CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mohon Cerai Sejam Lepas Kahwin

10-9-2021 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6205| Komen: 27

Hanya selepas sejam disahkan sebagai suami isteri, seorang lelaki di China memohon untuk bercerai dengan pasangannya itu.

Susulan tindakan lelaki itu, si isteri mengemukakan tuntutan ganti rugi terhadap suaminya.


Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku di wilayah Yunnan, barat daya negara itu.


Gambar hiasan

Difahamkan, akibat tindakan lelaki itu, wanita terbabit meminta 300,000 Yuan (kira-kira RM192,581) sebagai pampasan.

Namun, petisyen perceraian itu ditolak hakim, lapor Global Times.


Difahamkan, si suami yang memohon perceraian itu masih menuntut di kolej manakala isterinya seorang jururawat.

Dia memberikan alasan tidak mahu berkahwin dan terpaksa berbuat demikian kerana mendapat tekanan daripada isterinya.

Lelaki itu mendakwa sudah memutuskan hubungan mereka sebelum berkahwin namun isterinya mengganggu dengan berulang kali menghantar mesej.

Keadaan itu menyebabkannya terpaksa membuat keputusan yang tergesa-gesa untuk berkahwin.

Isterinya pula menganggap lelaki itu dengan sengaja berlaku curang dan menuntut ganti rugi.

Selepas kedua-duanya gagal untuk bersetuju bercerai, mereka membawa kes itu ke mahkamah.

Namun, permohonan cerai itu tidak diluluskan kerana lelaki berkenaan gagal mengemukakan bukti hubungan mereka sudah berakhir.

Selain itu, mahkamah berpendapat kedua-duanya mempunyai 'asas perhubungan emosi' sekali gus tidak menyokong permohonan cerai dikemukakan lelaki berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doodlediddle 10-9-2021 10:58 AM
Waduh…dunya dunya
Quote CARI-MAL 10-9-2021 03:21 PM
Hanya selepas sejam disahkan sebagai suami isteri, seorang lelaki di China memohon untuk bercerai dengan pasangannya itu.


Susulan tindakan lelaki itu, si isteri mengemukakan tuntutan ganti rugi terhadap suaminya.


Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku di wilayah Yunnan, barat daya negara itu.




Gambar hiasan




Difahamkan, akibat tindakan lelaki itu, wanita terbabit meminta 300,000 Yuan (kira-kira RM192,581) sebagai pampasan.


Namun, petisyen perceraian itu ditolak hakim, lapor Global Times.


Difahamkan, si suami yang memohon perceraian itu masih menuntut di kolej manakala isterinya seorang jururawat.


Dia memberikan alasan tidak mahu berkahwin dan terpaksa berbuat demikian kerana mendapat tekanan daripada isterinya.


Lelaki itu mendakwa sudah memutuskan hubungan mereka sebelum berkahwin namun isterinya mengganggu dengan berulang kali menghantar mesej.


Keadaan itu menyebabkannya terpaksa membuat keputusan yang tergesa-gesa untuk berkahwin.


Isterinya pula menganggap lelaki itu dengan sengaja berlaku curang dan menuntut ganti rugi.


Selepas kedua-duanya gagal untuk bersetuju bercerai, mereka membawa kes itu ke mahkamah.


Namun, permohonan cerai itu tidak diluluskan kerana lelaki berkenaan gagal mengemukakan bukti hubungan mereka sudah berakhir.


Selain itu, mahkamah berpendapat kedua-duanya mempunyai 'asas perhubungan emosi' sekali gus tidak menyokong permohonan cerai dikemukakan lelaki berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Quote dua_chzy 10-9-2021 03:23 PM
Buduh jantan gini.

Go die.
Quote edayildiz 10-9-2021 03:30 PM
so betul la cinta xboleh dipaksa
Quote mbhcsf 10-9-2021 04:13 PM
lelaki kalau dipaksa suka cinta , sangat berbahaya sebab kalau apa apa berlaku dalam perkahwinan , akan diungkap  benda benda ni  yg dipaksa, , dia tak gembira

ni satu penyakit and tamparan hebat pada wanita tu, why did i say this? sebab ada kes lah.

lebih baik jgn paksa. sebab kalau si wanita beria ria sangat kalau ada kes main kayu tiga and dipaksa nyatakan sebab curang - antara frasa yg diujarkan si lelaki ialah beginlah dipaksa not happy to start with..lebih baik jgn.
so ladies yg sua mendesak, coerced subtly and obsess jegaga.
Quote sarahmirza 10-9-2021 04:19 PM
I pernah dengar cerita mcm ni 2 kali...
Yg sekali family paksa kahwin... Dah nikah, esoknya dia ceraikan wife dia tu.. Yang perempuan cikgu, lelaki tu tak tau la kerja apa.

Yang kedua nikah 2 hari dah cerai. Suami dia kata ada jin ganggu bila dia dengan wife dia.. Sempat la main tapi mujur la tak mengandung.. Lepas cerai wife tu asyik berubat sana sini katanya kena kacau.. Tapi bila dah nikah balik dengan lelaki lain, elok pulak ...

