dah ambush

1. Caprice

2. Fir wong

3. Pu syed

Nextt
Quote Dorotheas 23-9-2021 09:44 AM
Da tk bole tgk osim muka kusam malap
Quote Kurex 23-9-2021 09:44 AM
Yang taksub ebit penonggeng pun dari kalangan orang berperangai pprt, kepam, busuk, poyo, munafik
Quote tupai 23-9-2021 10:19 AM
Pentaksub die mmg sejenis otak lupa letak kt mana..Allah bg akal utk berfikir tp ini tidak, dok pegi memuja manusia....
Quote trexxxxxi 23-9-2021 10:21 AM
Reput cari kelas tersendiri bukak thread banyak2 satgi semua kena humban ke bodgos bikin semak

Kesian Sepol susah nak capai KPI macam thread bideo lesung v1.0
Quote tipahketipung 23-9-2021 10:21 AM
Allah Udi Allah Sayang...jom melangkawi.
Quote awanysss 23-9-2021 10:40 AM
uel ni acah suci sgt..
masa jawab live pasal isu dgn nadir tu, dah lah takde facts,
guna emosi ckp lembut pastu pentaksub terima..
yg ni takde ayat emosi kot dia nak gunakan..
atleast dia keluar ayat biasa nafikan pun cukuplah.. ni diam je..\kalau artis kawen kemain sempat nak wish bagai..
Quote LadyCarefree 23-9-2021 10:51 AM
awanysss: uel ni acah suci sgt..masa jawab live pasal isu dgn nadir tu, dah lah takde facts,guna emosi ckp lembut pastu pentaksub terima..yg ni takde ayat emosi ...


Yg jijik tu dia selamba je fitnah nadir psl duit kutipan dan pasal topik tepis tangan. Penjilat dia mmg mcm xde otak terus serang nadir.
Quote cupu 23-9-2021 11:32 AM
LadyCarefree replied at 23-9-2021 10:51 AM
Yg jijik tu dia selamba je fitnah nadir psl duit kutipan dan pasal topik tepis tangan. Penjilat  ...

Dan dia sampai ke sudah tak audit NGO dia sambil kr hulu ke hilir sy maafkan semua org.
Quote Guccibamboo 23-9-2021 12:01 PM
Memalukan betul lah.....kalau dah salah tu tolonglah ade perasaan malu.
Yg back up same je benaks.
Quote najib888 23-9-2021 12:16 PM
Pembekap kat FB cari Dot My pun ramai.. mampuih lagu ni
Quote LadyCarefree 23-9-2021 12:57 PM
cupu replied at 23-9-2021 10:32 AM
Dan dia sampai ke sudah tak audit NGO dia sambil kr hulu ke hilir sy maafkan semua org.

Tiada pula sesiapa demand dia punya audited akaun atau korek kat ssm ke haper financial report.

Yibbit memang penipu hebat. Jelas gila pasal topiknasik tak tepis tangan. Tp dia berani selamba menipu.
Quote tikusmontok 23-9-2021 01:58 PM
Edited by tikusmontok at 23-9-2021 02:00 PM
Kurex replied at 23-9-2021 09:44 AM
Yang taksub ebit penonggeng pun dari kalangan orang berperangai pprt, kepam, busuk, poyo, munafik


Termasuk retis2 yg baru kenal jilbab, jubah, janggut..
Quote kitmal9545 23-9-2021 02:01 PM
Begitulah kalau tahap dewa/dewi kayangan di Malaysia......................
Quote DayangKirana 23-9-2021 02:12 PM
LadyCarefree replied at 23-9-2021 12:57 PM
Tiada pula sesiapa demand dia punya audited akaun atau korek kat ssm ke haper financial report.

...

ade yang dh korek..and they already demanded. Contoh kat page Scrut pon ade share.
But tu lah, demand je mampu..no further action.
Taksubers continue bekap..
Quote Guccibamboo 23-9-2021 02:17 PM
Taksubers kehulu hilir ckp pasal aib.....aib....aib.
Padahal jd munafiq tu lg aib.
Mmg mcm kene pukau betul taksubers ......sakit hati bace komen kat media selain forum
Quote yururi 23-9-2021 02:24 PM
tagas replied at 23-9-2021 09:29 AM
3 org dah ambush

1. Caprice

4. Ridhuan Tee
5. Finaz
6. Nadir

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065970 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top