CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Page ‘Norman & Memey’ Didakwa Cuba Tipu Pelanggan, Memey Suhaiza Buat Laporan Polis!

22-9-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3086| Komen: 4

Description: Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak pada Isnin berikutan terdapat aduan mengenai sebuah akaun laman peminat (page) di Facebook yang menggunakan na ...
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak pada Isnin berikutan terdapat aduan mengenai sebuah akaun laman peminat (page) di Facebook yang menggunakan namanya dan suami, Norman Hakim yang didaftarkan sebagai ‘Norman & Memey’.


Menurut Memey atau nama sebenarnya Suhaiza binti Suhaimi,33 ‘page’ itu bukan kendaliannya dan memohon kepada pengendali akaun tersebut untuk berhenti menyalin status hantarannya di laman Instagram sebelum dikongsi di akaun mereka.

Foto: IG

Katanya lagi, dia berharap agar akaun tersebut tidak lagi menggunakan namanya mahupun suami serta berhenti menipu orang ramai bagi urusan jual beli yang tidak sah.

Tegas Memey, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya usai daripada membuat laporan polis. 




Dalam perkembangan berkaitan, pengarah urusan jenama telekung tempatan, Telekung Hiqmah, Innanie Ariffin berkata pihaknya  sedia maklum akan aduan yang diterima berikutan terdapat individu atau pihak yang cuba menipu pelanggan mereka dengan menggunakan nama Memey. 

Ketika dihubungi Murai.my, Innanie berkata individu yang terlibat dalam kes penipuan tersebut dikatakan pernah terlibat dalam beberapa kes sebelum ini termasuk memperdayakan blogger dan pengamal media sosial terkenal.



“Mereka menggunakan ‘fan page’ artis untuk scam pelanggan Telekung Hiqmah. Bila customer bayar, dia menghilang..” kongsi Innanie

Dalam hantaran akaun rasmi Telekung Hiqmah pula,syarikat ini menjelaskan pihak mereka telah mengugurkan nama seorang individu sebagai ejen jualan mereka dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang urusniaga yang dilakukan oleh wanita itu. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 22-9-2021 09:55 AM
Ooo muda lagi si memey ni..
Quote bedahmenjuyah 22-9-2021 09:57 AM
Ciktiekus replied at 22-9-2021 09:55 AM
Ooo muda lagi si memey ni..

Moga kekal lah dgn Oman sampai bila2. Rasanya org tak boleh lupa kejadian sebelum korang nikah dulu
Quote TeropongThaico 22-9-2021 02:36 PM
Apsal kaki dia kecik sangat... Jelesnya!!
Quote nakkomenjugak 23-9-2021 12:51 AM
Saman deme sampai tinggal spender jahh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062171 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top