CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dialah Abang, Bapa Dan Kawan Saya" - Ziyad Tak Rela Berpisah Dengan Jurulatih

10-9-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4027| Komen: 20

Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tidak rela berpisah dengan jurulatihnya, Mohd Faizol Harun di sebalik insiden yang menimpanya di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, minggu lalu.


Atlet berusia 31 tahun itu melalui detik hitam pada temasya Tokyo 2020 selepas kemenangannya tidak diiktiraf kerana didapati lewat tiba di bilik menunggu Stadium Olimpik sebelum pertandingan dimulakan.

Susulan insiden itu, rata-rata peminat sukan tanah air menganggap Faizol dilihat sebagai individu yang perlu dipertanggungjawabkan di atas kecuaian berkenaan.


Kredit foto: IG Ziyad

Sebaik di tanah air, Jumaat lalu, Faizol, berkata sebagai jurulatih dan orang yang dekat Ziyad, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas insiden yang berlaku.


Bagaimanapun, Ziyad memohon kepada semua pihak agar tidak menghukum Faizol kerana dia juga bertanggungjawab di atas insiden berkenaan selain menegaskan mereka tiba di bilik menunggu tepat pada waktunya seperti ditetapkan.

Dia yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 menganggap Faizol seperti keluarganya selepas bersama jurulatih berkenaan sejak 11 tahun lalu.

"Dialah (Faizol) abang, dialah bapa dan dialah kawan saya. Sudah 11 tahun kami bersama…susah dan senang memang dia sentiasa bersama saya.

"Saya bermula dari kosong dan apa yang saya capai sekarang semuanya adalah kerana dia.Sukar untuk saya berlatih dengan jurulatih lain, kalau jurulatih lain latih saya pun, mungkin dia tidah boleh tahan dengan saya, saya ada perangai saya sendiri.



"Dia seorang saja yang boleh faham saya. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca komen di media sosial yang mengecam dia. Orang tidak tahu apa yang kami rasa, jika saya kecewa dia lagilah kecewa.

"Orang tidak tahu apa yang berlaku, hakikatnya kami berdua yang tanggung perkara ini," katanya kepada BH Sukan.

Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya di Tokyo diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 10-9-2021 04:28 PM
semua orang tau coach telah jadi scapegoat
Quote syaz_lina 10-9-2021 04:33 PM
Knp nak salahkan coach, dia train athlete sampai mampu pecah rekod tu.
Yg patut kena adalah pegawai pengiring or manager la, tak manage masa betul2
Quote laksmanabentan 10-9-2021 04:37 PM
pegawai pengiring laaaaa...
mana pegawai pengiring?????
korang berjimba ker camna weeeeyy.....
Quote VioletsAre_Blue 10-9-2021 04:56 PM
Bagus ziyad, setia ketika susah senang.. Harap ziyad tebus balik dan dapat emas kat paris 2024
Quote NFBZCantik 10-9-2021 04:58 PM
syaz_lina replied at 10-9-2021 04:33 PM
Knp nak salahkan coach, dia train athlete sampai mampu pecah rekod tu.
Yg patut kena adalah pegawai ...

yes, setujuuu
Quote c===8 10-9-2021 05:06 PM
untung pengurus pegawai pengiring, lepas ni boleh mkn angin lagi yahuuuuu
Quote honeybee1802 10-9-2021 05:07 PM
isbritneybich replied at 10-9-2021 04:28 PM
semua orang tau coach telah jadi scapegoat

Tu la kan...org lain takmo amik tanggungjawab..last2 coach yg rela diri...coach2 atlet para ni aku rs mmg rapat dgn anak buah depa..mcm family agaknya...
Quote edayildiz 10-9-2021 05:17 PM
bagus ziyad x jd mcm kacang lupakan kulit
Quote ahlisihircute 10-9-2021 05:22 PM
Next paralimpik...sertakan sekali nama Dan muka pegawai2 pengiring atlet para nie....senang nak kecam klu ada lagi inside cam nie...
Quote tikusmontok 10-9-2021 05:49 PM
syaz_lina replied at 10-9-2021 04:33 PM
Knp nak salahkan coach, dia train athlete sampai mampu pecah rekod tu.
Yg patut kena adalah pegawai ...

Itu tak boleh usik..org gomen kan
Quote miznora 10-9-2021 05:49 PM
Bagus jurulatih dia. Bole bawak ziyad menang banyak medal. Tiba jadi camni dia pun rela disalahkan. Mana ada jurulatih nak buat main2 kat atlit dia. Lagi2 potensi besar nak emas. Harap2 bukan sebab jadi kambing hitam
Quote Nham22 10-9-2021 06:25 PM
Sapa pegawai pengiring???? Dh tau ka sapa
Quote Decaffeinated 10-9-2021 08:22 PM
masa dapat juta2 dulu ada bagi sikit kat coach tak?

Quote messyjet 10-9-2021 08:32 PM
VioletsAre_Blue: Bagus ziyad, setia ketika susah senang.. Harap ziyad tebus balik dan dapat emas kat paris 2024

Harap die masih join para limpik la sbb umo dh 31
Quote messyjet 10-9-2021 08:33 PM
ahlisihircute: Next paralimpik...sertakan sekali nama Dan muka pegawai2 pengiring atlet para nie....senang nak kecam klu ada lagi inside cam nie...

Betul siap buat undertaking letter ye bertanggungjwp sepenuhnya on athlete.ikut p berak p kencing especially yg para limpic sbb diorg bukan normal mcm kita.supposed pengiring dh dilatih b di brief awal
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:57 PM
cakap dengan abang tu
lain kali buat kerja betul2
Quote TeropongThaico 11-9-2021 01:16 AM
Bagus la semangat setia kawan masih utuh. Jadikan tauladan untuk masa2 akan datang.
Quote wirazam 11-9-2021 08:12 AM
laksmanabentan replied at 10-9-2021 04:37 PM
pegawai pengiring laaaaa...
mana pegawai pengiring?????
korang berjimba ker camna weeeeyy.....

Siapa pegawai penguring tu
Quote Tokeybundle 11-9-2021 02:58 PM
ahlisihircute replied at 10-9-2021 05:22 PM
Next paralimpik...sertakan sekali nama Dan muka pegawai2 pengiring atlet para nie....senang nak keca ...

Setuju sgt

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052133 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top