CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kupas Isu Masyarakat, Tya Ariffin Jadi Pengacara Pula

15-9-2021 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6599| Komen: 21

Description: Pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengorak langkah baharu dalam bidang seni apabila bergelar pengacara menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengorak langkah baharu dalam bidang seni apabila bergelar pengacara menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.

Program yang bersiaran secara langsung setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Instagram Live sejak 14 Jun lalu itu, sekali gus membolehkan Tya juga ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.

Tya yang juga pengasas produk jus kesihatan, Mutyara berkata, pandemik yang sudah lebih setahun melanda turut menjentik semangat dirinya berkongsi perkara positif selain mahu memberi inspirasi menerusi program berkenaan.


Foto: IG
"Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram dan YouTube. Sebenarnya ketika di Indonesia, saya pernah juga menjadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.


"Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat sesi siaran langsung di Instagram, jadi tidak canggung. Selepas itu, saya uruskan sendiri, termasuklah menata rias diri dan menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah, tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.

"Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah tidur. Jadi, masa bersiaran saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya 'standby' tekan butang siaran langsung di telefon bimbit," katanya.



Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di 'feed' Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.

Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti tempatan, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Ariffin turut menjemput selebriti dari negaranya, Indonesia.

Antara selebriti ternama tanah air yang pernah dijemput ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Datin Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad dan ramai lagi.



"Saya fikir ketika pandemik ini, ramai yang bergelut dengan pelbagai masalah. Bahkan, terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan saya boleh menyebarkan aura baik.

"Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan masyarakat. Malah, ada yang bersifat semasa dan terkini. Saya juga tidak bataskan hanya tetamu jemputan dalam kalangan wanita saja tetapi lelaki pun ada. Dulu, perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan saja.

"Kini sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat perkara sama. Malah, saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran ini banyak juga perkara dikongsi, selain Instagram," katanya.





Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputannya.

"Kalau dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu, saya pasti akan bangga. Begitu juga dalam kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia kerana saya bercita-cita ingin mengundang tokoh pemimpin dan pakar motivasi selepas ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 15-9-2021 09:14 AM
Seronok kaum puak keluarga dia disana nun.
Anak terkenal disini.
Quote Kurex 15-9-2021 11:08 AM
Salah sorang pencari rezeki utk biawak hidup
Quote purplelilac 15-9-2021 11:55 AM
Ternampak dia post video before and after makeup. Before makeup mcm org biasa2 tp bila dh letak lipstick semua cantik and suka tgk dia lg2 masa freehair. Sedih dia pilih asrap ni jadi laki ldhal kat indon lg rmi anak org kaya
Quote nakkomenjugak 15-9-2021 11:57 PM
Pandaiiiii sheol amek jerung berbekalkan mak tiri femes
bak kata anju
kalau tak kerana mak tiri kauuuu
takde anjing kucing pun pandang ko tau
Quote edayildiz 16-9-2021 12:07 AM
ada pelakon thai ada iras muka tya
Quote bluecrystal 16-9-2021 12:37 AM
ada soft spot kat tya ni..tak rasa nak kutuk tengok dia..huhu
Quote awenda507 16-9-2021 12:58 AM
Pd mata aku tya ni cantik manis xpyh mekap berkati2
Quote RatuDunia94 16-9-2021 12:43 PM
Gigihnya bergambar dlm rumah pakai kasut
Quote ilhamazalea 16-9-2021 08:48 PM
Kurex replied at 15-9-2021 11:08 AM
Salah sorang pencari rezeki utk biawak hidup

Husb dia biawak?
Quote dudaberhias 16-9-2021 09:16 PM
Sooo melayu palembang ni punya bisnes berjalan ke tak tu? Tengok sheols pun sendus ambil job sana sini.
Quote NEmma 16-9-2021 11:23 PM
I dah pernah tengok.. Boring.. Soalan pun boring..even dia undang artis top meletop pun, rancangan tu jadi boring & bahasa melayu dia x berapa sedap didengar... Yg i boleh puji, dia ni rajin cari duit..
Quote NEmma 16-9-2021 11:26 PM
purplelilac replied at 15-9-2021 11:55 AM
Ternampak dia post video before and after makeup. Before makeup mcm org biasa2 tp bila dh letak lips ...

Kan.. Before kawen dgn asyraf dulu i tengok tya ni cantik gila kot.. Time tu pun asyraf ada la usaha jaga badan... Skrg bila dah dapat, badan suaminya makin berkembang maju & nampak selekeh.. Rambut pun x berapa nak ada walaupun muda lagi..
Quote LadyCarefree 17-9-2021 12:20 AM
bluebutter replied at 15-9-2021 08:14 AM
Seronok kaum puak keluarga dia disana nun.
Anak terkenal disini.

Sebelum kahwin dgn acap, xsiapa kenal ke? I memang xpernah dgr nama dia.
Quote LadyCarefree 17-9-2021 12:22 AM
Ni rancangan dia dibayar atau dia buat sendiri?
Quote tikusmontok 17-9-2021 07:26 AM
Kurex replied at 15-9-2021 11:08 AM
Salah sorang pencari rezeki utk biawak hidup

Ikut jejak langkah
Quote bluebutter 17-9-2021 08:25 AM
LadyCarefree replied at 17-9-2021 12:20 AM
Sebelum kahwin dgn acap, xsiapa kenal ke? I memang xpernah dgr nama dia.

Ada berlakon dgn syed ali.
Tapi nmpk trying hard mahu menjadi orang malaysieeee.
Semua perkataan dia ada iyeee kenapee bolehleee.
Haha.
Tapi lawalah dia ni.
Gigi putih berseri muka cantik kurus.
Tapi sayang pulak kawen dgn fatboy.
Tak pale rezekiee diee.
Quote purplelilac 17-9-2021 12:46 PM
NEmma replied at 16-9-2021 11:26 PM
Kan.. Before kawen dgn asyraf dulu i tengok tya ni cantik gila kot.. Time tu pun asyraf ada la usa ...

Syg kan cantik2 dpt somi gundu. Kalau berduit takpelah jg ni haduiiiiii.
Quote missbigrockstar 17-9-2021 01:20 PM
Aku rengsa dia try hard cakap slang KL. Kekok dengar. Haha.
Quote bioessence 17-9-2021 01:54 PM
purplelilac replied at 15-9-2021 11:55 AM
Ternampak dia post video before and after makeup. Before makeup mcm org biasa2 tp bila dh letak lips ...

Indon lagi ramai susah la
Dlm tercyduk tu bole tengok
Rumah teres kereta jepun dah Perasan jutawan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048493 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top