Cinta mmg tak boleh dipaksa gitu...
Quote NFBZCantik 10-9-2021 04:59 PM
kesiannyaaa. huhu
Quote naq_j 10-9-2021 07:36 PM
Saya ada kawan lelaki begini.
Masa muda memang liar
Last sekali dia bawa perempuan pilak 16 tahun pulang rumah.
Sekali tu pilak kena halau mama dia
Terpaksa dia bawa balik kampung.
Tidak pula pandai lari  teda ic
2 tahun x lari terpaksa dikawin
Sampai sekarang si jantan ni masih cakap x ada cinta, hanya kesian bini
Cari skandelan
Tapi, sudah anak 4
Quote Decaffeinated 10-9-2021 07:58 PM
Namun, permohonan cerai itu tidak diluluskan kerana lelaki berkenaan gagal mengemukakan bukti hubungan mereka sudah berakhir.

Selain itu, mahkamah berpendapat kedua-duanya mempunyai 'asas perhubungan emosi' sekali gus tidak menyokong permohonan cerai dikemukakan lelaki berkenaan.


ni baru betul mahkamah bodoh

Quote Decaffeinated 10-9-2021 08:02 PM
naq_j replied at 10-9-2021 07:36 PM
Saya ada kawan lelaki begini.
Masa muda memang liar
Last sekali dia bawa perempuan pilak 16 tahun  ...
Last sekali dia bawa perempuan pilak 16 tahun pulang rumah.
Sekali tu pilak kena halau mama dia
Terpaksa dia bawa balik kampung.
aku sorang saja ka tak jelas ini bah...

pulang rumah siapa?
mama siapa yang halau?
bawa balik kampung siapa?

Quote Decaffeinated 10-9-2021 08:28 PM
kalau hakim tu tak nak approve the divorce suruh dia ja lah kawin.

Quote naq_j 10-9-2021 09:36 PM
Decaffeinated replied at 10-9-2021 08:02 PM
aku sorang saja ka tak jelas ini bah...

pulang rumah siapa?

Lelaki ni bawa perempuan tu pulang rumah.
Bila mak perempuan tu tau, dia halau la anak perempuan dia dari rumah.
Sebab dah memalukan keluarga.
Jadi bila perempuan tu dah kena halau, terpaksalah dia bawa balik perempuan tu ke kampung.
Dua tahun di kampung, di rumah keluarga kawan lelaki  aku ni.
Tak nak pulang
Bila dah macam tu, keluarga si lelaki tu kahwinkan dia dengan perempuan yang pilak ni la.
Sekarang dah anak 4
Tapi masih merempan si lelaki ni sebab kahwin tanpa cinta
Si isteri ni tau suami dia tak cinta dia ni
Tapi salute jugak aku, dia bertahan tak lari2
Sanggup bertahan asal dapat
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 09:50 PM
dah agak da mesti prc punya kes. deme je suka bazir duit banyak gini
Quote vee_zara 10-9-2021 11:51 PM
Kes ni jadi kat kawan i, kawan i cikgu, dia ni kalau tengok  mmg tak menarik la badan jenis rangka besar n gelap sikit. Lepas tu nikah family yg aturkan. Husband dia pulak jenis rendah..lepas tu after few month kawin baru tahu rupanya tak pernah buat hubungan sebab everytime nak buat, laki dia ada problem..

Sampai jumpa dr pakar untuk tanya psl problem kenapa tak de erection. Tp Dr ckp takde apa2 masalah. So Malay biasa la mesti akan kaitkan dengan buatan la gangguan syaitan la. Bawak la berubat ustaz. Kononnya ada gangguan..

Tapi rupanya dapat tahu.. ex husband dia mmg tak nak kawen dengan dia. Kena paksa dengan mak dia sbb kwan i ni cikgu.. org tua kan suka kalau kawen dengan cikgu aka org kerja kerajaan. Jadi mmg tak selera nak berhubungan dia sebab kawan i ni bukan taste dia. Ye laaa kalau u all tengok mmg tak sepadan sorang besar tinggi, sorang rendah halussss je..

Tapi i masih kagum dengan ex dia mcm mana dia boleh tahan erection atau tak stim langsung dengan kwan i ni..
Quote edayildiz 11-9-2021 12:23 AM
naq_j replied at 10-9-2021 07:36 PM
Saya ada kawan lelaki begini.
Masa muda memang liar
Last sekali dia bawa perempuan pilak 16 tahun  ...

pilak tu sbnrnya nak taip pulak ke?
xfhm sgt
tidak pula pandai lari teda ic tu mcmana....
tp kesian ank dh 4 pun still cakap takde cinta
Quote edayildiz 11-9-2021 12:24 AM
oh fahamm
Quote KamikuP 11-9-2021 12:26 AM
Pilak tu haper?
Quote edayildiz 11-9-2021 12:27 AM
vee_zara replied at 10-9-2021 11:51 PM
Kes ni jadi kat kawan i, kawan i cikgu, dia ni kalau tengok  mmg tak menarik la badan jenis rangka b ...

alah kesiannya..buruk sgt ke bininya tu..pastu dah cerai n kawen lain dh ke?
patut laki tu kena cakap awal2 khenzz xyah sampai p jmpa doc bagai huhu
Quote vee_zara 11-9-2021 12:37 AM
edayildiz replied at 11-9-2021 12:27 AM
alah kesiannya..buruk sgt ke bininya tu..pastu dah cerai n kawen lain dh ke?
patut laki tu kena c ...

Takde la buruk mana cuma tak brapa lawa je. Skrg kawan i dah kawen baru. Nasib baik dia ni jenis tak malu cari suami.. jenis yang berani mintak family carikan walaupun dah ada pengalaman pahit.. dia yang approach laki dia sekarang.. hehehe

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074699 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top