"Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah," ujar Sahril Salleh, 47, dan isteri, Siti Norzamzirah Abu Bakar, 47.
Pasangan itu yang tinggal di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil di sini, mendakwa membantu memelihara bayi itu, Aniq Syazwan, sembilan bulan, sejak dilahirkan. Sahril berkata, mereka mengambil Aniq Syazwan sebagai anak angkat berikutan pasangan warga Indonesia itu mendakwa mereka tidak mampu membesarkan bayi itu atas faktor kesempitan hidup. "Kami pernah meminta ibu bayi itu tampil membantu menyelesaikan masalah urusan permohonan dokumen pengenalan kanak-kanak itu secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Kali terakhir berhubung dengan ibu bayi ini bernama Imelda adalah pada Julai lalu. Ketika itu kami menyuarakan cadangan kepada wanita itu supaya membuat dokumen pengenalan diri Aniq Syazwan. "Kami bagaimanapun terkejut apabila pemilik rumah didiami pasangan itu memaklumkan ibu bapa Aniq Syazwan sudah lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa," katanya tadi. Malah menurutnya, majikan bapa bayi itu mendakwa lelaki terbabit sudah sebulan tidak hadir ke tempat kerja. "Kami bimbang sekiranya Aniq Syazwan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan menyukarkan bayi malang ini untuk menempuh alam persekolahan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa bayi itu boleh menghubunginya di talian 012-6768513," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt
manehnya replied at 15-9-2021 12:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt
nononcrux replied at 15-9-2021 09:33 AM
Indon memenag mcm tu, dia tinggal ank dgn org yang mampu supaya ank dia senang masa akan datang.. ...
manehnya replied at 15-9-2021 09:37 AM
Aaa dasar sgt... Tau buat anak ja, hati kering sungguh depa kan, sangup tingai mcm tu saja, pastu ...
nononcrux replied at 15-9-2021 09:39 AM
ye, lg satu keturunan indon ni bangsa yang suka memunya harta. berlagak dia lain mcm hahah
manehnya replied at 15-9-2021 09:59 AM
Yg dpt kawen suami org tenpatan lgi lah menyombong, x dak teruih logat indon, cuma bila jumpa set2 ...
manehnya replied at 15-9-2021 09:37 AM
Aaa dasar sgt... Tau buat anak ja, hati kering sungguh depa kan, sangup tingai mcm tu saja, pastu ...
manehnya replied at 15-9-2021 01:38 AM
Itu la matlamat
manehnya replied at 15-9-2021 08:41 AM
Susah2 bela anak indon, bila dpt ic mak kandung datang claim... Penattt
ADVERTISEMENT