CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Gusar, Tahap Keselamatan Malaysia Masih Terkawal

13-9-2021 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2707| Komen: 8

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara masih terkawal.

Perkara itu dimaklumkan selepas Kedutaan Jepun di Malaysia mengeluarkan amaran kepada rakyatnya berhubung kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara di Asia Tenggara.



 
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan situasi semasa, pihaknya memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman negara adalah terkawal.

“Kita tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat terkini mengenai sebarang bentuk ancaman keselamatan.


“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana kta akan memastikan negara kekal berada pada tahan selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkat bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.



Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, pihaknya juga akan memantau senario keselamatan semasa.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara. 


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-9-2021 09:47 PM
meskipun terkawal tetap merisaukan... lately beberapa minggu lalu ke bulan lepas ramai pulak dak2 palatao penyokong taliban dekat twitter... yang dapat entah info dari mana senang2 je percaya tweet2 tanpa info sahih. orang afghan pun tak sepalatao deorang...
Quote sharlenetexas 13-9-2021 09:48 PM
Gayah2 boleh churr kat air terjun dan sungai.

Quote matamata 13-9-2021 09:51 PM
Kalau bab2 terrorist ni aku mmg ada keyakinan tinggi dgn PDRM
Quote edayildiz 13-9-2021 09:54 PM
ok la saya pun yakin dgn pdrm
oh ye nape makin muda muka beliau..aritu mcm tua sikit
Quote sambaldurian 13-9-2021 11:32 PM
masalahnya nak masuk masjid pun gate tutup cepat2 lepas vip dtg, cmno eh nk buat serangan dlm masjid {:nose
Quote tumpanglalu74 13-9-2021 11:36 PM
Bertuah la kalo KPN nak kata tak selamat weh.. Anyway kalo meletop mana2 esok boley ke nak ungkit balek?
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 01:29 AM
Hohoho okay
Quote Adrif 14-9-2021 01:32 AM
rumah ibadat?? why tho..

strategically speaking, terrorist attack ke ape pun, atau nak timbulkan kekecohan, banyak cara lain kan.

ini diversion ke? false alarm?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035051 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top