CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekalan Ubat Murah Dorong Kegiatan 'Mak Nyah'

29-11-2013 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8256| Komen: 62

Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati.
    

Gambar hiasan


Bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin berkata pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payudara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.
   
"Selain pil hormon, suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B boleh didapati dengan harga serendah RM20 dan lebih cepat kesannya... kalau kita pelanggan tetap boleh pula dapat harga istimewa," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di kampus Universiti Sains Malaysia, di George Town semalam.
   
Beliau menyarankan pengeluaran produk sedemikian dikawal, selain penjualannya dihadkan kepada golongan tertentu sahaja bagi mengelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan tidak bermoral.
   
Mohd Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.
   
Guru sebuah sekolah di Klang, Selangor itu, akhirnya bertekad kembali ke pangkal jalan selepas jauh menyimpang dalam kehidupan songsang yang penuh kepura-puraan dan keseronokan palsu.
   
Mengimbas perjalanan hitam dalam hidupnya, Mohd Khariri berkata beliau menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.
   
Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit 'bercinta' dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.
   
"Saya pernah terkena ilmu hitam, dibelasah teman lelaki dan duit gaji saya setiap bulan habis dikaut oleh lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tidak ikhlas menyayangi saya," katanya.
   
Beliau juga mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.
   
"Azabnya hanya Tuhan saja yang tahu, semasa pembedahan itu saya dapat rasa doktor toreh kulit dan koyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang sebelum kikis kolagen yang sudah menjadi lemak. Saya ibaratkan itulah hukuman yang perlu diterima kerana cuba mengubah ciptaan-Nya," katanya.
   
Beliau kini aktif menyampaikan mesej kesedaran kepada pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi mengenai bahaya transgender dan giat membantu golongan itu kembali ke pangkal jalan.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PostBanhammer 29-11-2013 09:44 AM
Produk yang ade collagen tu lelaki memang tak patut ambik kan?
Quote shamsadis 29-11-2013 09:46 AM
@MissNigga please respond  
Quote Nash^Roy 29-11-2013 09:49 AM
semoga pondan2 lam cari ni pun insaf gak.. meluat aku tgk..
Quote nw111 29-11-2013 09:55 AM
Nash^Roy posted on 29-11-2013 09:49 AM
semoga pondan2 lam cari ni pun insaf gak.. meluat aku tgk..

Ramai pondan ke kat cari ni...camne u ko blh tau
Quote lompatikam 29-11-2013 10:08 AM
jgn nak salahkan ubat murah la kalau ko mmg jenis nak jadi perempuan jadian. kalau ubat mahal sampai 200 ringgit pun korang sanggup bayar hanya utk kepuasan nafsu hobi korang nak transform jadi perempuan jadian.

kadang2 bila rencana beralasan bonggok gini ada hint lain...ubat2 nak kena naik harga untuk kawal pondan berleluasa. bukti keprihatinan.
Quote PEPPERMAN 29-11-2013 10:33 AM
teringat pula pada cikgu sherita, kawan baik mazidul
Quote hyie 29-11-2013 10:52 AM
PEPPERMAN posted on 29-11-2013 10:33 AM
teringat pula pada cikgu sherita, kawan baik mazidul

kawan baik? katanya sherita dah kawen...pondan klate yang bagitau
Quote ogata 29-11-2013 10:57 AM
lompatikam posted on 29-11-2013 10:08 AM
jgn nak salahkan ubat murah la kalau ko mmg jenis nak jadi perempuan jadian. kalau ubat mahal sampai ...

my fwend ada pondon uols....

betul jangan salahkan ubat ubat murah ..stock pondon ni memamng mereka akan gigih mencuba apa saja mereka sanggup lakukan untuk ubah diri mereka..

pilihan di tangan mereka apa...kawan i ambik yang mahal punya..


Quote lompatikam 29-11-2013 11:53 AM
ogata posted on 29-11-2013 10:57 AM
my fwend ada pondon uols....

betul jangan salahkan ubat ubat murah ..stock pondon ni memamng me ...

tahu takpe...bab operate buang angry bird dan tambah silikon kat dada tuh...ingat murah ke...depa sanggup pi thailand semata2 nak buat benda alah tuh. pakaian, segala aksessori tuh. ingat murah ke?

tapi aku rasa benda nih lebih pada tersirat dari tersurat punya artikle...tgk je la nanti...kan dah ada hint dulu yg menteri beri jaminan harga ubatan tak akan naik harga.

Quote ogata 29-11-2013 11:54 AM
lompatikam posted on 29-11-2013 11:53 AM
tahu takpe...bab operate buang angry bird dan tambah silikon kat dada tuh...ingat murah ke...depa  ...

will see.....



Quote MissNigga 29-11-2013 12:02 PM
shamsadis posted on 29-11-2013 09:46 AM
@MissNigga please respond

noks .. trid ni dah ada lew...
Iols dah respond pun pagi tadi...
sebab ostad serban batek dah jemput iols pepagi memberi komen sepatah dua kata
Quote solstice 29-11-2013 12:12 PM
Kalau melakukan sesuatu yg bertentangan ngan fitrah kejadian manusia akan ada kesan buruknya
Espeseli bila dah tua nanti
Bukan apa
Takut menyesal x sudah
Jiwa pon kacau
Quote momopoko 29-11-2013 12:15 PM
woww forum kat usm? hurmm dulu glamer la geng2 sally, nasha bagai tu.. classmate i siap buat hair extensions lagi, seminggu lepas tu terus dogol..
Quote Muntz 29-11-2013 12:21 PM
Kawan aku dulu suka sangat telan Marvelon nie. Katanya nak bagi halus kulit, buang bulu dan besarkan ciktek. Selain tu beli breast enlargement cream, beli push up bra. Adoi lah.. Heran gak apa yg best sgt nak jadi pompuan.
Quote ika_ivy 29-11-2013 08:09 PM
cakap la harga ubat murah.... nnt harga ubat pulak naik
Quote Pajeri_Nenas 29-11-2013 08:11 PM
hyie posted on 29-11-2013 10:52 AM
kawan baik? katanya sherita dah kawen...pondan klate yang bagitau

ewww..sherita peminat askor dah kawen?
Quote hyie 29-11-2013 08:28 PM
momopoko posted on 29-11-2013 12:15 PM
woww forum kat usm? hurmm dulu glamer la geng2 sally, nasha bagai tu.. classmate i siap buat hair ex ...

uols geng2 sally tekun ngan nasha aziz tu kew? katanya sally dah posting kat sarawak jadi cikgu kpli gittew...haruslah berpenampilan jantan katanya sape yang buat hari extension tu uols?
Quote aechae 29-11-2013 08:42 PM
Muntz posted on 29-11-2013 12:21 PM
Kawan aku dulu suka sangat telan Marvelon nie. Katanya nak bagi halus kulit, buang bulu dan besarkan ...

ubat nk bg kuar period dia xnk cuba dptkn ke???

kot2 la nk merasa 'berdarah' jugak tiap2 bln kannn :p
Quote Muntz 29-11-2013 08:43 PM
aechae posted on 29-11-2013 08:42 PM
ubat nk bg kuar period dia xnk cuba dptkn ke???

kot2 la nk merasa 'berdarah' jugak tiap2 bln ka ...

Tu lah pasal. Ntah2 sengaja toreh kat kangkang bagi berdarah mcm pompuan asli gak.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046553 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top