Pelakon Nazrief Nazri yang menimang cahaya mata sulung pada 19 Julai lalu masih belum bersedia berkongsi nama penuh dan wajah anaknya untuk tatapan peminat. Menurut Nazrief, nama anak lelakinya yang sudah memasuki umur dua bulan itu baru saja didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Sudah dua bulan isteri bersalin..saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nicname anak iaitu Noah A. "Orang pun tak tahu nama penuh anak kami...cukuplah kami panggil sebagai baby Noah di laman sosial. "Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, ada beberapa perkara kita kena kongsi juga dengan pengikut," katanya kepada mStar.
Bukan sengaja ingin merahsiakan nama anaknya, Nazrief memberitahu dia merahsiakan nama penuh anak kerana mahu mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain. "Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik). "Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby. "Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!" ujarnya. Untuk info, penyakit ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Nazrief dan model, Aizatul Aqma Hamdan mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa. - CARI |
cmf_premierleag replied at 15-9-2021 08:12 AM
ada ke org nk dengki dgn model spender ni yg acah2 mukan mcm fahrin ahmad?
kalo ada, sapo yg be ...
jajahoney: Baru tahu ain tu nama penyakit. Jadi adakah orang yg nama ain bermaksud penyakit jugak?
cmf_premierleag: ada ke org nk dengki dgn model spender ni yg acah2 mukan mcm fahrin ahmad?kalo ada, sapo yg benak sgt tu?
jajahoney replied at 15-9-2021 08:49 AM
Baru tahu ain tu nama penyakit. Jadi adakah orang yg nama ain bermaksud penyakit jugak?
jajahoney replied at 15-9-2021 02:27 PM
Siapa yg model spender chuoul?
laksmanabentan replied at 15-9-2021 02:39 PM
patutlah syed iqmal tu tak nak up pic dia tengok camera..
sebab takut penyakit ain ni la...
da la ...
joyahPPR replied at 15-9-2021 04:40 PM
apa kena ngena pandang kamera dengan penyakit ain. tak pandang pun tetaplah orang yg tengok pun ...
ADVERTISEMENT