CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok Suami Dalam Almari

16-9-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3998| Komen: 17

Description: Klang: Cubaan wanita warga asing berbohong kononnya suaminya bekerja di luar Selangor gagal apabila penguat kuasa Imigresen menemui lelaki terbabit bersembunyi di dalam almari.
Klang: Cubaan wanita warga asing berbohong kononnya suaminya bekerja di luar Selangor gagal apabila penguat kuasa Imigresen menemui lelaki terbabit bersembunyi di dalam almari.


Itu antara gelagat pendatang asing tanpa izin (Pati) bagi mengelak ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang mensasarkan kediaman di sekitar Klang bermula jam 11 malam hingga 5 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, semasa serbuan dan pemeriksaan dokumen dilakukan, terdapat seorang lelaki Indonesia bersembunyi di dalam almari bagi mengelak ditahan.


Foto: Harian Metro

"Sebelum itu, isterinya yang juga warga Indonesia bersama seorang anak cuba membantu lelaki itu dengan memberi helah bahawa dia berada di Johor sebab bekerja.


"Bagaimanapun, anggota operasi berjaya mengesan dan menahan lelaki serta pasangan yang tidak memiliki permit yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Shukri berkata, secara keseluruhannya seramai 22 daripada 26 warga asing yang diperiksa ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

"Semasa pemeriksaan, mereka dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Pati yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki Indonesia, lima wanita Indonesia, dua kanak-kanak lelaki Indonesia serta empat lelaki Pakistan yang berumur antara 2 hingga 47 tahun.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguat Kuasa, Pejabat Imigresen Negeri Selangor bagi siasatan lanjut dan seterusnya akan ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih," katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke Klinik Kesihatan bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di depot tahanan.

Beliau berkata, Imigresen Selangor akan turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik rumah sewa atau pihak yang melindungi Pati berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-9-2021 01:38 PM
hantar balik ptg ni, esok da dtg balik naik bot
Lepas tu anak dpt ic biru bole beli tanah
Quote Kakalongmu 16-9-2021 01:58 PM
Kaka baca Tajuk suami isteri dalam almari
Quote edayildiz 16-9-2021 02:03 PM
ingatkan kes sorok laki sbb handsome..
nape org sana xpergi jakarta jer..i tnya bibik dulu..sheols ckp tak pnh pergi belah sana..malaysia lg dkt..malaysia lg sng dpt kerja
Quote dua_chzy 16-9-2021 02:17 PM
Astaga gambar dah macam supir ngesot.
Quote imransulaiman 16-9-2021 03:35 PM
Kuusss semangat! Ingatkan dah mati mayat membengkak!
Quote doubleharmonic 16-9-2021 11:57 PM
kalo dah horror gitu laki kau elok kau maintain sorok dalam almari je lah dekk
Quote dani-rox 17-9-2021 12:01 AM
wpun di pixelated, tetap tidak mampu menyembunyikan wajah sedih laki dia
Quote nakkomenjugak 17-9-2021 12:11 AM
Imigresen Selangor akan turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik rumah sewa atau pihak yang melindungi Pati berkenaan. -CARI

Cuba check rumah2 porumer yang kuat bekap pati. Mesti terkojol sorang di balik kabinet
Quote Normabaru 17-9-2021 01:24 AM
edayildiz replied at 16-9-2021 04:03 PM
ingatkan kes sorok laki sbb handsome..
nape org sana xpergi jakarta jer..i tnya bibik dulu..sheols  ...

bukan laa..duit msia besar keje plak mudah...org msia plak baik2..mmg la yindon pilih msia
Quote edayildiz 17-9-2021 01:31 AM
Normabaru replied at 17-9-2021 01:24 AM
bukan laa..duit msia besar keje plak mudah...org msia plak baik2..mmg la yindon pilih msia

oh gitu
tp dorg dtg sini semua bawak bekal segala ilmu pertahanan dorg..takut kena buli/ seksa ngn org sini kot..dulu bibik jiran blh ckp jgn hantu
Quote musangbodoh 17-9-2021 02:03 AM
Kakalongmu replied at 16-9-2021 01:58 PM
Kaka baca Tajuk suami isteri dalam almari

laaaa...yeke
bukan isteri sorok suami ke?
ehh apsal laki2 tu kena sorok? nie mesti kes queen control...
ehh...menyorok, disorok, kena sorok tu makna lain ye...x gitu??
Quote Suchi 17-9-2021 06:25 AM
Kira bini tu pun PATI la juga kan? Iols igtkan bini dia org tempatan.

So pasnih depa semua akn dihantar balik la kan?
Quote shida81 17-9-2021 07:37 AM
lattehazelnut replied at 16-9-2021 01:38 PM
hantar balik ptg ni, esok da dtg balik naik bot
Lepas tu anak dpt ic biru bole beli tanah

Ank blh masuk Itm gak...
Ada member ak mk pk dia indon ic merah
Ak x tau ye.. Kitorang kenal Dr sek rendah..
Sek men kitorang agak close... Abis bljr sampai sudah still close lg... Ak tau dia ic merah Ms bljr kt Itm... Itu pun awek dia aka bini dia skang komplen yg dak ni x dpt lg ic biru da byk kali apply... Terkejut ak.. Ak tny klu dia ic merah camne lepas Itm.. Awek dia ckp dia pn x tau mcm mn gomen blh terlepas pilih... Ak dgr mcm tu menyirap darah ak weyyy..... Bodo betul la... X kn bende basic pun dorang lepas pandang...
Quote kechikchomel 17-9-2021 08:06 AM
edayildiz replied at 16-9-2021 02:03 PM
ingatkan kes sorok laki sbb handsome..
nape org sana xpergi jakarta jer..i tnya bibik dulu..sheols  ...

Kawan iolss pernah cakap dulu. 'aku kalau dapat laki hensem, aku sorok laki aku dalam almari. Aku tak bagi dia keluar rumah. Biar aku sorg je yg keje'

Quote n3ar 17-9-2021 10:17 AM
Nampak sangat ke indon nan muka laki dia ni..

Laki indon ni memang mostly spesis muka lebih kurang ke.. Tambah2 kt misai tu.. Misai indon..


Kt bengkel motor aku sllu g, kt area belakang tu penuh pati duk setinggan... Tapi selamat sampai sekarang xde kena serbu.. Ada sorang laki dtg masa motor aku tgh repair.. Dgn rokok asap berkepul, sembang ngn apek bengkel.. Acah2 org malaysia, tp tengok misai dh tau indon.. Cakap melayu pun dengar pelat2 indon
Quote Normabaru 17-9-2021 10:32 AM
edayildiz replied at 17-9-2021 03:31 AM
oh gitu
tp dorg dtg sini semua bawak bekal segala ilmu pertahanan dorg..takut kena buli/ seksa ...

bila iman senipis kulit bawang..bertuhankan benda yang sebenarnya makhluk..xpercaya rezeki Allah yang bg..gitulaa jadinya...
Quote edayildiz 17-9-2021 05:40 PM
kechikchomel replied at 17-9-2021 08:06 AM
Kawan iolss pernah cakap dulu. 'aku kalau dapat laki hensem, aku sorok laki aku dalam almari. Aku  ...

i pun cakap gitu gak kt kwn dulu..adakah kita berkawan irl

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.178005 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top