Gara-gara isu orang kenamaan yang dapat solat Jumaat walaupun datang lambat, netizen mula membandingkan perangai golongan atasan ini dengan Allahyarham Nik Aziz yang lebih merendah diri. Sekeping gambar menyaksikan arwah sabar menunggu bersama-sama orang lain ketika membuang undi satu ketika dahulu kembali tular. Manakan tidak, sikap merendah diri arwah serta lebih memandang akhirat sangat jauh berbeza dengan golongan kenamaan yang mementingkan diri ini.
Hal ini menjadi isu apabila mereka datang awal tetapi tidak dapat bersolat jumaat di Masjid Putra sedangkan golongan kenamaan boleh masuk dengan alasan sudah memberi nama. Adil ke macam tu? Malahan, beberapa keping gambar arwah Nik Aziz kembali tular yang memaparkan bagaimana Allahyarham yang sanggup berada di pintu surau kerana datang lambat. |
axl_bach replied at 13-9-2021 12:03 AM
Rasanya kes VIP ni dh ada penjelasan dari pihak masjid.... Mmg ada kuota 10% dari jemaah utk VIP ofi ...
batmana replied at 13-9-2021 02:12 AM
Masa arwah hidup. selalu Kene cerca puak umno.. paper on cite bab2 -ve aja
ADVERTISEMENT