CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

2 Basikal 'Cucuk' Angin Belakang Lori, "Kena Langgar Nanti Baru Ada Akal"

13-9-2021 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5428| Komen: 34

Dua individu berbasikal melakukan aksi lagak ngeri yang boleh membahayakan nyawa mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang dikongsi Brainless Driver Malaysia Edition di Facebook memaparkan dua individu berbasikal ‘mencucuk’ angin sebuah lori dengan mengekori rapat kenderaan terbabit.



Kredit foto: FB

Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan.


“Kalau jatuh memang melecet badan, dengan baju dan seluar nipis, apa yang mereka harapkan untuk melindungi diri, helmet pun kecil saiznya langsung tidak selamat digunakan di atas jalan raya yang ada kenderaan lain,” kata Faris Hakimi.

“Yang menunggang motosikal pun tidak ikut belakang lori, inikan pula kamu yang berbasikal,” kata Fadzli Ghafar.



Sementara itu, Ah Bui menjelaskan mereka yang berbasikal sukar untuk menerima teguran dan menganggap jalan raya adalah ‘milik’ mereka.

“Geng ini mana boleh ditegur, jalan raya mereka punya. Nanti dah kena langgar baru ada akal. Yang ‘backup’ (sokong) geng ini pun boleh tahan,” tulisnya di Facebook. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wajaman 13-9-2021 11:57 AM
aku pn main basikal tp mmg aku kutuk sekeras2 nya perangai mangkuk berdua ni..nk kurangkn rintangan angin pn tgk la dgn kenderaan apa ko follow..buatnya lori tu brake tiba2,dgn kereta kt belakang pn x sempat brake,da satu hal org nk kluarkn ko dr bwh lori..
Quote LadyCarefree 13-9-2021 12:03 PM
Biarlah diorang. Padan muka kalau jadi apa.
Quote CiliPadiSedap 13-9-2021 12:03 PM
wajaman replied at 13-9-2021 11:57 AM
aku pn main basikal tp mmg aku kutuk sekeras2 nya perangai mangkuk berdua ni..nk kurangkn rintangan  ...

logik2 kereta tak masuk bawah lori. basikal hobi mahal selit bawah lori akibat cucuk angin
Quote matamata 13-9-2021 12:25 PM
Objektif utama berbasikal ni untuk kecergasan... Bkn collect distance... Kalau takmau rintangan angin baik kayuh kat rumah je lah
Quote matamata 13-9-2021 12:26 PM
Kalau dah eksiden nanti mula la nak twist cerita acah2 play victim
Quote KIM.K 13-9-2021 12:27 PM
Member aku kata 'ujian kekerasan tengkorak'
Quote msdummy.2018 13-9-2021 12:35 PM
Yg buat perangai suwey mcm bi org yg beli basikal mahal2 jer..samalah mcm kes rider motor besar2..buat jalan tuh mcm jalan bapakkk dia punya!
Quote She-Ra 13-9-2021 12:36 PM
org cenggini mesti zaman kekanak dia dulu tak pernah kayuh sikal pegi sekolah
kekecik dh puas buat lagak ngeri, dh remaja purba ni lek lek je kayuh jaga keselamatan diri dan keliling

abis busuk nama pengayuh basikal hanya kerana nila setitik ini
Quote Catpaw 13-9-2021 01:04 PM
Kerajaan dah kena mula buat laluan selamat khas berbasikal... orang kita makin obses berbasikal
Quote annehuda 13-9-2021 01:06 PM
nak berbasikal tu pegilah masuk kebun baru mencabar. ni kat jalan tar nyusahkan org lain je
Quote ang_bess 13-9-2021 01:22 PM
Rider basikal ni dah jadi beban untuk pengguna jalan raya yg lain. Elok la polis saman geng2 ni.
Quote syazwan92 13-9-2021 01:27 PM
Berani sungguh ikut rapat mcm tu..i kalau bawak moto mmg idak la nak cucuk rapat belakang lori..rela slowkan moto bagi lori tu jauh skit
Quote missbigrockstar 13-9-2021 01:31 PM
Depa feeling2 cycling mcm azizulhasni kat Olympics agaknya. Skills curi angin.
Quote isbritneybich 13-9-2021 02:25 PM
lepas tu yang bodohnya nak melintas tu bila dia toleh dengan basikal2 sekali swerve ke lane kita. kau tengok dulu la pandai, baru melintas. bukan tengok dan serentak melintas. kau kang dah mati kena langgar, kereta aku yang kemek ni aku nak tuntut kat siapa?
Quote bulalof 13-9-2021 03:04 PM
cyclist yg bodoh takde common sense.
Quote Artemesiaa 13-9-2021 03:19 PM
Benar2 mengundang bahaya jika berlaku kemalangan sendiri juga yang susah nanti
Quote JohnyEnglish 13-9-2021 03:22 PM
Aku rasa mcm dh pnh tgk bideo nih setahun yg lampau
Quote rikiruj 13-9-2021 03:37 PM
tak boleh lari la... apa2 dan mana2 pun akan ada geng2 sengal, tak kira lah berbasikal ke, lari, hiking, motosikal, kereta etc.  Aku pernah nampak depan mata cyclist drafting lori.. tah hapa dalam kepala tak tau.. mungkin nak upload kat strava avg speed dia laju kasi jeles sama friend strava kot...
Quote orion_pax 13-9-2021 04:05 PM
Nasihat aku kepada 2 makhluk cerdik ni, lebih baik ko sangkut jer tangan ko kat lori tu..penat pon hilangggg….

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.127895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top