Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan dua beradik apabila mereka ditemui secara bersendirian dekat semak di tebing sungai Rio Grande.
Selasa lalu, CBP menyiarkan foto di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dengan beg galas duduk di sebelah bayi lelaki berusia tiga bulan di dalam tempat duduk keselamatan, dekat sebatang pokok. Agensi itu mendedahkan, kanak-kanak itu ditinggalkan berhampiran Eagle Pass sekitar waktu tengah hari. “Ejen bertindak pantas dan berjaya mengambil kedua-dua kanak-kanak itu. “Mereka tidak memerlukan rawatan perubatan dan dibawa ke Stesen Uvalde untuk perlindungan,” katanya dalam siaran akhbar.
Berdasarkan nota yang dijumpai di bawah tempat duduk bayi, kedua-dua kanak-kanak itu disahkan adik-beradik dari Honduras, kata CBP. “Pencarian menyeluruh di daerah itu dilakukan dan tiada individu lain yang ditemui,” katanya. Dalam kenyataan tambahan yang dikongsi di Twitter, Ketua CBP, Del Rio Robert Garcia memuji kakitangannya kerana berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit. “Sangat memilukan dan mengecewakan apabila mengetahui ada kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penyesalan atau keprihatinan terhadap kehidupan dan kesejahteraan mereka,” katanya. Lokasi ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat dijejak buat masa ini. — CARI Sumber: mStar Online
|
mzzenma replied at 18-9-2021 02:33 PM
maybe mcm cerita yg liam neeson berlakon tu.. parents lari dari kartel, anak2 sembunyi situ meanwhil ...
mzzenma replied at 18-9-2021 02:33 PM
maybe mcm cerita yg liam neeson berlakon tu.. parents lari dari kartel, anak2 sembunyi situ meanwhil ...
ADVERTISEMENT