CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bali Tak Terima Pelancong 'Backpackers' Sebab Pengotor

16-9-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9589| Komen: 77

Description: Pulau peranginan popular Indonesia, Bali dilaporkan enggan menerima pelancong beg galas atau ‘backpackers’ ke lokasi pelancongan itu sekiranya dibuka dalam masa terdekat, lapor portal Coconuts, baru ...
Pulau peranginan popular Indonesia, Bali dilaporkan enggan menerima pelancong beg galas atau ‘backpackers’ ke lokasi pelancongan itu sekiranya dibuka dalam masa terdekat, lapor portal Coconuts, baru-baru ini.


Menurut Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan berkata, pihaknya hanya akan menerima pelancong yang tahu menjaga kebersihan pulau tersebut.

“Kami sudah melakukan persediaan rapi bagi menerima pelancong meskipun Bali masih berada di Tahap Empat Perintah Perbatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) dan belum menerima tarikh pembukaan semula.

“Mungkin Bali akan dibuka apabila PPKM dilonggarkan ke Tahap Dua,” kata Luhut.


Foto: Coconuts

Bagaimanapun, Luhut berkata, proses penerimaan pelancong ke Bali sebaik sahaja ia dibuka akan ditapis dengan teliti.

“Kami akan menapis pelancong yang ingin memasuki Bali agar tergolong dalam kategori berkualiti. Pelancong ‘backpackers’ tidak diundang kerana kami mahu pastikan persekitaran Bali sentiasa bersih dan terjaga,” ujarnya.

Kenyataan tersebut menjadi tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang beranggapan ia akan menjejaskan kemasukan pelancong asing terutama dari Barat yang gemar mengembara secara ‘backpackers’.

Kenyataan susulan daripada Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan tampil menjelaskan maksud sebenar Luhut adalah bahawa larangan yang dikatakan itu bagi pengunjung yang melanggar protokol kesihatan dan undang-undang imigresen. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 16-9-2021 01:25 PM
Raja bali tu sauk backpacker buat kuin.
Backpackerlah yang memajukan bali since 1970s
Quote dua_chzy 16-9-2021 02:39 PM
Fadan moka kokesen kepam pengotor ni suma.
Quote white_musk 16-9-2021 02:41 PM
Melayu pun ramai yang mahu digelar backpacker kental acah acah kuat acah acah omputeh.
Quote ina_na 16-9-2021 02:54 PM
white_musk replied at 16-9-2021 02:41 PM
Melayu pun ramai yang mahu digelar backpacker kental acah acah kuat acah acah omputeh.

Acah2 backpacker tp book hotel 5star..sabo je laaaa..lps Tu sembang harus kencang
Quote white_musk 16-9-2021 03:51 PM
ina_na replied at 16-9-2021 02:54 PM
Acah2 backpacker tp book hotel 5star..sabo je laaaa..lps Tu sembang harus kencang

Sambil kutul orang pergi travel bawa beg tarik
Quote RaraLavenda 16-9-2021 03:53 PM
Backpackers nak2 dari negara omputih tu mmg pengotor pun. Eeuwww, cukuplah sekali aku tertengok ape puak2 ni buat mase aku holiday dgn kwn2 aku dulu. Tak sanggup nak ingat balik.
Quote Artemesiaa 16-9-2021 03:54 PM
Baguslah pengalaman dulu pasti banyak mengajar
Quote djzara81 16-9-2021 03:59 PM
Backpackers kepam mat salih dtg msia ada yg mengemis. Tapi sbb mat salih, org kita x pandang hina kt depa. Cuba rohingya or bangla, maunya dijeling atau diherdik.
Quote Dwdrum 16-9-2021 04:17 PM
Depa kena tukar bag saja dari bagpack ke lugage dan baju.. Mahu buat seperti thailand perlu buat money declaration saja ramai lepas ... Sebab some bagpackers ada funds for few years lebih  acik kepam trip ke bandung...
Quote missus_meow 16-9-2021 04:20 PM
tak affect sektor pelancongan kat sana kalo memilih jenis pelancong ....
Quote FOTHER-MUCKER 16-9-2021 04:41 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-9-2021 01:52 AM
Dwdrum replied at 16-9-2021 12:17 AM
Depa kena tukar bag saja dari bagpack ke lugage dan baju.. Mahu buat seperti thailand perlu buat mon ...

Dahulu anak CEO HSBC tu pun backpackers datang Malaysia pergi Borneo pergi bali.

Datang kl duduk rumah kawan saya iatu ibu budak tu adik kawan saya. Setengah daripada mereka bukan tiada duit..bukan miskin..tetapi dia orang memang suka travel seperti tu.
Bagi dia orang itu adalah satu pengalaman berharga kerana dia orang dah lama hidup dalam kemewahan.


Tapi bagi penghuni negara ketiga mereka fikir tahap kehidupan backpackers ni adalah sangat terok dan tidak terurus.

Sebab itulah di negara barat ada program millionaires buat pertukaran rumah kediaman selama 2 minggu ataupun lebih untuk merasai cara kehidupan working class people. Dan anak anak millionaire tu hanya tidur di streets dan bercampur dengan homeless people.

Iti bezanya dia antara mereka yang telah lama hidup dalam kemewahan dengan meeeka yang baru merasa hidup kemewahan.



Quote edayildiz 16-9-2021 04:50 PM
helok la dorg mmg kepam xmandi..
tak pernah p bali..ada sekali kwn ajak p bali..ayah i xbg..ayah i ckp u blh pergi tmpt lain selain bali
best ke bali ni..kwn i suka sgt p sana
Quote Friska 16-9-2021 04:51 PM
Warga Indonesia menjuluki Pak Luhut sebagai MENSTRUASI


Quote TuntungReturn 16-9-2021 05:28 PM
dlu rajin gak aku terbaca artikel, bagaimana saya ker obersea dgn rm400.  pakat2 kagum warga fb. padahaal kalau dri kl nk balik ipoh rm400 mesti abis.
Quote MeghanK 16-9-2021 05:31 PM
penah backpack sekali pikul beg 60kg
Quote ina_na 16-9-2021 06:01 PM
white_musk replied at 16-9-2021 03:51 PM
Sambil kutul orang pergi travel bawa beg tarik

Kan.. mcm2 je la
Quote trexxxxxi 16-9-2021 06:10 PM
Friska replied at 16-9-2021 05:51 PM
Warga Indonesia menjuluki Pak Luhut sebagai MENSTRUASI

Maksudnya apa kaka
Gamau bilang aku labil ya
Quote trexxxxxi 16-9-2021 06:11 PM
TuntungReturn replied at 16-9-2021 06:28 PM
dlu rajin gak aku terbaca artikel, bagaimana saya ker obersea dgn rm400.  pakat2 kagum warga fb. pad ...

Teringat pulak cetat backpacker bawak bini dan baby acah2 nak hidup berdikari dan kental

Quote TomyamPuteh 16-9-2021 06:27 PM
Keluarga Nourul Deep kah yg tak dibenarkan masuk ke Bali ituee?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.499263 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top