CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Aik, Jiran Sekeliling Tak Boleh Cuci Baju Ke Kalau Ada Majlis Tunang

19-9-2021 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5347| Komen: 17

Tular video aksi seorang wanita mencuci pakaian di hadapan rumah ketika jirannya mengadakan majlis pertunangan, lapor Suara.com.

Menurut pengguna akaun TikTok @evicellova, wanita tersebut dilihat tekun mencuci baju dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.



Aik, Jiran Sekeliling Tak Boleh Cuci Baju Ke Kalau Ada Majlis Tunang


“Apa masalah awak ya? Jiran sedang mengadakan majlis, awak mencuci baju di luar rumah,” demikian keterangan yang ditulis pemilik akaun itu.

Wanita itu dilihat mencuci pakaian di luar rumahnya dengan membawa besen dan di bawah cahaya matahari terik.

Dia sama sekali tidak menyedari aksinya dirakam.

Video tersebut ternyata mengundang reaksi marah netizen yang mempertikaikan tindakan si perakam yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kelakuan wanita itu mencuci pakaian di hadapan rumahnya sendiri.


“Tiada yang salah pun, bukankah dia mencuci pakaian di rumahnya sendiri,” kata seorang netizen.

“Apa masalahnya? Saya juga semasa jiran sedang mengadakan majlis pertunangan, saya menyapu halaman rumah sambil memakai baju tidur,” kata netizen lain.

“Jadi adakah anda ingin mengatakan bahawa wanita itu perlu melihat tetamu yang sedang mengambil gambar?” kata seorang lagi netizen.


Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-9-2021 09:57 PM
Mohon wakil dari Indonesia memberikan sedikit ulasan bernas.
Quote pxlbb 19-9-2021 10:01 PM
Kohkohkoh beranggapan dunia ini kamu berdua yg empunya walhal duduk rumah cucur atap bertemu jiran. Kesian jiran ko femes berus baju satu dunia tengok.
Quote JohnyEnglish 19-9-2021 10:23 PM
Aku teringat masa duduk kat satu tmpt ramai indon dulu.klu ada kenduri contohnya org boyan kawin dia xkan jemput org daerah lain mcm org minang atau madura walaupun diorang jiran dekat.
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 11:27 PM
Memang susah kalau orang jenis fikir dunia nusantara ni berpaksi pada deme sorang.
Quote Knowlee 20-9-2021 07:58 AM
Kang dia cuci baju kat ruang tamu rumah kau, baru kau tau...
Quote fry 20-9-2021 08:18 AM
ni ok la...habis xkan nak tggu abis majlis br cuci..kalau majlis 7 hari 7 malam....ini ok lagi,,,kawan aku...malam sebelum jiran dia meninggal...yg x syoknya..esok dia nak kawin..kenduri tetap jalan.....bukan x hormat kematian,,,cuma benda dah dirancang...
Quote Mini.Me 20-9-2021 08:24 AM
Dah ko tak jemput dia masak2 mkn kenduri rumah ko sape suruh...byk laa masa lapang dia basuh kain bagai
Quote matbad 20-9-2021 09:01 AM
Mini.Me: Dah ko tak jemput dia masak2 mkn kenduri rumah ko sape suruh...byk laa masa lapang dia basuh kain bagai

hahahaha betoiii
Quote merrissa 20-9-2021 09:17 AM
adoiii nak basuh kain pon susah...semua nak di rakam nya

dia malas nk p...kang jangkit covid kanggg
Quote chikumanis 20-9-2021 12:16 PM
dia basuh depan rumah dia bukan depan rumah korang. lantak dia lah...

ko pun tak tahu kot dia dah kena ugut, tak basuh baju takde makan..manalah kita tahu kan
Quote KamikuP 20-9-2021 01:08 PM
Satu hari berapa citer indon nak kena up? MMg ada KPI utk up citer yindoin kah?
Quote chinta89 20-9-2021 01:22 PM
eh apa masalahnya?

takkan  ko nk buat majlis, org x boleh buat xtvt harian like basuh baju, sidai pakaian, sirma pokok bunga? ko sape anak raja ke kena hormat sgt majlis pertunangan korang tu? anak raja pun x mcm ko punya nk suruh org hormat mcm nih
Quote kucingitam 20-9-2021 04:30 PM
ni dah macam aku yang basuh baju, kau yang panas...gitu
Quote mzzenma 20-9-2021 04:33 PM
eh aku caruts juga kang pehal buka benang banyak2 pasal cerita indon yg langsung x membuka minda ni?? dah melampau2 pula sejak dua menjak ni

harkktuihhhh
Quote Artemesiaa 20-9-2021 05:23 PM
fry replied at 20-9-2021 08:18 AM
ni ok la...habis xkan nak tggu abis majlis br cuci..kalau majlis 7 hari 7 malam....ini ok lagi,,,kaw ...

Pernah dengan cerita situasi yang sama tapi kedua2 keluarga india.  Sebelah rumah kematian yang sebelahnya majlis kawin anak memang bergaduh jadinya.  
Quote hasniey 21-9-2021 06:52 PM
Asalkan dia xganggu majlis sudah laa..xpayah la asik nk cari gaduh je dgn jiran2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.138079 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top