CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aku Tikam Mereka Sampai Mati,"- Jumpa Anak Patung Dengan Nota Mengerikan Dalam Dinding Rumah Baharu

21-9-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3354| Komen: 17

London: Seorang lelaki terkejut selepas menemukan sebuah anak patung kain yang ditinggalkan bersama sekeping nota mengerikan, di dalam dinding rumah baharu dibelinya.

Lapor Daily Mail, Jonanthan Lewis, 32, yang merupakan pemilik baharu memasuki rumah terletak di Walton, Liverpool pada Jumaat lalu.

Lewis ketika itu sedang memeriksa bahagian bawah tangga dan kemudian bertindak memecahkan dinding dengan tukul.


Foto: Daily Mail

Guru sekolah itu menemukan anak patung kain buruk yang memakai gaun sambil memegang sekeping nota.

Nota itu tertera bagaimana anak patung itu menikam pemilik asal rumah tersebut pada 1961.


“Kepada pemilik rumah baharu, terima kasih kerana membebaskan saya. Nama saya Emily.

“Pemilik asal tinggal di rumah ini pada 1961 dan saya tidak menyukainya, jadi mereka terpaksa pergi.

“Mereka gembira ketika tinggal di rumah ini dan ia menyakitkan hati saya, jadi saya terpaksa menikam mereka sehingga mati. Saya harap anda mempunyai pisau. Semoga anda dapat tidur dengan lena,” jelas nota itu.

Menurut Lewis, dia dimaklumkan oleh ejen hartanah bahawa bahagian dapur rumah diubah suai kira-kira empat atau lima tahun lalu.

“jadi, ejen hartanah memberitahu nota tersebut mungkin diletakkan oleh pemilik sebelum ini sekitar tempoh tersebut,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetsour25 21-9-2021 08:54 AM
Ayooo.. kalo prank takpe juga .
Quote damsel_fiji 21-9-2021 09:01 AM
Mesti owner baru x lena tidur malam
Quote terma2nkondisi2 21-9-2021 09:35 AM
boleh buat gaduh prank ni
Quote slyfynx 21-9-2021 10:09 AM
Mcm sgt jahat je.
Kalau prank pun biar la ade reveal mende tu prank.
Sian woo orang paranoid nnt.
X pasal2 lama2 leh schizophrenia org tu sbb paranoid sgt
Quote nakkomenjugak 21-9-2021 10:13 AM
The next annabelle hahaha
Quote lifeline 21-9-2021 10:14 AM
boleh buat cerita haunted ni
iols layan gak haunted mat salleh ni
paling best so far yg iols penah tgk is the haunting of hill house
iols leh nangis ye hujung2 tu sbb apoknya mati
hahaha
Quote grouper 21-9-2021 10:21 AM
Hantu paling2 kuat dia nampakkan diri je...x pun gerakkan barang,buat bunyi bising...nk tikam org dia kena rasuk org dlu baru tikam org..baik takut ngan perompak dah sah2 diorg blh bunuh atau rogol tuan rumah..
Quote imanjannah 21-9-2021 10:45 AM
pandai pulak patung menulis
Quote chinta89 21-9-2021 12:02 PM
Annabella 2.0
Quote heythere123 21-9-2021 12:46 PM
macam prank je ni. Kertas tu nampak baru, takde comot2 langsung
Quote mesmerize 21-9-2021 01:02 PM
kompom la prank.. kalau patung berhantu takde maknanya di nak tinggalkan nota pelbagai... dia in action terus
Quote Artemesiaa 21-9-2021 04:14 PM
Bakal jadi pilem tak lama lagi
Quote edayildiz 21-9-2021 04:45 PM
nice prank..lucky it wasn't a chucky
Quote Fortiori02 21-9-2021 09:13 PM
Camna owner baru tu leh tergerak hati nak pecahkan dinding ngn tukul. Pecah2 leh jumpa patung lak kt tempat yg dipecahkan tu. Cam kebetulan sgt je.
Quote Fortiori02 21-9-2021 09:15 PM
heythere123 replied at 21-9-2021 12:46 PM
macam prank je ni. Kertas tu nampak baru, takde comot2 langsung

Kannn, patung tu pun nampak bersih, baru,.huhu
Quote heythere123 21-9-2021 10:21 PM
Fortiori02 replied at 21-9-2021 09:15 PM
Kannn, patung tu pun nampak bersih, baru,.huhu

sebab dekat original link, orang sana pun rasa macam tu prank je
Quote heythere123 21-9-2021 10:22 PM
edayildiz replied at 21-9-2021 04:45 PM
nice prank..lucky it wasn't a chucky

kalau pakai Chucky, kantoi cepat sangat la tu prank je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.131949 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top